CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ammar Titan Puas Hati Dapat Warna Rambut, Badan Pun Dah Sado

23-11-2021 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5406| Komen: 35

Description: Mahu tampil berbeza kerana bosan dengan imej yang sama, pelakon dan pelawak Ammar Titan mengambil langkah berani mewarnakan rambutnya.
Mahu tampil berbeza kerana bosan dengan imej yang sama, pelakon dan pelawak Ammar Titan mengambil langkah berani mewarnakan rambutnya.

Menurut Ammar atau nama sebenar Azizul Ammar Abu Hassan, 34, ini kali pertama dia menukar warna rambut sehingga mengejutkan keluarga dan peminat.

Foto: IG

"Saja mencuba bawa kelainan untuk diri kita, ini first time buat warna terang macam ini. Bosan tengok warna rambut hitam saja jadi kita carilah apa yang boleh buat.

"Saya tukar warna rambut ini minggu lepas, memang daripada dulu nak warna ash grey macam ni... tengok rambut Awal Ashaari pun nampak cantik juga.

"Ibu dengan ayah saya pun terkejut tengok saya warnakan rambut. Setakat ni Alhamdulillah tak ada lagi orang kecam... biarlah selagi kita tak buat jahat tak perlulah nak fikir apa kata orang," katanya kepada mStar.



Ammar ditemui semasa tayangan perdana filem Siapa Tutup Lampu? yang diadakan di TGV 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Menyedari pentingnya menjaga imej dan penampilan bagi seseorang selebriti, Ammar juga dilihat aktif dengan aktiviti kecergasan dan menjaga tubuh badan.

Selepas setahun mengikuti rutin di gimnasium, dia berjaya mendapatkan bentuk badan idaman hingga menerima pujian peminat yang kagum transformasi tubuhnya yang kelihatan lebih sado.



"Dalam usia begini saya nak cuba kelainan tapi dalam masa sama menjadi diri sendiri. Orang yang banyak memberikan inspirasi kepada saya ialah Norman Hakim dan Shah Rukh Khan.

"Shah Rukh Khan di usia 50 tahun nampak masih gagah, look good dan fit. Sebenarnya untuk dapatkan badan cantik ini orang tak tahu di sebaliknya ada latihan yang konsisten, disiplin pemakanan dan sebagainya.





"Saya bukan nak buat badan sampai jadi besar sangat, cuma nak sihat! Kalau dapat badan cantik itu semuanya pakej atas usaha menjaga pemakanan dan disiplin kecergasan yang saya lakukan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 23-11-2021 10:43 AM
Jap, chop, ko ialah sape?
Quote dejure 23-11-2021 10:48 AM
Dia ni pon ada gmbr burung juga kann..langsir kucing
Quote doubleharmonic 23-11-2021 10:50 AM
ammar setan ni sapo? amar asrap AA yang kes skandal 2 3 bini tu kah?
Quote dudaberhias 23-11-2021 11:24 AM
who are yusssss????
tapi muka ko tetap caprut dan jongos walaupun sado...

muka penuh sabut kelapa yihhhh... penat nak kena kopek mengopek untuk cari mulut nak comolot... choiii baik pi kopek kelapa perah santan jahhh... kurang2 boleh masak nasi lemak...
Quote hyie 23-11-2021 11:43 AM
meols pernah taste kat heshe masa zaman bintang mencari bintang dulu heshe ni kan kumpulan Titan dengan si issey klate tu. Cuma heshe tak fofuler la sebab lawak hambar dan over. Namun mutu lakonan heshe letops..
Quote mamajawie 23-11-2021 02:52 PM
dia ni bkn kena banned kat tv ke sbab ejek watson nyambek masa tu dia ngan marsha ada parodi tv pe tah kat tv3?
Quote lattehazelnut 23-11-2021 03:01 PM
Who r yus?
Tapi anak comel
Quote kiah_mai_pulak 23-11-2021 03:04 PM
dia ni baru nk up jadi pelawak bodoh cum Dj radio sampah, taraf2 shuk, issey, dll lain.  tp dia ni kena banne sbb menganjing nama watson nyambek. ajet2 kelakor tp nmpak bodoh,,
Quote makton 23-11-2021 03:05 PM
aku igtkan ammar alfian.
bukak je artikel tgk gambar... eh eh kau sape bang???

ammar titan.. whooooo??
Quote Kurex 23-11-2021 03:14 PM
Dapnyahhhhh lengan.. kan best dapat berpaut tapi heols kena tutup muka
Quote zaraaqilah 23-11-2021 03:54 PM
kahkahkahhh...sian ko dekk..cuba gigih lagi untuk mencapupkan dirimu...so xde ler di "who are yussss" kan
Quote gideoncross 23-11-2021 07:59 PM
X kenal, nxt.
Quote gideoncross 23-11-2021 07:59 PM
zaraaqilah replied at 23-11-2021 03:54 PM
kahkahkahhh...sian ko dekk..cuba gigih lagi untuk mencapupkan dirimu...so xde ler di "who are yussss ...

Bila iol bca title & article tu skit, iol mmg dh agak komen2 kat comment section mmg xkn mngecewakn hahahaha.
Quote gideoncross 23-11-2021 08:00 PM
Kurex replied at 23-11-2021 03:14 PM
Dapnyahhhhh lengan.. kan best dapat berpaut tapi heols kena tutup muka

Uol into BDSM ke?
Quote Kurex 23-11-2021 10:18 PM
gideoncross replied at 23-11-2021 08:00 PM
Uol into BDSM ke?

Topeng tu supaya iols tak termuntah bila berpaut
Quote ReginaGeorge 23-11-2021 11:08 PM
Huduhnya dan bodohnya sama rata.
Quote NekNgah 24-11-2021 01:54 PM
Hahaha.... comment korang memang...
Ngah mudah terhibur..
Quote laksmanabentan 24-11-2021 02:02 PM
NekNgah replied at 24-11-2021 01:54 PM
Hahaha.... comment korang memang...
Ngah mudah terhibur..

hahahaa.... hiburan....
kannn... masing2 release stress tu yang komen merapu2...
tapi tu la uollsss... ada yang ambik serious pulak komen2 tuh...
hahhahhaha....
Quote kakikuDibibirmu 24-11-2021 02:12 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 24-11-2021 02:15 PM
makton replied at 23-11-2021 03:05 PM
aku igtkan ammar alfian.
bukak je artikel tgk gambar... eh eh kau sape bang???



Ammar Congo tersenyum sinis



PQe5oOU (1).gif

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.075750 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top