CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Kate Middleton Dikecam Kerana Kostum Halloween 'Persenda' Puteri Diana

1-10-2018 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4031| Komen: 12

Description: Gara-gara menjual kostum Halloween kanak-kanak yang menggambarkan seorang puteri berlumuran darah, Carole Middleton menerima kecaman hebat daripada peminat Puteri Diana.
Gara-gara menjual kostum Halloween kanak-kanak yang menggambarkan seorang puteri berlumuran darah, Carole Middleton menerima kecaman hebat daripada peminat Puteri Diana.


Kredit foto: Getty Images Europe

Kostum Halloween dengan dress putih berlumuran darah tiruan yang menunjukkan organ dalaman itu diberi nama 'Zombi Puteri Beradu'.

Ia dijual menerusi laman web Party Pieces yang menjual barangan berparti kanak-kanak pada harga 10.99 British Pound (RM57.73).



Memetik Daily Star, kostum berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia dikatakan ada kaitan dengan kematian tragis ibu kepada Putera William itu.

Sahabat Puteri Diana, Simone Simmons mengecam sekeras-kerasnya tindakan ibu kepada Duchess of Cambridge itu dan berharap orang ramai memboikot laman berkenaan.


Kredit foto: Daily Star

"Ada banyak lagi tempat orang ramai boleh dapatkan kostum Halloween.

"Ia melampaui batas kerana seolah-olah mempersendakan Puteri Diana," katanya.

Sementara itu, salah seorang peminat diraja juga mempertikaikan tindakan Carole menjual kostum berkenaan.

"Ia sangat keterlaluan bagi Carole untuk menjual pakaian seperti itu. Apa yang dia fikirkan?" soalnya.


Kredit foto: Kredit foto: Party Pieces

Penerangan mengenai produk berkenaan di laman Party Pieces menyatakan "Puteri ini akan menjadi puteri yang paling menakutkan di mana-mana parti Halloween." - CARI
14

Bagus
34

Marah
40

Terkejut
33

Sedih
51

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (193 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 1-10-2018 01:11 PM
menakutkan pakaian cenggitu weyhhhh hahaa
Quote cik-jaja 1-10-2018 01:55 PM
dah pakaian macam princess, nama pun p label as a princess..mana orang tak marah..
Quote merrissa 1-10-2018 02:03 PM
alahai sensitip sangat peminat puteri diana ni....

tp siyes comei parents bawak anak2 dia g rumah ke rumah minta coklat...

kat malaysia pon comei gak....cume yang jadi x comeinya...biler ada yang demand......org bagi singgit demand nak rm5..kasi rm5 nak rm10......lepas tuh buang sampul raya tuh merata2....

Quote mizruncing 1-10-2018 02:38 PM
jgn ade rakyat malaysia yg beli dh la. maklum laa malaysia kan suka pelik2
Quote BoLapciOus 1-10-2018 02:47 PM
alahai tu pun nk sentappp..da nama zomba
Quote pai.kacang 1-10-2018 03:41 PM
ingat oprang malaysia je yg suka sentap2 camni.. lol
Quote chazey 1-10-2018 05:49 PM
WTF kokesen hodoh kuat sentap ini, apa kaitan costume harmless gitu dengan Diana, cheebais?!
Quote TonyCaruso 1-10-2018 09:03 PM
Serammmmm {:thief
Quote darkness7 2-10-2018 09:29 AM
hok aloh laaa...
Quote newyork 2-10-2018 10:23 AM
Brittons jgn cakap pasal royal depa kalau yg jenis fanatik dgn royal tu siap la.. hahah
Quote Foxey 2-10-2018 01:30 PM
tak nampak pun persamaan costume tu dengan gaun Princess Diana
Quote pjade 3-10-2018 09:55 AM
Apa kena mengena Zombie Sleeping Princess dengan Princess Diana? Mengarut..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049275 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top