CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Beragaklah Nak Suruh Saya Jadi Mak Remy Ishak" - Che Ta

23-11-2021 10:04 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8703| Komen: 87|Original author: Oleh: LilRose

Description: "Beragaklah kalau nak gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak."
"Beragaklah kalau nak gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak."

Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta tidak menolak sekiranya ditawarkan watak seorang ibu dalam mana-mana naskhah.


Kredit foto: IG

Dia bagaimanapun merasakan tidak relevan apabila diminta memainkan watak sebagai ibu kepada Remy Ishak.

"Sejujurnya, saya okey sahaja membawakan watak ibu, tapi tidaklah sehingga pelakon yang bakal menyandang gelaran anak itu terlalu dewasa sangat. Saya sendiri sering menerima tawaran untuk membawa watak ibu dan hal itu bukan satu perkara besar.


"Saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama berkenaan," katanya ketika ditemui pada majlis anjuran syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah, Homevest baru-baru ini yang dipetik dari Gempak.


Kredit foto: IG

Bercerita mengenai rumah baharunya di Petaling Jaya pula, Che Ta mengakui tidak sabar masuk ke kediamannya itu.

"Hal mengenai pindah rumah baharu ini telah tertunda berikutan situasi pandemik Covid 19. Sebelum ini juga saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah tidak disiapkan kontraktor yang dilantik.


Kredit foto: IG

"Bagaimanapun, saya cuba curi masa dan dan mengawasi proses ubah suai selepas melantik kontraktor lain,” ujarnya.

Menurut anda, sesuai atau tidak Che Ta menjadi ibu kepada Remy? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 23-11-2021 10:11 AM
Pengarah pon agak2la....
Mak tiri ok kut noh... hihi
Quote esbok 23-11-2021 10:14 AM
rasa mcm ok je. skarang mak2 skarang semua muka muda fit
Quote Pak.dolla 23-11-2021 10:16 AM
Si retis jantan ni pun satu..dah tau umur tu separuh abad masih nak bawa watak remaja kertu..perah santan betul hahaha..
Quote Acikgomen 23-11-2021 10:17 AM
Hahahhahahhahahah takleh pindah rumah sbb kobid katanyehhhh
Quote gigi 23-11-2021 10:18 AM
jadi NENEK sesuai la kot
Quote ketupatnasi 23-11-2021 10:19 AM
Sape yg tetapkan pelakon? Kdg stsn TV mintak pelakon sesiap jugek. Tp memang jahatlah
Quote Katanya 23-11-2021 10:20 AM
Catriona Ross okay je. Watak mak dah ada cucu lagi. Way better acting chops. Just shut the eff up che ta
Quote 3chanceno 23-11-2021 10:23 AM
Kebenda curi waktu nak chek kerja2 kontraktor?? Kan kobid dah 2 tahun pun dan takde penggambaran..apa hal yg nekta sibuk?

Tak sabar nak tengok rumah & renovation juta2 nekta nie yg dah lama digebangkan
Quote azimodin 23-11-2021 10:37 AM
Marissa Yasmin, Lisdawati pon memanjang bawak watak mak2.. elok je
Quote exclusive_vvip 23-11-2021 10:54 AM
elok jugak kalu dia tolak..kang dah start watak tu, memanjang dpt offer watak gitu je..
Quote dudaberhias 23-11-2021 10:59 AM
ehhh sesuai je... fefeeling ko muda lagi ke nekkk... che pit pun dah usang....
yang lambat kawin tu engkooo nekkk... dah nak menopos baru kahwin...
anak ko pun tak lama nanti rhoperrr baya2 remy dah...

yihhh nak juga selit istana kokdiang tak siap tu... entah tahun ke berapa baru nak pindah..
Quote fahima80 23-11-2021 11:06 AM
Cikta ni selalu je berlakon jadi watak mak2 ni. Dari dulu2 lagi. Diari Ramadhan Rafique, Hani dan macam2 drama lagi. Tapi anak2nya dalam drama tu sesuai la. Drama Hani tu anaknya si Tekya masa awal2 berlakon. Sesuai la Tekya jadi watak anak cikta time tu. Yang dipersoalkan sekarang ni watak anak adalah Remy, watak mak adalah Cikta. Agak2 la juga kan, Remy tu yang dah kertu patut bawak watak bapak2 kepada anak awal remaja dah.
Quote coconico 23-11-2021 11:10 AM
ok la tuu.... mama vogue gittew. Lagi haru kalu producer tawar belakon jadi mak zain
Quote niena90 23-11-2021 11:10 AM
Sedangkan anak kandung cheta pun jauh lagi muda dari remy. Mcm tak kena lgsg. Lain la watak sugarmummy ke mak tiri dia ke logik la gak
Quote trexxxxxi 23-11-2021 11:13 AM
Nekta boleh bawak watak mak tiri sambil kelepok2 bulu mata pelesu
Laaaa yestana kokdiang tu tak siap2 lagi ka   nak 2022 dah ni nekta
Quote chacon 23-11-2021 11:16 AM
tak sesuai la...adoi.patut remy jadi ayah cheta
Quote Nadzfizz 23-11-2021 11:39 AM
Kak long dgn abang ngah sesuai lah kot
Quote irvene 23-11-2021 11:39 AM
ohmygadd. remy jd hero lagi ke dgn umur nan senja begini? tak sesuailah dgn drama sinopsis tv malaysia yg bercintan cintun ni.
Quote hantu_gigibewak 23-11-2021 11:42 AM
esbok replied at 23-11-2021 10:14 AM
rasa mcm ok je. skarang mak2 skarang semua muka muda fit

betul tu....contoh terbaik....Maria Parida dgn Jasmin Hamid....maintain awet muda

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051653 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top