CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Maut Depan Mata, Jatuh Dari Tingkat 3

31-12-2015 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9959| Komen: 57

Description: Selama: Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kuaters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, malam tadi.



Selama: Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kuaters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, malam tadi.

Kejadian berlaku 11 malam tadi apabila mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, bersama ibu bapanya baru pulang dari bercuti.

Mangsa dikatakan naik bersama ibunya ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga, sementara bapanya dan anak kedua sedang berkemas di kereta untuk naik ke rumah.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dari atas ke tepi longkang blok Felicia di depan mata bapanya.

Katanya, ketika kejadian, tiada saksi lain selain daripada kedua ibu bapa mangsa.

"Hasil pemeriksaan awal daripada pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung halaman ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian," katanya.

19

Bagus
21

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
27

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fifie_olin 31-12-2015 10:08 AM
so mak dia yg tau segala ape yg terjadi...
spt biase nk salahkan mak jugak
Quote revolusi_30 31-12-2015 10:18 AM
Ibu sibuk main hp ke apa ne.  
Quote MamaMima711 31-12-2015 10:20 AM
Aku speku dia jenguk nk tgk ayah dan adik dia kat bawah..ma dia mesti tgh sibuk gak angkut brg kiri kanan tangan atau mak dia dh masuk rumah tapi dia masih kat luar nk jenguk ayah dgn adik dia..
Quote azie5zoe 31-12-2015 10:32 AM
MamaMima711 replied at 31-12-2015 10:20 AM
Aku speku dia jenguk nk tgk ayah dan adik dia kat bawah..ma dia mesti tgh sibuk gak angkut brg kiri  ...

kot-kot dia tengah nak cari ayah dia dari atas kan..terjengah-jengah..tu yang tertonggeng kot kan...alahai...

Quote gaara_X 31-12-2015 10:38 AM
alahai....kesiannya...banyakkan bersabar...salam takziah dari ambo buat keluarga mangsa.....
Quote Orange_7491 31-12-2015 11:11 AM
aku pun rasa anak dia excited jenguk bapak kat bawah pastu tergelincir...
Quote m2506 31-12-2015 11:34 AM
salam takziah ..
Quote faiz-za 31-12-2015 11:36 AM
Takziah untuk family
Quote Changa 31-12-2015 11:37 AM
AQEEF Nifael Sharhafizie Afzal,
amboi bukan main lagi nama anak...tengok2 muka? tak comel pun
Quote ipes2 31-12-2015 11:44 AM
5 years old ni sebenarnya dah reti takut, eg pada hantu, pada bogeyman, pada harimau etc, juga pada heights. In general, heights ni orang memang takut. So maybe dia tergelincir masa cuba tengok people below semacam former kat atas cakap. Then again, tingkat 3 dari perspective kanak kanak mungkin 'tidak tinggi' dan dia still Nampak bapak dia macam dekat aje dan tidak cukup menakutkan untuk halang dia panjat railings (assuming ade railings). Innalillah.
Quote chinta89 31-12-2015 11:45 AM
budak2 skg mak pak letak nama kemain berbelit lidah..

takziah kpd keluarga. harap bertabah.
Quote MH37O 31-12-2015 11:54 AM
Changa replied at 31-12-2015 03:37 AM
amboi bukan main lagi nama anak...tengok2 muka? tak comel pun

normal lah tu beb...kebanyakannya kalau nama yg ala2 urban atau pelik2 nih biasanya duduk pprt flet setinggan je...cer tgk anak2 org kacuk ke,anak2 org kaya ke,nama sultan2 ke camna
Quote dubuk 31-12-2015 12:28 PM
Changa replied at 31-12-2015 11:37 AM
amboi bukan main lagi nama anak...tengok2 muka? tak comel pun

tak ada danish danial darwish rayyan ok lah nama gitu

changa acah acah ponsellllll

Quote prettyuglybabe 31-12-2015 01:41 PM
Changa replied at 31-12-2015 11:37 AM
amboi bukan main lagi nama anak...tengok2 muka? tak comel pun

baca komen hakak ni terus lupa nak komen apa sebenarnya tadi
Quote khairulazuan 31-12-2015 01:45 PM
innalillah..................
Quote peachRose 31-12-2015 01:46 PM
tertumuih la ni ek?
kesiannya
mesti trauma ayahnya tgk anak drop depan mata
Quote lionsleepin 31-12-2015 01:56 PM
Sekelip mata je
Quote krustykrab 31-12-2015 01:57 PM
Changa replied at 31-12-2015 11:37 AM
amboi bukan main lagi nama anak...tengok2 muka? tak comel pun

Tu gambo arwah kt atas tu...comel jugaklah dr sis
Quote clarizsa 31-12-2015 02:04 PM
budak tu dh mati... masih nk mengata nama dia.. kejadah sgt manusia2 lahnat..


takziah.. kecuaian membawa padah...

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.296291 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top