CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lapan Tahun Menanti Zuriat Sampai Elizad Tanya Suami Nak Kahwin Lain Tak

11-1-2022 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4238| Komen: 30

Description: Lapan tahun melayari alam rumah tangga, pelakon Siti Elizad berkata dia dan suami iaitu Shamsul Baharin Rahman masih bersabar menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Lapan tahun melayari alam rumah tangga, pelakon Siti Elizad berkata dia dan suami iaitu Shamsul Baharin Rahman masih bersabar menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.


Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada Selasa, Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Sharifuddin, 37, berkata dia enggan lagi terlalu berharap kerana percaya Allah SWT sudah mengaturkan yang terbaik.


Kedit foto: IG Elizad

“InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua.

“Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.


“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram... kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga," ujarnya kepada mStar.


Kedit foto: IG Elizad

Terdahulu, Elizad menerusi Instagram memuat naik ucapan sambutan ulang tahun perkahwinan kelapan mereka yang menyentuh hati.

Menerusi kapsyen, penyampai radio Sinar FM ini meminta orang ramai mendoakan rezeki dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinan tersebut.

Perkongsian Elizad itu turut menarik perhatian netizen termasuk rakan selebriti yang rata-rata mendoakan agar dia dikurniakan zuriat.



Sementara itu, Elizad memberitahu, zuriat bukanlah satu isu dalam rumah tangga yang dibina itu kerana suaminya sudah mempunyai dua cahaya mata pada perkahwinan terdahulu.

“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain... tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chilly 11-1-2022 05:29 PM
Kesian dia. Ada yang anak sorang pon sebok tanya bila nak tambah lagi. Ada dua boboy/gegirl eh di tanya pulak bila nak bagi boboy/gegirl. Dah lebih 4 ehhh di suruh stop kate kerja asik beranak ajer. Semakkk!
Quote umbut 11-1-2022 05:47 PM
Dugaan utk elizad..dulu dia menyepi lama dari industri sebab jaga mak sakit kan.. laki pun dah ada 2 anak sebelum ni.. happy2 kan diri ngan laki je..
Quote anony-mous 11-1-2022 05:55 PM
Cantik dia ni. Gmbar pakai tudung bawah tu double cantik. Kuatnya org2 yg lalui ttc journey ni
Quote cmf_jeangrey 11-1-2022 07:33 PM
Tak perlu suruh laki tu kawin lain pun...kalau dia nak sgt, lama dah dia mintak kan..ada yg kawin sbb nak companion...mcm sorg kawan iols tu..mmg xnak anak...itu pilihan masing2...just live your life to the fullest until that day comes
Quote JalaEmas 11-1-2022 07:43 PM
semoga elizad  terus kuat dlm perjuangan ttc

org2 yg rapat dgn iolss pn ade struggle ttc.. hatta kakak iols pon hmpir 10 y bru dpt zuriat.. uolls mmg kuat..

Yg pasti lambat atau cpt, semuanya takdir yg tertulis.. ada hikmahNya..
babydust to all ttcians
Quote pinky46 11-1-2022 07:44 PM
chilly replied at 11-1-2022 05:29 PM
Kesian dia. Ada yang anak sorang pon sebok tanya bila nak tambah lagi. Ada dua boboy/gegirl eh di ta ...

Betul sgt!!! Aku salah sorg yg melalui,rengsa yihhhh setiap kali org tanya bila nak tambah.dia tak tahu ke semua tu rezeki dari Allah,kalau dh belum masanya nk ckp mcm mana kan
Rengsa sgguh dgn acik2 bawang ni
Quote ufc148 11-1-2022 09:12 PM
Bagus elizad ni jaga emak sakit dan redha dgn keadaan yg Tuhan bagi seadanya
Quote auntyonion 11-1-2022 09:39 PM
Takde anak pn bahagia. Abaikan mulut2 puaka yg xde life sgt sampai sibuk life org
Quote Carcosa 11-1-2022 09:54 PM
Relax je Elizad.. (kalau dia bacalah
Jgn stress2, abaikan je yg tanya2 tu. Satu lagi, kalau ttc, usahla diberitahu org2 lain, hatta family terdekat pun. Just u n yr husband tau, dahla. Jadi tak ada additional stress. Buat senyap2, peminat pun takyah kasitau. Atur langkah sendiri.
Me'ols bkn ckp kosong ye. Me'ols dah laluinya.
Mencuba utk 5y naturally - failed
IUI - failed
IVF - Alhamdulillah berjaya.
Skrg anak meols nak masuk 5y
Quote AcikBuncit 11-1-2022 11:32 PM
Acik ni dh rmai anak pmpuan. Tu pn org tanya bila nak anak laki plk... Sbrla. Tu je jwpnnya bila brdpan ngn manusia. Xda yg smpurna. Semua ikut kita. Kita dh usaha, Allah tentukan dh rzeki msing2 kat mana. Jagalah suami n anak2 tiri dgn elok. Suami pn dh kata xda isu pn kalo xda anak. Gembirakn diri dgn bnda lain plk. Kdg bila kita xfkir pasal anak, ngndung plk. Life full of surprises.. Just enjoy.
Quote awenda507 11-1-2022 11:40 PM
Jgn stres2. Dah ikhtiar, kena tawakal. Moga ada rezeki zuriat utk elizad
Quote Adeakukesah11 12-1-2022 01:07 AM
Smoga ade rezeki buat dia. Faham sgt sbb penah melalui nye. Tp percaya lah, Allah akan bg juga pd waktu yg tepat. InsyaAllah
Quote Cece1234 12-1-2022 01:53 AM
cmf_jeangrey replied at 11-1-2022 07:33 PM
Tak perlu suruh laki tu kawin lain pun...kalau dia nak sgt, lama dah dia mintak kan..ada yg kawin sb ...

