Kritikan demi kritikan dilemparkan terhadap cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berikutan menduduki tangga tercorot pada konsert pertama Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) selepas membawa lagu Asrama Ini yang pernah mengangkat namanya sebelum ini. Sedar ramai tidak berpuas hati dengan persembahannya, Fazley, 43, akui dia gementar selepas menonton klip video momen bersama anaknya, Ellie yang ditayangkan pihak produksi sebelum memulakan persembahan. "Seribu satu perkara saya fikirkan, sudah 10 tahun tak buat persembahan secara live dan inikan pula menyanyikan lagu sendiri dengan arrangement daripada Datuk Ramli MS," katanya kepada mStar.
Selain teguran daripada juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, warganet turut tidak berpuas hati dengan penyampaian lagunya dengan menyifatkan vokalnya sumbang dan bergetar seperti taraf nyanyian di pusat karaoke. Fazley bagaimanapun menerima segala kritikan itu dengan sabar dan terbuka. "Komen daripada juri sangat munasabah kerana Datuk Syafinaz tahu yang saya sangat nervous di atas pentas dan saya hanya mampu teruskan dan buat yang terbaik walaupun persembahan saya tidak sempurna. "Sebenarnya saya lebih selesa untuk menyanyikan lagu orang berbanding lagu sendiri. "Untuk bawa lagu sendiri seperti lagu Asmara Ini yang dah berusia 22 tahun, orang masih berharap saya perform seperti mana saya perform 22 tahun dahulu. "Selepas ini saya akan cuba untuk mengembalikan trademark Fazley Yaakob sebagai 'Abang Asmara' dan berusaha untuk memberi kelainan dalam setiap persembahan," katanya.
|
dudaberhias replied at 23-11-2021 11:00 AM
kak dibah noor minta maaf sebab memamng masatu agak shaky nyanyian... tapi suara dia tetap meletop.. ...
Acikgomen replied at 23-11-2021 11:16 AM
Puhh puhhhhh wahai roh alep sokri, meresaplah dikauuuu ke dlm badan kendu alep putik aaaappuuhhhhh ...
irvene replied at 23-11-2021 11:43 AM
mohon ko dukung anak siap2 lah minggu ke-2 ni sebelum tersingkir. kan kempunan sbb tak dapat dukung ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.051505 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.