CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekeluarga Dipaksa Bomoh Kunyah Bunga Sampai Muntah

26-4-2018 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3995| Komen: 24

Description: Sebuah keluarga di Miri menjadi mangsa penipuan seorang 'bomoh' ketika mendapatkan khidmat rawatan.
Sebuah keluarga di Miri menjadi mangsa penipuan seorang 'bomoh' ketika mendapatkan khidmat rawatan.

Memetik Harian Metro, mereka dipaksa makan puluhan kelopak bunga ros, mengunyah garam dan berendam dalam ais lebih sejam.



Foto: Harian Metro

Selain menjadi bomoh, mangsa, Farzanah Zakiuddin, 28, mendakwa lelaki terbabit turut menyamar sebagai ahli perniagaan, perunding syarikat dan pelbagai jawatan lain sebelum tembelangnya terbongkar pada Selasa.

Suspek berusia 40 tahun itu didakwa memperdaya sekurang-kurang 500 mangsa yang mahu bekerja di syarikat minyak dan gas yang tidak wujud menyebabkan kerugian lebih RM200,000.


“Sebelum ditahan polis di Kampung Pujut Adong, lelaki itu pernah menetap bersama keluarganya di Kluang, Johor pada 2016. Sebelum ini, lelaki itu pernah ditawarkan bekerja sebagai pekerja am dengan syarikat sewa kanopi keluarga pada Mac 2016 dan dia menetap di rumah sewa kami.

“Bagaimanapun, dia kemudian mendakwa ibu saya terkena ‘buatan’ orang dan perlu ‘dibersihkan.’ Lama-kelamaan, saya dan seluruh keluarga didakwanya turut disihir dan perlu ‘dibersihkan’ dan dia menawarkan diri untuk merawat kami,” kata Farzanah kepada NSTP.

Bagaikan terpukau, keluarga mangsa mengikut segala kemahuan gila suspek termasuk ‘menjamah’ bunga ros, mengunyah garam kasar serta berendam dalam air berais selama lebih sejam setiap kali rawatannya selama tujuh bulan.

“Memang perit sehingga saya dan keluarga termuntah bagi memenuhi syarat gilanya,” katanya.

Bukan sahaja terseksa, malah mereka telah membelanjakan hampir RM130,000 sepanjang tempoh rawatan termasuk membeli segala kelengkapan 'rawatan'.

“Alhamdulillah, pada Oktober 2016, saya mula menyedari helah liciknya dan menerangkan kepada keluarga bahawa mereka hanya menjadi mangsa penipuan.

“Kami kemudian sepakat menghalaunya dari rumah,” katanya. - CARI

23

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 26-4-2018 10:06 AM
Hehe. ..teringat pula kisah sendiri. ...
Quote iloveselangor 26-4-2018 10:07 AM
@dodolgemok rasa diorg pakai cawat lagi ke?
Quote noraidil_06 26-4-2018 10:08 AM
noor2 replied at 26-4-2018 10:06 AM
Hehe. ..teringat pula kisah sendiri. ...

Hahahhahaha. Comel tau kisah awak
Quote noor2 26-4-2018 10:15 AM
noraidil_06 replied at 26-4-2018 10:08 AM
Hahahhahaha. Comel tau kisah awak

Hehe nanti  saya cerita kat awak thru wasap. ...hehe
Quote fushimi 26-4-2018 10:43 AM


kenapa bodoh sangat pergi ikut cakap bomoh
Quote grouper 26-4-2018 10:46 AM
Klau ada skill conman ni baik wat con kat kasino dpt juta2 lari luar negara la..xde menyusahkan org
Quote kroit92 26-4-2018 10:52 AM
tak dinafikan di tahun 2018
masih ramai orang percaya bomoh 100%

kepala spongebob pasir berdegung punya bomoh
last2 family tu kucar-kacir bergaduh, hilang kepercayaan
Quote haryatie 26-4-2018 11:09 AM
bomoh2 ni..jgn percaya la..
pernah jugak dikenalkan dgn bomoh2 ni..konon2 nya ada org sihir
tp aku ni jenis yg x confident..
org kata kalau nak berubat dgn bomoh2 ni mesti confiden dgn cara perubatan dia..
nasib la otak ni suka berfikir...xde la benda2 pelik terjadi..
minta dijauhkan laaa..
Nauzubillahiminazalik..
Quote ladyxez 26-4-2018 11:09 AM
kunyah bunga ... ai terbayang kambing
Quote cm_matjawasp 26-4-2018 12:04 PM
noor2 replied at 26-4-2018 10:06 AM
Hehe. ..teringat pula kisah sendiri. ...

Kisah aku tahun 70an, lawan bolasepak sekolah rendah, cikgu tu guna bomoh supaya kami tak gentar..disuruhnya kunyah sirih pinang ..haramjadah punya bomoh kering tekak aku macam nak pengsan, dah tu kalah pulak.
Quote Knowlee 26-4-2018 12:09 PM
Tak, korang bukan kena pukau. Tapi dia pandai manipulate subconscious mind korang, takutkan korang dgn benda yg mmg jadi ketakutan masyarakat.
Quote cha-cha 26-4-2018 12:13 PM
Conman ni power tau ayat dia. Kita yg tak kena ni memang rasa mengarut, tapi mangsa2 akan terkesima dan terkhayal dibuai janji manis mereka. Dorang pun tau nak pilih mangsa. Dorang audition dulu.
Quote chicozinn 26-4-2018 01:16 PM
cha-cha replied at 26-4-2018 12:13 PM
Conman ni power tau ayat dia. Kita yg tak kena ni memang rasa mengarut, tapi mangsa2 akan terkesima  ...

btol tu..sbab meollss penah jmpa sorang pakcik ni kaya gila tapi bangang g beli uma harga 2.5 juta kat conman cash..yg lagi mengharukan deyoollss xupah loyer pon wat tukar milik nama & pakai google je dokumen sume..last2 duit terbang, conman ilang..bos meollss masa tu tepuk dahi kot memikirkan org kaya tu sng2 je bg duit kat org cmtu..
Quote prettyuglybabe 26-4-2018 01:28 PM
mesti wangi mulut kunyah bunga ros..

Quote chicozinn 26-4-2018 01:39 PM
teringat citer sundel bolong si suzanna kawen kunyah kelopak bunga ros..last2 seminggu meollss xleh tido malam pasal teringat2 rupa sundelbolong..hanat tol
Quote AmyOpy 26-4-2018 02:07 PM
noor2 replied at 26-4-2018 10:06 AM
Hehe. ..teringat pula kisah sendiri. ...

hehehehe...kita pun samalah...
#kunyahcarrotsampaiciritbirit
Quote noor2 26-4-2018 03:47 PM
AmyOpy replied at 26-4-2018 02:07 PM
hehehehe...kita pun samalah...
#kunyahcarrotsampaiciritbirit

Kaka minum air kelapa. ..hehe
Quote sharlenetexas 26-4-2018 03:55 PM
nasib baik tak kena cabul
Quote lasagnaklcc 26-4-2018 04:02 PM
Iye la kan, yg duit byk ni kdg2 ada hari bengap dia jgk.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.078383 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top