CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Leka Sebentar Saja, Anak Maut Bawah Treadmill

3-10-2018 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2660| Komen: 8

Description: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas terjatuh atas mesin berlari 'treadmill' ketika bermain berhampiran mesin berkenaan.
Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas terjatuh atas mesin berlari 'treadmill' ketika bermain berhampiran mesin berkenaan.


Gambar Hiasan

Memetik The Associated Press, kejadian berlaku di rumah keluarga mangsa di Whitehall, Pennsylvania pada jam 11 pagi Ahad, waktu tempatan.

Hasil pemeriksaan mendapati Ashim Gurung, 5, maut akibat kesan tekanan pada leher.

Jurucakap polis berkata, mangsa bermain berhampiran  treadmill yang sedang bergerak sebelum terjatuh di atas mesin berlari itu, sementara ibu bapanya meninggalkan Ashim sebentar untuk mengambil makanan untuknya.

Ashim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Kredit foto: WPXI 

Sementara itu, WPXI melaporkan kejadian dipercayai berlaku selepas Ashim terjatuhkan mainannya dekat dengan treadmill berkenaan.

Ketika cuba mengambil mengambil mainan berkenaan, mangsa bagaimanapun terjatuh dan terperangkap di bawah mesin itu.

Polis menyifatkan kematian mangsa sebagai kemalangan tragis dan tiada tuduhan jenayah akan difailkan.

Terdahulu, anak perempuan peninju Mike Tyson, Exodus, 4, turut disahkan meninggal dunia pada 2009 selepas terjatuh dan lehernya terbelit pada kabel mesin treadmill di rumah. - CARI

6

Bagus
21

Marah
24

Terkejut
26

Sedih
7

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 3-10-2018 11:19 AM
Tak jadi lah nk beli.. takpe lah aku jogging jer kat taman... budak2 walau dgr kata pun, kadang2 tersilap sikit bwk padah.
Quote moonbug 3-10-2018 11:48 AM
Bahaya juga rupanya
Quote Foxey 3-10-2018 12:03 PM
uih... macamana leh jatuh bawah mesin tu. bahaya gak mesin ni bila ditinggalkan 'running' macam tu
Quote oak.balustrade 3-10-2018 12:29 PM
Nana_Man replied at 3-10-2018 11:19 AM
Tak jadi lah nk beli.. takpe lah aku jogging jer kat taman... budak2 walau dgr kata pun, kadang2 ter ...

Curiousity killed the cat gituh
Quote mieymiey 3-10-2018 12:43 PM
sementara ibu bapanya meninggalkan Ashim sebentar untuk mengambil makanan untuknya


Budak tu tinggal sorang ker kat rumah?
Quote Nana_Man 3-10-2018 02:18 PM
oak.balustrade replied at 3-10-2018 12:29 PM
Curiousity killed the cat gituh

Dah ajal budak tu jgk...
Quote oak.balustrade 3-10-2018 02:30 PM
Nana_Man replied at 3-10-2018 02:18 PM
Dah ajal budak tu jgk...

Betul tu. Asbab aje..
Quote samasam90 3-10-2018 02:31 PM
sanak saudara prabal gurung?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050180 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top