CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2083|Reply: 10

Ada Ke Patut Iklan Pam Susu Samakan Ibu Menyusu Dengan Lembu?

[Copy link]
Post time 2-10-2018 05:54 PM | Show all posts |Read mode




Sempena pelancaran produk pam susu boleh pakai pertama di dunia yang tidak mengeluarkan bunyi, syarikat pengeluar pam susu Elvie memuat naik sebuah video dengan kapsyen, "Memerah susu tidak sepatutnya membuatkan anda berasa seperti seekor lembu tenusu!"


Dalam klip video itu, empat orang ibu dilihat sedang menari di kandang lembu sebagai latar belakang sambil membawa pam yang digunakan untuk memerah susu lembu.





"Memperkenalkan Elvie Pump, pam susu boleh pakai senyap pertama di dunia. Mari bernyanyi bersama-sama. Ini bukan kantung susu, tetapi ia adalah payudara saya." kedengaran lirik yang digunakan dalam iklan tersebut.












Walaupun iklan itu direka untuk menonjolkan ciri senyap yang dicipta oleh teknologi mereka, ia nampaknya gagal mencapai matlamat iklan berkenaan.


Iklan terbabit mencetuskan kontroversi di Internet apabila netizen berang dan tidak bersetuju dengan pendekatan dilakukan syarikat berkenaan.





Foto: Independent UK





Kritikan dan kecaman sinis netizen membuatkan Elvie terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan iklan mereka.

"Kami merakamkan video ini di sebuah ladang milik sebuah keluarga di mana haiwan dirawat dengan baik. Kami boleh memberi jaminan bahawa keperluannya juga dijaga dengan baik!" katanya.


Selain itu, syarikat terbabit juga menjawab tuduhan netizen yang mendakwa iklan berkenaan seolah-olah mahu mempamerkan buah dada wanita.

"Iklan ini dibuat hasil kerja sama syarikat kami dengan seorang pengarah yang juga seorang ibu. Malah, penarinya juga adalah dari kalangan ibu. Kami juga menonjolkan iklan ini dari perspektif seorang ibu yang berasa jengkel (berasa seperti seekor lembu) setiap kali mengepam susu," katanya seperti dipetik dari the Independent.


Elvie Pump ini dicipta mesra pengguna tanpa wayar atau tiub, sekali gus memudahkan pergerakan pemakainya walaupun ketika mengepam susu di luar.


Malah, produk ini tidak menghasilkan sebarang bunyi. Jadi, tiadalah ibu-ibu berasa serba salah dan malu untuk mengepam susu di luar rumah. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2018 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 08:47 AM | Show all posts
btola tu
hbs nk mcm mana lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 09:49 AM | Show all posts
hauknye iklan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 10:30 AM | Show all posts
tarian ntah hape2
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
pam pam  susu, yg paling melekat kat kepala cuma scene kung fu pao jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2018 11:16 AM | Show all posts
janji pum and boleh kuar susu sudehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 01:57 PM | Show all posts
ok ler tu senang .... dah siap simpan dalam peti ais ...
tang mana yang offend ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2018 02:27 PM | Show all posts
i prefer to know the price. hassle free nih. tak perlu nak fikir pasal tube2 segala. and boleh control guna apps kat handphone. bleh tgk jugak hasil perahan dr apps tanpa perlu nak jenguk2
sambil ko duduk buat kerja dpn pc, bleh mengepam. tetau je penuh. kan ke bagus gadget nih

iklan tuh offended ke, tak ke, belakang cerita. tp statement dia yg 1st tuh, aku agree. how many moms feel dorg mcm lembu time aku susukan anak dulu pun slalu sgt dah org panggil aku lembu

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 08:59 AM | Show all posts
terhibur tengok tarian dirong
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la iklan pelik2 menjadikan produk tu lebih mudah dikenali..
Sebagai pengguna, I tengok kelebihan produk tu.. iklan nak terbalik ke apa ke, itu tak penting..

Tak pernah pulak terasa macam lembu sebab susukan anak dan pam susu..
Lagi mudah hidup ada la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.499575 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list