CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Ditemui Setelah Kapten Hasman Hilang di AS

30-12-2015 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6817| Komen: 14

Description: Berita itu menjawab persoalan punca suaminya tidak memberi sebarang respon terhadap rakaman klip video
Oleh Izzah Abbasy


Kapten Hasman Hussin, 34 yang dilaporkan hilang di Missouri, Amerika Syarikat Sabtu lalu telah ditemui.

Menurut isteri Kapten, berita itu menjawab persoalan punca suaminya tidak memberi sebarang respon terhadap rakaman klip video telatah anak mereka yang dihantarnya melalui aplikasi Whatsapp pada 26 Disember lalu.

"Walaupun berada jauh, dia menghubungi kami terutama anak sulung lelaki berusia tiga tahun untuk berbual melalui telefon hampir setiap malam (waktu Malaysia)"

Dia berkata, kali terakhir dia bercakap dengan suaminya adalah pada 25 Disember lalu dan sehari kemudiannya suaminya cuba menghubungi mereka melalui telefon tetapi tidak disedarinya.

Mayat Kapten Hasman Hussin yang dihanyutkan banjir di Missouri ditemui kira-kira jam 11 malam waktu Missouri, semalam. Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, ketika dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan perkara itu.


Pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama empat tentera negara lain dilaporkan hilang selepas kenderaan dinaiki mereka dihanyutkan air deras di Missouri, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta mereka cuba mengharungi laluan dinaiki air sebelum dihanyutkan. - CARI Infonet

Info : Berita Harian


21

Bagus
17

Marah
18

Terkejut
23

Sedih
11

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 30-12-2015 12:06 PM
Kesian nya, Alfathihah
Quote Lorra2411 30-12-2015 12:08 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=939372

mayat telah dijumpai katanya. ya Allah, kesiannya isteri dan anak-anak. banyakkan bersabar
Quote sukacactus 30-12-2015 12:10 PM
Eh bkn dah 3 bln ke kembar tu
Baca kat paper, masa suami dia berangkat ke us oktober aritu yg dia masih berpantang
Tp kot mana pun mmg kesian la
Semoga cepat ditemui
Quote _______ 30-12-2015 12:16 PM
Arwah baik orangnya
Quote jelitaqasyah 30-12-2015 01:21 PM
Edited by jelitaqasyah at 30-12-2015 01:24 PM

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Semoga Allahyarham Kapten Hasman Hussin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Allahu Ameen.
Quote mixed 30-12-2015 01:53 PM
al fatihah semoga tabah la si isteri & famili
Quote rospinki 30-12-2015 02:55 PM
Aku khuatir arwah ni mebi abg pda kawan aku dri felda palong tu..ayahnya pun nama husin jgak..tp aku ngan kawan tu dh break off
Quote rospinki 30-12-2015 02:56 PM
Bkan abg.. adik kot..
Quote insulin 30-12-2015 02:57 PM
Takziah.
Quote mommymonster82 30-12-2015 03:39 PM
Innalillah..

Sabarlah si isterinya..dahla tgh pantang..jg emosi .. bykkan zikir.... takut meroyan nanti..fikir anak2 yer...sabar ye...sedihnya
Quote khairulazuan 31-12-2015 08:29 AM
innalillah..semoga sang isteri tabah
Quote HANIMUSLIMAH 31-12-2015 10:38 AM
sebaknya alahai melihat tangisan isterinya di TV malam tadi..
moga beliau tabah menghadapi hari hari mendatang tanpa suami..
setiap yang berlaku terselit hikmah..

Al Fatihah..
Quote zeed 31-12-2015 11:10 AM
Super senior sekolah..takziah..
Quote alinone78 31-12-2015 12:34 PM
innalillah wa inna ilaihi raaji'un

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.063280 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top