CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Niezam Zaidi Didenda RM4,000, Bawah Pengawasan AADK

10-1-2022 03:37 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2176| Komen: 8|Original author: LilRose

Description: Mahkamah Majistret Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap pelakon Niezam Zaidi selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan pada Oktober lal ...
Kredit foto: IG


Mahkamah Majistret Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap pelakon Niezam Zaidi selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan pada Oktober lalu.

Majistret Mohd Shazmeer Zamhari menjatuhkan hukuman itu selepas Niezam atau nama sebenarnya Muhamad Niezam Mohd Zaidi bersama pengarah dan penolong pengarah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan secara berasingan pada pada Isnin.


Kredit foto: IG


Menurut laporan Utusan, Niezam didenda RM4,000 manakala Mohd Latiff Zami, 50, (RM3,800) dan Saiful Zaidrin Ismail, 48, (RM4,000).

Niezam juga diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun manakala Latiff dan Saiful masing-masing tiga dan dua tahun.

Mahkamah juga memerintahkan mereka dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan dan mereka membayar denda tersebut.

Menurut pertuduhan, Niezam didakwa memiliki kanabis seberat 0.60 gram manakala Latiff (0.20 gram kanabis) dan Saiful Zaidrin (0.03 gram methamphetamine) di sebuah rumah di Persiaran Jati, Taman Chandan Putri 2, kira-kira pukul 7.15, 10 Oktober 2021.



Niezam dan Latiff didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Saiful pula didakwa mengikut Seksyen 12(2) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut laporan, kesemua tertuduh juga mengaku memasukkan THC dan Methamphetamine ke dalam badan di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara jam 9.50 hingga 10.05 pagi hari sama.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan tidak lebih tiga tahun.


Kredit foto: IG

Sementara itu, Niezam menerusi Instagram dengan tenang memuat naik gambar di luar perkarangan mahkamah.

Semoga Niezam seriklah dengan hukuman ini. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 10-1-2022 04:59 PM
X follow sgt gossip ni. Dia ngaku bersalah tp kenapa statement semua mcm ada org kenakan dia plak?
Quote prince_marhaen 10-1-2022 05:13 PM
selayaknya dik.... dah mengaku bersalah kat mahkamah kan? kenapa perlu acah-acah insan teraniaya? feeling-feeling hero pula posing depan mahkamah semacam bangga pulak eh....aneh-aneh lah artis sekarang..
Quote Prickford 10-1-2022 05:47 PM
Tunggu la kau dik tiap2 bulan kena join program AADK. Masa tu amik la kau segala mak nenek kau kena hadap sepanjang program. Tu belum ade minah2 kacip yg nanti dok nyendeng kat kau. Tambah pulak brader yg dah join berpuluh kali program ajak kau join group dia. Paham2 sudah.
Quote Artemesiaa 10-1-2022 05:49 PM
Denda hukuma rendah sebab tu berani mengaku agaknya
Quote musangbodoh 11-1-2022 12:43 AM
lawa converse bang
Quote tumpanglalu74 11-1-2022 01:03 AM
Image_1-11.jpg

Dapat kat hakim Argentina kemarok zantan kiss banduan tu mau lepeh je..
Quote dekmieDandy 11-1-2022 09:59 AM
still caption tenang is good
Quote Simunggu 11-1-2022 10:03 AM
mat gian ini menyusahkan keluarga biasanya..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.093780 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top