CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raja Petra Mohon Maaf Berhubung Kenyataan Serban

2-10-2018 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2096| Komen: 5

Memetik laporan Sinar Harian, penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin semalam tampil mohon maaf kepada masyarakat Sikh dan Datuk Seri Amar Singh berhubung kenyataannya tentang serban yang dipakai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.


"Saya diberitahu bahawa serban Sikh adalah sesuatu yang sangat dihormati dan mereka tidak senang dengan sesiapa yang memperlekehkannya. Untuk itu, saya ingin memohon maaf secara ikhlas."

"Saya juga memohon maaf kepada Amar Singh kerana walaupun saya tidak bersetuju dengannya, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghina agamanya." 


Kredit foto: carian internet

Sebelum ini dilaporkan Amar Singh dan Raja Petra berbalah berhubung tuduhan polis mencuri RM43.4 juta wang rampasan dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


Pengarah Siasatan Jenayah itu menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan mencabar Raja Petra membuat laporan polis dan bukannya "bersemubunyi di sebalik tirai siber".

Dalam jawapan balasnya kepada Amar, penulis blog itu kemudian menyentuh tentang serban Amar yang menurutnya "terlalu ketat sehingga menghalang peredaran darah ke otaknya".

Kenyataan itu menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat Sikh dan laporan polis dibuat ke atas Raja Petra.

Sementara itu, dalam kenyataan sama di blognya, Raja Petra turut memohon maaf kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh, serta peguam Amarjit Sidhu.- CARI

27

Bagus
37

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
32

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (154 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arm_band 2-10-2018 02:14 PM
raja petra ni pun serupa kibod worrior & kita kat porem ni je...

cakap pumpangpumpang, dari seberang laut sana. nak balik sini, idak lerr
Quote giyomi 2-10-2018 04:38 PM
lalang betul dia ni...dl ktuk jib skrg kutuk ph...takder pndirian lgsng n tak layak tuk komen pon sebab lari duk luar negara.
Quote dani-rox 3-10-2018 12:43 AM
khabarnya ummah sikh di UK tgh hangen dgn heshe, siap buat report polis. padan muka
Quote OrenTheReturn 3-10-2018 02:24 AM
dani-rox replied at 3-10-2018 12:43 AM
khabarnya ummah sikh di UK tgh hangen dgn heshe, siap buat report polis. padan muka

Ye ke? padan muka
Quote OrenTheReturn 3-10-2018 02:25 AM
dani-rox replied at 3-10-2018 12:43 AM
khabarnya ummah sikh di UK tgh hangen dgn heshe, siap buat report polis. padan muka

klu ummah suni kaper sentuh skit saja mau dah mcm nak berperang

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.037692 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top