CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shidee Ambil Masa Berbulan Berbaik Dengan Ibu Mentua, Akhirnya Perkahwinan Direstui Jua

23-11-2021 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6053| Komen: 34

Description: Setelah 11 tahun berlalunya cerita perkahwinan penyanyi Shidee yang kononnya tidak mendapat restu, kisah berkenaan kembali mencuri perhatian peminat gara-gara kemunculannya di pentas Gegar Vaganza mus ...
Setelah 11 tahun berlalunya cerita perkahwinan penyanyi Shidee yang kononnya tidak mendapat restu, kisah berkenaan kembali mencuri perhatian peminat gara-gara kemunculannya di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada malam Ahad lalu.


Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Shidee atau nama sebenarnya, Rashid Abdul Wahab, 62, menjalani kehidupan peribadi dalam tempoh berkenaan apabila pada awal perkahwinannya ia mendapat tentangan ibu mertua.

Menjelaskan tentang persoalan itu, penyanyi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat ini berkata dia bersyukur apabila segala kontroversi yang melanda sekitar awal tahun 2010 itu dapat dikawal dengan baik.


Foto: mStar Online


"Ya saya memang terpalit kontroversi dulu dan saya tidak rasa apa-apa pun kalau ada orang nak korek cerita lama... korek la tak ada apa pun.

"Bagi saya itu semua perjalanan hidup, dulu ramai orang kata saya bercinta dengan mak mentua saya," katanya kepada mStar.

Shidee ditemui pada malam konsert minggu pertama GV8 yang diadadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad malam.

Untuk rekod pada Februari 2010 Shidee mencetuskan kontroversi apabila perkahwinannya dengan wanita bernama Siti Fairunnisa Aziz yang pada ketika itu berusia 22 tidak direstui ibu mentuanya, Jamaliah Hasan.


Foto: mStar Online

Kontroversi itu tercetus apabila Shidee pada awalnya dikatakan berkenalan dengan Jamaliah, namun selepas itu berhasrat mengahwini anak wanita itu.

Menjawab tentang persoalan sama adakah benar dakwaan kononnya dia pernah menjalinkan hubungan dengan mentuanya sendiri, Shidee bagaimanapun menafikan hal itu.

"Sebenarnya itu (tuduhan) tak ada, tak wujud pun. Tapi tak tahu la kalau mak mentua saya pada waktu itu ada hati dan perasaan dengan saya... itu terpulang hak dia.

"Tapi saya tak ada langsung perasaan dengan dia," katanya.


Foto: mStar Online

Bercerita lanjut tentang hubungannya dengan mentua, Shidee berkata segala salah faham yang timbul sudah diatasi secara baik dan mereka kini mula hidup dengan harmoni.

"Sekarang dah okay, saya tahu dia tu ibu mentua... saya tetap hormati dia sama macam ibu saya sendiri.

"Pada mulanya apabila dia marah kita tak perlu nak buat apa-apa. Sampai satu ketika, dia nak jumpa anak dia iaitu isteri saya, daripada itu saya cari cara nak perbaiki hubungan kami.

"Cari jalan bagaimana nak dekat dengan dia, lama juga. Makan masa dan berbulan-bulan juga nak perbaiki. Alhamdulillah hari ni semua dah okay," katanya.

Shidee dan Siti Fairunnisa berkahwin pada 1 Februari 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 23-11-2021 11:54 AM
lawa comel anak2 dia....
Quote KIM.K 23-11-2021 11:56 AM
Bukan mak mertua ajak duk sekali ke.
Duk serumah la kan sambil buat lagu
Quote HelgaPataki 23-11-2021 12:01 PM
Btw kita still ingat tauuu scene dalam Melodi masa dia pergi mintak maaf kat mak mertuanya tu hahaha
Quote Belibis 23-11-2021 12:55 PM
Terbalik pulak dengan filem ' antara dua hati'
Sabri fadil bercinta dengan raja ema,kawin dengan mak..[em:3:]
Quote Miss_LoveLeen 23-11-2021 02:56 PM
Mira edora pun..
Quote dudaberhias 23-11-2021 02:57 PM
Suara dia sebijik macam dalam radio masa dia nyanyi... tapi paling penting janji aliff aziz herlokk dikkk
Quote Kurex 23-11-2021 03:03 PM
dudaberhias replied at 23-11-2021 02:57 PM
Suara dia sebijik macam dalam radio masa dia nyanyi... tapi paling penting janji aliff aziz herlokk  ...

