CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11685|Reply: 0

[Jenayah] Bekas pengetua maahad tak mengaku salah 23 pertuduhan pecah amanah dana sekolah

[Copy link]
Post time 22-1-2026 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Bekas pengetua maahad tak mengaku salah 23 pertuduhan pecah amanah dana sekolah
Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 22, 2026 @ 1:03pm

Bekas Pengetua, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Imam Nawawi, Zaidi Salleh, 58, (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Butterworth atas 23 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM138,673.80. - Foto NSTP/Auris Faqrurazzi

BUTTERWORTH: Bekas Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Imam Nawawi (MIN), Kepala Batas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 23 pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan dana sekolah berjumlah RM138,673.80 pada 2019.

Tertuduh, Zaidi Salleh, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh atas kapasiti sebagai pengetua dan Setiausaha Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) MIN telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta diamanahkan kepadanya.

Dia didakwa secara tidak jujur telah menyalahgunakan harta berkenaan dengan cara membuat pindahan wang berjumlah RM138,673.80 kepada diri sendiri dan lain-lain perbelanjaan yang mana wang berkenaan sepatutnya digunakan untuk penyelenggaraan MIN.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada Julai hingga Disember 2019 melalui 23 transaksi pemindahan wang dalam talian membabitkan nilai serendah RM300 hingga RM35,000.

Zaidi berkhidmat sebagai pengetua MIN sejak 2019 hingga 2023 dan kini bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG10 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan dengan sebat selain boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noor Azura Zulkiflee dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar manakala Zaidi diwakili peguam, Muhammad Adam Luqman Mohammad Ismail.

Hakim Zulhazmi membenarkan Zaidi diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melapor diri ke pejabat SPRM berdekatan sekali sebulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 26 Februari depan untuk penyerahan dokumen.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.399880 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list