CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jam Tangan Louis Vuitton Tambour Horizon Light Up Berharga RM12,000!

11-1-2022 05:43 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2742| Komen: 24|Original author: Agent13k

Description: Jenama barangan mewah Louis Vuitton yang terkenal dengan produk seperti beg, pakaian dan barangan eletronik mengeluarkan jam tangan pintar mereka sejak 2018 dengan nama Louis Vuitton Tambour Horizon.
Jenama barangan mewah Louis Vuitton yang terkenal dengan produk seperti beg, pakaian dan barangan eletronik mengeluarkan jam tangan pintar mereka sejak 2018 dengan nama Louis Vuitton Tambour Horizon.

Kali ini, mereka baru sahaja melancarkan Louis Vuitton Tambour Horizon edisi Light Up.


kredit foto: Opulent Club

Louis Vuitton Tambour Horizon Light Up mempunyai skrin AMOLED seluas 1.2" yang melengkung sepenuhnya ke bahagian sisi dan memaparkan 24 ikon monogram yang setiap satunya boleh diubah mengikut cita rasa si pemakainya.



Jam ini juga mempunyai cip Snapdragon Wear 4100 yang dikatakan cip jam terlaris di pasaran sekarang, selain menyokong 1GB RAM dan penstoran sebanyak 8GB. Kuasa baterinya juga bertahan lebih lama dengan kapasiti besar, 3000mAh.

Malah, Louis Vuitton Tambour Horizon Light Up yang menggunakan sistem operasi buatan mereka sendiri iaitu sistem operasi berasaskan WearOS yang mempunyai banyak mod seperti Blossom, Explorer, Submarine dan Saver.


kredit foto: Tech News Space

Selain itu, jam ini juga boleh membaca nadi anda, mengira langkah anda berjalan, lihat cuaca, kualiti udara di sekeliling dan kalis air sehingga 30 meter! 

Harga seutas jam Louis Vuitton Horizon Light Up berharga ASD3,000 (RM12,580). 

Ada sesiapa mahu beli jam ini? Berbali ke beli dengan harga lebih RM12,000? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 11-1-2022 05:44 PM
Murah le kirekan dari jam tangan Juma..
Quote alieyrina 11-1-2022 05:51 PM
Murahla.. founder kokdiang boleh la beli kt anak dia pulak lepasni
Quote whimsicalmusic 11-1-2022 06:31 PM
Hmmm buruk
Quote Dwdrum 11-1-2022 06:53 PM
Untuk youngsters lebih sesuai...
Quote Zezo 11-1-2022 07:31 PM
Kalau org bg hadiah free, kita ambil jer. Lmao.
Quote AKAZ85 12-1-2022 12:36 AM
Alah.. Murah je kata orang2 berduit
Quote kitmal 12-1-2022 12:52 AM
tak heran kalau kasut kain dan beg kain pun dah harga ribu ribu
Quote asamfish 12-1-2022 03:12 AM
Murah je.  Nama pun LV.  Kalau Fossil or Swatch yang rega mcm tu, mmg la mahal.  But...still buruk pada mata saya.
Quote Tinot7 12-1-2022 03:16 AM
Mak aihh.. mahainya...
Quote dudaberhias 12-1-2022 03:19 AM
Murah la untuk jenama LV... Sape minat jam boleh ler beli... Lagi2 yang gigih kata anak nak beg sekolah gucci, padahal maknya yang gigih nak beli.
Quote matamata 12-1-2022 03:48 AM
Patek tersenyum sinis...
Quote cmf_jeangrey 12-1-2022 05:51 AM
Kak Mah tersenyum kambing jah...koleksi sheols lagi terpaling
Quote venom1 12-1-2022 07:29 AM
RM12K je..boleh beli 5 kalau founder nak reward anak-anak ikan dia
Quote ultra78 12-1-2022 07:33 AM
Boleh la belikan utk anak masuk sekolah.
Quote Dwdrum 12-1-2022 07:59 AM
Edited by Dwdrum at 11-1-2022 04:04 PM

LV lebih popular untuk quality handbag... Bukan watches.. LV watches memang murah depreciation item... Bukan high/medium end untuk di compare... Still branded
Quote my_irina 12-1-2022 08:02 AM
tak lawo ok bye!
Quote lurve82 12-1-2022 09:04 AM
xcantik...better beli hbag..tahan lasak beg lv...aku tgh aim lg 1 hujg thn...lg 1 aku suka perfume lv...
Quote Shazid 12-1-2022 02:39 PM
Seronok kalau ade org nk bg free
Quote cmf_premierleag 12-1-2022 02:58 PM
Founder produk merkuri yg boleh buat muka org lain rosak,buah pinggang org lain rosak, boleh la beli jam LV buruk ni sbg koleksi peribadi depa

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.243207 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top