CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Mana Ada Rasis, Aku Sebak Terharu' - Uncle Kentang

10-1-2022 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1985| Komen: 18

Description: Kepelbagaian kaum yang wujud menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik.
Kepelbagaian kaum yang wujud menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik.

Di sebalik isu-isu panas yang sengaja dicetuskan segelintir pihak, hubungan erat antara kaum sebenarnya masih utuh, sebagaimana yang terjalin sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.



Kredit foto: FB

Terbaharu, aktivis sosial terkenal, Kuah Chee Heng atau Uncle Kentang turut berkongsi kisah seorang wanita Melayu yang berusaha membantu seorang remaja berbangsa Cina.

Jelasnya, remaja berusia 18 tahun itu mengalami masalah kewangan selepas kehilangan ibunya baru-baru ini.


"Anak Cina ini kehilangan mak baru-baru ini dan tak mampu urus mayat emak. Kita bantu.

"Dan kini sewa bilik berlapiskan katil buruk yang telah robak. Tetapi dia gigih nak masuk universiti. Pencapaian dia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak mengejutkan, banyak A+ dan layak masuk ke universiti.


Kredit foto: FB

"Oh tuhan, ini sangat hebat. Suka semangat begini, kita rakyat Malaysia yang hebat. Inilah Malaysia. Keindahan dalam kebenaran.

"Terima kasih Puan S yang asyik hambat saya untuk dapatkan maklumat anak Cina ini dan akan taja semua kos universiti kerana saya sibuk edarkan bantuan banjir," ujarnya.

Dedah Uncle Kentang, abang kepada remaja itu kini bekerja sebagai pelayan restoran, manakala bapanya sedang mencari isteri baharu.

Malah, remaja itu juga tidak mempunyai ramai saudara mara yang boleh menghulurkan bantuan.



Perkongsian Uncle Kentang mengenai kisah itu di Facebook miliknya pada Ahad turut meraih perhatian ramai.

Selain simpati dengan nasib remaja itu, ramai yang turut memuji sikap wanita Melayu itu yang berbesar hati dalam membantu remaja berkenaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-1-2022 03:10 PM
Amboi
Bapanya sibuk cari bini baru rupanya
Quote Simunggu 10-1-2022 03:50 PM
kasian budak tu....bukan semua org senang...
Quote mama_cat 10-1-2022 04:31 PM
apaknya sibuk nak berbini baru, mentang mentangla byk org bantu...
Quote hayrin86 10-1-2022 04:32 PM
Rasis bukan boleh bawa ke mana..
Quote Artemesiaa 10-1-2022 04:35 PM
Nak harap pak, paknya sibuk nak berbini nasib ada yang sudi bantu.  
Quote dani-rox 14-1-2022 11:14 PM
Dedah Uncle Kentang, abang kepada remaja itu kini bekerja sebagai pelayan restoran, manakala bapanya sedang mencari isteri baharu.


Every child deserves parents, but not all parents deserve children.
Quote asamfish 14-1-2022 11:31 PM
dani-rox replied at 14-1-2022 11:14 PM
Every child deserves parents, but not all parents deserve children.

So very true!

Quote tumpanglalu74 15-1-2022 01:57 AM
Steady uncle potato..
Quote Normabaru 6-2-2022 12:05 PM
Ingatkan herlokkk rupenyehhh

EL versi xpki kopiah
Quote Mary_jane 6-2-2022 12:15 PM
Geng Cuci juga ke ni?
Quote axl_bach 6-2-2022 12:20 PM
Normabaru replied at 6-2-2022 12:05 PM
Ingatkan herlokkk rupenyehhh

EL versi xpki kopiah

Campur tangan politik?  Geng DAPIG ke yg campur tangan?
Quote Normabaru 6-2-2022 12:23 PM
axl_bach replied at 6-2-2022 02:20 PM
Campur tangan politik?  Geng DAPIG ke yg campur tangan?

Tara tawwww..Itu je ES tefek dlm group dia..takazuttt kaka..terus rasa xpela.skrg ni tolong org2 direct je sedekah..better..xsakit hati hehehe
Quote Orenn1 6-2-2022 12:47 PM
rasanya dap takde kuasa nak campo tgn dgn polis, mca lah kut klu benar cerita tu
Quote anony-mous 6-2-2022 12:59 PM
Mary_jane replied at 6-2-2022 12:15 PM
Geng Cuci juga ke ni?

Ada dgr2 jugak after kes ebit tu. Terus i stop derma2 dekat persatuan2 ni & mana2 persatuan in the future
Quote TeropongThaico 6-2-2022 01:29 PM

Lawak pulak baca yg apaknya sibuk cari bini baru. Gatal nak berbini sampai tak peduli anak
Quote AnnaSendin 6-2-2022 01:31 PM
Normabaru replied at 6-2-2022 12:05 PM
Ingatkan herlokkk rupenyehhh

EL versi xpki kopiah

Iols dah lama syak heols terlibat dengan kegiatan cuci nieyh. Sehebat mana pon organisasi kemanusiaan, tade mampu nak jual barang letrik singgit seunit. Heols nampak baik dengan bangjib masa bangjib jatuh dolu. Heols pernah bertanding pon untuk pecah undi cina. Tatau lah kaka, sapa yang dokong heols nieyh.
Quote Normabaru 6-2-2022 01:37 PM
AnnaSendin replied at 6-2-2022 03:31 PM
Iols dah lama syak heols terlibat dengan kegiatan cuci nieyh. Sehebat mana pon organisasi kemanusi ...

Itu sebab msia listed as top 5 ke top 10 country for cuci2 mmg kita ni poyo je lebih..dok sembang yislamik country la yizlamic finance la..pdhl tahik merata2 xbasuh
Quote cheezel 6-2-2022 03:21 PM
Nicky liow tu bukan ke datuk yg selalu buat hal

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.088686 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top