CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azalina Persoal Muhyiddin Buat Semakan Latar Belakang Azam Baki Tak Sebelum Dilantik?

10-1-2022 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1604| Komen: 3

Description: Petaling Jaya: Pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah melalui proses tertentu dalam perkhidmatan awam, termasuk tapisan keselamatan ...
Petaling Jaya: Pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah melalui proses tertentu dalam perkhidmatan awam, termasuk tapisan keselamatan yang dilakukan pelbagai agensi.


Datuk Dr. Marzuki Mohamad yang juga bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan Azam dibuat di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta SPRM 2009.

Di bawah seksyen itu katanya, Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.


Azam Baki, Foto: Thevibes.com

“Perdana Menteri pula seperti dalam pelantikan pegawai tinggi kerajaan yang lain, biasanya menerima syor daripada Ketua Setiausaha Negara atau mana-mana pihak yang diperuntukkan di bawah undang-undang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, syor berkenaan diangkat kepada Perdana Menteri dalam bentuk kertas cadangan pelantikan pegawai, iaitu di dalamnya terdapat laporan mengenai kelayakan pegawai dan justifikasi pelantikan.

“Terdapat proses tertentu dalam perkhidmatan awam yang menentukan kelayakan seseorang pegawai untuk dilantik ke mana-mana jawatan. Ia termasuk proses tapisan keselamatan dan keutuhan dibuat oleh pelbagai agensi dari semasa ke semasa.

“Bagi pegawai yang sedang berkhidmat pula, mereka tertakluk kepada pelbagai peraturan dan syarat termasuk pengisytiharan harta,” jelasnya.

Hantaran berkenaan dikeluarkan beliau bagi mengulas kenyataan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said, yang bertanya sama ada Muhyiddin membuat semakan latar belakang Azam sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Azam terpalit dengan isu pemilikan saham dan ia turut menimbulkan pandangan negatif terhadap suruhanjaya berkenaan.

Dalam pada itu, Marzuki berkata, terdapat borang tertentu yang perlu diisi serta kaedah tertentu perlu dipatuhi oleh seorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mengisytiharkan harta masing-masing.

“Azam adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya dan saya percaya sebagai pegawai tinggi kerajaan yang sedang dalam perkhidmatan, beliau tertakluk kepada semua syarat dan proses ini sebelum dan selepas pelantikan dibuat.

“Jadi, tidak timbul soal sama ada Perdana Menteri kelapan membuat semakan latar belakang pegawai sebelum pelantikan itu dibuat. Proses pelantikan dibuat secara teratur mengikut peraturan dan kaedah yang ditetapkan.

“Sebarang isu yang timbul selepas itu perlu ditangani mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 10-1-2022 04:48 PM
Abah mail pilih.. sekarang Pak Mail justify.  Terserlah boneka di situ .
Quote tumpanglalu74 15-1-2022 02:00 AM
Azam Baki..  Duitnye berbaki2.
Quote noor2 18-1-2022 08:42 PM
Sama jela korang lantik KJ jadi menteri kesihatan...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.061218 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top