CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suntik Vaksin, Rawat Hingga Sembuh Atau Mati - Menteri Jerman

22-11-2021 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1446| Komen: 9

Description: Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn memberi amaran bahawa majoriti rakyat Jerman perlu disuntik vaksin, dirawat hingga sembuh atau akan mati akibat COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan ini.
Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn memberi amaran bahawa majoriti rakyat Jerman perlu disuntik vaksin, dirawat hingga sembuh atau akan mati akibat COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan ini.


Amaran itu disuarakan beliau selepas lebih ramai rakyat Jerman digesa untuk mengambil suntikan selepas kempen inokulasi kurang mendapat sambutan, lapor AFP.


Kredit foto: News in 24

"Kemungkinan menjelang penghujung musim sejuk ini, mungkin agak sinis kenyataan saya, hampir semua orang di Jerman akan diberi vaksin, disembuhkan atau mati.

"Itulah sebabnya kita mengesyorkan vaksinasi dengan segera," katanya yang turut menyalahkan varian Delta turut menyumbang kepada masalah itu kerana sangat pantas menular.


Amaran keras itu disampaikan ketika Jerman berjuang untuk membendung peningkatan rekod jangkitan COVID-19 sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kemasukan tinggi pesakit di unit rawatan rapi (ICU) hospital.

"Kami menghadapi keadaan yang sangat amat sukar di kebanyakan hospital," kata Spahn.

Walaupun akses meluas kepada vaksin COVID-19 diberi secara percuma, hanya 68 peratus daripada penduduk Jerman sudah divaksin sepenuhnya, yang menurut pakar masih terlalu rendah untuk mengawal wabak itu.

Menurut Agensi Kesihatan Institut Robert Koch, Jerman iaitu negara paling ramai penduduk di Kesatuan Eropah (EU), merekodkan 30,643 lagi kes pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat lebih 5.3 juta kes.

Hampir 100,000 orang maut sehingga kini termasuk 62 mangsa baharu dalam tempoh 24 jam.

Jerman minggu lalu mengumumkan sekatan COVID-19 yang lebih ketat untuk membendung gelombang pandemik keempat yang ganas.

Di kawasan yang mempunyai kadar kemasukan ke hospital yang tinggi, mereka yang tidak divaksinasi akan disekat akses tempat awam seperti pawagam, gimnasium dan tempat makan tertutup.


Kredit foto: www.voanews.com

Pekerja diminta untuk kembali bekerja dari rumah manakala sesiapa yang perlu pergi ke tempat kerja wajib membuktikan mereka sudah divaksin, pulih atau negatif ujian saringan iaitu sistem yang dikenali sebagai '3G'.

Peraturan yang sama terpakai pada pengangkutan awam di kawasan mencatatkan kes tinggi coronavirus.

Beberapa wilayah Jerman yang paling teruk terjejas, termasuk Bavaria dan Saxony, melaksanakan tindakan lebih ketat termasuk membatalkan acara besar seperti jualan Krismas dan menghalang individu tidak divaksinasi daripada tempat awam.

Penduduk dewasa yang diberi vaksin juga digesa untuk mendapatkan suntikan penggalak bagi meningkatkan keberkesanan vaksin yang semakin berkurangan selepas enam bulan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 23-11-2021 02:43 AM
info je sumber google

Dalam definisi mikrobiologi, inokulasi memperkenalkan mikroorganisma atau bahan berjangkit kepada medium budaya. Sekiranya diambil dalam erti mikrobiologi, mikroorganisma, yang sedang diinokulasi, dipanggil inokulan . Medium, yang digunakan untuk inokulasi, dipanggil inokulum . Inokulasi digunakan dalam mikrobiologi untuk budaya dan subkultur pelbagai mikroorganisma. Kadang-kadang inokulasi dilakukan ke haiwan makmal di bawah keadaan terkawal. Satu kejadian seperti itu mensubsidi virus kerana virus hanya tumbuh di dalam sel hidup. Sekiranya inokulasi dilakukan kepada badan, yang meningkatkan imuniti dianggap sebagai imunisasi. Satu cara untuk melakukannya adalah melalui vaksinasi. Ini adalah apabila inokulasi bermakna vaksinasi. Kedua-dua inokulasi dan vaksinasi boleh dianggap sebagai "kaedah buatan untuk merangsang imuniti".

Vaksinasi

Vaksinasi memperkenalkan immunogens kepada badan untuk merangsang sistem imun untuk menghasilkan lebih banyak antibodi, untuk melawan jangkitan. Ia adalah kaedah imunisasi yang paling berkesan dan digunakan secara meluas. Kaedah ini telah membantu orang ramai untuk melawan penyakit berbahaya. Vaksin seperti cacar kecil, campak, tetanus, dan polio adalah contoh yang sangat popular dan berkesan untuk misi yang disebutkan di atas dan digunakan di seluruh dunia.
Quote helicornia 23-11-2021 07:17 AM
Klu kt Malaysia menteri kesihatan ckp mcm ni sah2 kena maki
Quote Belibis 23-11-2021 07:43 AM
helicornia replied at 23-11-2021 07:17 AM
Klu kt Malaysia menteri kesihatan ckp mcm ni sah2 kena maki

Kalau rakyat jerman maki dia pun,bukan kita tahu.
Quote umbut 23-11-2021 08:01 AM
Kat oversea mostly ramai dah ambik dos ke 3. Kat sini bila up status kj soh ambik booster macam2 mulut puaka keluar. Tak buat kerja bising buat kerja pun bising si kerajaan netizen ni
Quote stingerpremier 23-11-2021 08:09 AM
ticher chzy roll eyes(laksana jackpot machine)

kahkahkahkahkah
Quote AbukRokok 23-11-2021 08:43 AM
mati beramai2 tepi longkang mcm lembu kne petir ala wuhan
atau
mati dlm hospital?
Quote jahcomel 23-11-2021 09:02 AM
AbukRokok replied at 23-11-2021 08:43 AM
mati beramai2 tepi longkang mcm lembu kne petir ala wuhan
atau
mati dlm hospital?



bijak2
Quote chacon 23-11-2021 11:06 AM


yakinnya dia orang dah ambil vaksin otw nak mampos...yg beribu2 meninggal sebab tak vaksin tercunggap2 kat icu  langsung ko tak ambil peduli.


mati semua mati tak tunggu covid vaksin pun tetap mati. dalam al-quran pun dah tertulis akan berlaku perang besar amat dasyat. mat saleh kata the great war..apa ko ingat lama lagi ke. lagi satu jangan dah terkena baru nak nyesal.suka sngat baca mesej berantai ntah siapa2 tulis..yg gomen bagi kajian saintis2 semua konspirashit...perancangan dajjal katanya. lepas tu sambung isap okok  

Quote lurkingaround 23-11-2021 04:08 PM
Edited by lurkingaround at 23-11-2021 04:10 PM

.


.

Harus ingat, vaksin2 tidak melindungi orang2 tua yang berpenyakit atau comorbid = orang2  dengan sistem imun/ketahanan yang sangat lemah, dari mati dibunuh oleh virus Covid.
....... Dalam perkataan lain, orang2 dengan sistem imun yang kuat spt orang2 muda dan/atau sihat tak perlu takut dengan virus Covid, sama-ada divaksin atau tidak.
.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.169461 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top