Ur friend sama cm i..mmg xde plan nak anak..org cakap apa i wat bodo je malas nak justify apa2..my life my choice gitu smbil flip tudung..
Quote cmf_jeangrey 12-1-2022 05:44 AM
Cece1234 replied at 12-1-2022 01:53 AM
Ur friend sama cm i..mmg xde plan nak anak..org cakap apa i wat bodo je malas nak justify apa2..my ...

Ramai jugak yg ckp, kalau xnak anak buat apa kawin atau dah kawin mesti buat anak. Kalau reason kawin sbb anak saja, yg dah tua/menopos tu buat apa kawin kan? Of course sbb nak berteman sampai hujung usia...keinginan manusia x sama.


Anak ni is life changing...bukan semua mampu jadi ibubapa yg baik...sbb tu byk kes dera/abuse sbb x mampu nak deal dgn tantrum atau memahami kanak2 yg demanding ni (pelbagai reasons)...time tgk org lain beranak pinak mmg la teringin, x dinafikan fitrah manusia...tapi bila dah dapat tu ramai yg mengeluh, kenapa anak aku x mcm anak org lain? Gitu pulak bila dah dpt kan..




Quote Mawar91 12-1-2022 09:41 AM
Edited by Mawar91 at 12-1-2022 09:47 AM

Meols doakan semoga semua org yg berkahwin & ingin memiliki cahaya mata agar di perkenankan doanya oleh Allah termasuk
Elizad .Cume x suke dengan stigma sesetengah org yg kerap menyalah kan org perempuan /isteri sebagai punca x dpt anak.Spe je yg kwen x nak anak kecuali yg mmg x nak la.Sume mesti nak.Begitu jugak dgn jodoh.Org yg normal mesti nak kwen & berteman.Org yg tiada di tmpt tertentu x merasa sakit menunggu tu.Tpi da Allah kata belom smpai mse.Yg pntg terus usaha & banyakkn doa , tawakkal.Insyaallah klu mmg ade rezeki ade la.Semoga Elizad dipercepatkan dpt anak.Biar kembar terus pon xpe mcm Zizie Ezette tu .Amin.Motip meols membebel pagi2 ni.
Quote yussya 12-1-2022 09:57 AM
Dah melaluinya..dah ada anak sorang.tp org keliling dok push bila nak tambah.balik kampung pun kena.mcm berdosa terus dicampak ke neraka kalau ada anak sorang je.akhirnya lepas 7 tahun Allah bg rezeki sorang lg.pun kena suruh tambah lg.eh gila lah. ada sorg kawan, lps 12 tahun ttc baru dpt.naturally pulak tu..semoga ada rezeki untuk Elizad dan suami nanti..aminn
Quote da_vinci 12-1-2022 11:44 AM
chill...chill...jer elizad

Adam Corrie dpt Fatah Lee after 10years
Tokti dpt Afiah  after 11 years

my bff dah 22 years kawin tp takder anak, suami chill jer pujuk dia kata takperla kita redho, duduk rumah org tua2 yang best sama2 sampai mati ya...
Quote cikkuntum 12-1-2022 12:28 PM
kita sama elizad...8 tahun & still ttc tp skrg more to chillax je...nasib dpt husband yg memahami & my husband siap ckp bile rumah weols siap...weols start planning adoption baby...hope ada rezeki utk weols jgak nnt

Quote jerukkedondong 12-1-2022 12:44 PM
Simpati dgn ijad ni.
dia rajin komen kat ig artis2 yg bru brsalin dapat baby..
I doakn satu hari nanti ada rezeki u ijad utk preggy dan melahirkn dgn selamat...
Aamin

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.163109 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top