CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1895|Reply: 8

Leka Sebentar Saja, Anak Maut Bawah Treadmill

[Copy link]
Post time 3-10-2018 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas terjatuh atas mesin berlari 'treadmill' ketika bermain berhampiran mesin berkenaan.




Gambar Hiasan




Memetik The Associated Press, kejadian berlaku di rumah keluarga mangsa di Whitehall, Pennsylvania pada jam 11 pagi Ahad, waktu tempatan.


Hasil pemeriksaan mendapati Ashim Gurung, 5, maut akibat kesan tekanan pada leher.


Jurucakap polis berkata, mangsa bermain berhampiran  treadmill yang sedang bergerak sebelum terjatuh di atas mesin berlari itu, sementara ibu bapanya meninggalkan Ashim sebentar untuk mengambil makanan untuknya.


Ashim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.




Kredit foto: WPXI




Sementara itu, WPXI melaporkan kejadian dipercayai berlaku selepas Ashim terjatuhkan mainannya dekat dengan treadmill berkenaan.


Ketika cuba mengambil mengambil mainan berkenaan, mangsa bagaimanapun terjatuh dan terperangkap di bawah mesin itu.


Polis menyifatkan kematian mangsa sebagai kemalangan tragis dan tiada tuduhan jenayah akan difailkan.


Terdahulu, anak perempuan peninju Mike Tyson, Exodus, 4, turut disahkan meninggal dunia pada 2009 selepas terjatuh dan lehernya terbelit pada kabel mesin treadmill di rumah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak jadi lah nk beli.. takpe lah aku jogging jer kat taman... budak2 walau dgr kata pun, kadang2 tersilap sikit bwk padah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya juga rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:03 PM | Show all posts
uih... macamana leh jatuh bawah mesin tu. bahaya gak mesin ni bila ditinggalkan 'running' macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nana_Man replied at 3-10-2018 11:19 AM
Tak jadi lah nk beli.. takpe lah aku jogging jer kat taman... budak2 walau dgr kata pun, kadang2 ter ...

Curiousity killed the cat gituh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:43 PM | Show all posts
sementara ibu bapanya meninggalkan Ashim sebentar untuk mengambil makanan untuknya


Budak tu tinggal sorang ker kat rumah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2018 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
oak.balustrade replied at 3-10-2018 12:29 PM
Curiousity killed the cat gituh

Dah ajal budak tu jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nana_Man replied at 3-10-2018 02:18 PM
Dah ajal budak tu jgk...

Betul tu. Asbab aje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2018 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sanak saudara prabal gurung?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.066923 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list