Tak keruan tengok alip ajis malam tu.. sedap ranum badannya.. kecik pun takpe asalkan pandai main dgn teknik
Quote dudaberhias 23-11-2021 03:06 PM
Kurex replied at 23-11-2021 03:03 PM
Tak keruan tengok alip ajis malam tu.. sedap ranum badannya.. kecik pun takpe asalkan pandai main  ...

khenn kurexxx... no wonder no. 1 kannn dah la herlokkkk... performance meletop... suara pun meletop...
views aliff aziz masih no.1 paling banyak di antara peserta lain walaupun video kena take down dan remove banyak kali..
Quote lifeline 23-11-2021 03:09 PM
dudaberhias replied at 23-11-2021 03:06 PM
khenn kurexxx... no wonder no. 1 kannn  dah la herlokkkk... performance meletop... suara pun  ...

kakdud
jgn marah iols tau
tp iols tgk performance alip ajis beshe beshe jeeeeeeeeeee
x bergegar pon ovari iols
hahahahhahahaa
Quote dudaberhias 23-11-2021 03:10 PM
lifeline replied at 23-11-2021 03:09 PM
kakdud
jgn marah iols tau
tp iols tgk performance alip ajis beshe beshe jeeeeeeeeeee

heyyy
Quote bottombikini 23-11-2021 03:28 PM
3 dah anak dia ya
cepat betul masa

rasa mcm baru je satu malaya gempar kisah uols kat melodi
masakan tidak tahu...takkan la tak rasa papeeee

masa kat gv tu nampak la mcm tgn atok2
tapi sore maintainnn
Quote jargon 23-11-2021 03:52 PM
Kurex replied at 23-11-2021 03:03 PM
Tak keruan tengok alip ajis malam tu.. sedap ranum badannya.. kecik pun takpe asalkan pandai main  ...

Dah level2 bellah sajork yg dpt…ingatkan setara sharifah barakbah rupa dan body…tp tgkla skandal heols si primrose tu dan pipah nasir..rupa so so je
Quote dudaberhias 23-11-2021 03:54 PM
jargon replied at 23-11-2021 03:52 PM
Dah level2 bellah sajork yg dpt…ingatkan setara sharifah barakbah rupa dan body…tp tgkla skandal ...

khennn... btw sharifah barakbah tu lawooo betul yach kaka... iols tengok dia dalam pasal kau memang lawa... kat ig tak nampak sangat lawanya tu...
Quote Orangelily 23-11-2021 03:57 PM
lifeline replied at 23-11-2021 07:09 AM
kakdud
jgn marah iols tau
tp iols tgk performance alip ajis beshe beshe jeeeeeeeeeee

ye laaa..i pun rasa perf dia beshe2 je...rasa aweera lagi best! Sorry kak dud
Quote jargon 23-11-2021 04:18 PM
dudaberhias replied at 23-11-2021 03:54 PM
khennn... btw sharifah barakbah tu lawooo betul yach kaka... iols tengok dia dalam pasal kau meman ...

Kat tibi lawooooo bethoollll sheol..
Quote babelina 23-11-2021 04:49 PM
mmg suara sedaaaappp sgt Shidee nie.. tp yg penting alif aziz sgt la tbuai2 aku dibuat nya.. terus wassap adik aku kata elokkkkkkkkk nya dia.. sbb laki aku ada kt umah x bole aku nk menggeletis sgt.. hahahah
Quote virgocircus 23-11-2021 06:36 PM
So mak bininya syok sendiri la ye masa tu sbb shidee kata dia xde perasaan apa2. Hahaha malunya. ????
Quote missyL 23-11-2021 06:38 PM
Dah ade yg muda nak.. Xkn nk amek yg tua..
Elok la dah berbaik..
Quote Acikgomen 23-11-2021 07:17 PM
lifeline replied at 23-11-2021 03:09 PM
kakdud
jgn marah iols tau
tp iols tgk performance alip ajis beshe beshe jeeeeeeeeeee

Jgn risau acik skang ni balik rumah awai sbb lepas magrib je acik start bakaq kemenyan nak hantaq santau itik kat alep putik tuh
Tgk minggu ke berapa esok2 sora heshe akan jadi kepit mcm alepsokri

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.060071 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top