CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Duit Tiada Pada Saya' - Ogy Minta Maaf Batal Konsert Khai Bahar

22-11-2021 11:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12131| Komen: 92

Description: Pelakon Ogy Ahmad Daud, 59, mengumumkan membatalkan Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang tertunda penganjurannya sejak tahun lalu, hari ini.
Pelakon Ogy Ahmad Daud, 59, mengumumkan membatalkan Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang tertunda penganjurannya sejak tahun lalu, hari ini.


Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud berkata, keputusan itu diambil selepas perbincangan dibuat bersama mereka yang lebih arif dalam penganjuran sesebuah konsert.


Kredit foto: IG Ogy

"Saya selaku pihak penganjur yang dipertanggungjawabkan untuk konsert Khai Bahar mengambil keputusan muktamad membatalkan konsert itu. Kepada semua pembeli tiket konsert, saya bersama penguam sedang berusaha untuk mendapatkan 'refund' anda.

"Kerana pelaburan yang anda lakukan dalam pembelian tiket konsert itu, duit tiada bersama saya mahupun dalam syarikat saya dan dibeli menerusi AirAsia RedTix," katanya.


Kredit foto: IG Khai

Ogy juga memohon ribuan ampun dan maaf kepada pasukan Khai Bahar yang bersusah payah selama ini untuk mengendalikan bersama-sana bagi merealisasikan konsert itu.

Ogy berkata, dia sentiasa menyanjung bakat penyanyi terbabit dan mahu melihat kejayaan berterusan sepanjang perjalanan seninya.

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia sepatutnya dilangsungkan pada 27 Mac tahun lalu di Istana Budaya. Bagaimanapun, ia terpaksa ditunda berikutan penularan pandemik Covid-19.



Pada Ogos tahun lalu, Ogy kemudian mengumumkan konsert itu bakal dilangsungkan di lokasi baharu. 

 
Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 22-11-2021 11:20 PM
Dah tu mana nak dikoreknye duit nak bayo refund tuh
Quote dudaberhias 22-11-2021 11:24 PM
Kalau duit tu di pegang air asia, nampaknya lambert lagi lah nak dapat duit tu dik ataupun tak dapat terus... Yang ni konsep dia kena reda jah macam @Acikgomen reda menerima stok2 kambing perap sheolsss yang bertimbun belakang umah tu tak jalan2 sebab harizal kenten takmo beli... Yihhhh

Kalau dapat tukar refund tu ke tiket pergi langkawi tu kira bertuah dan terima je lah, kurang2 boleh pi makan siakap 1k untuk tolong owner bayar saman 50k tuh
Quote Tokeybundle 22-11-2021 11:24 PM
Utang aritu dah setel blm?
Quote hantamal 22-11-2021 11:29 PM
Kesian betul rugi tenaga orang tu dah berlatih siap bergelek hindustan lg tetibah batal... refund pun bukan senang nak cari balik zaman-zaman cemni
Quote Normabaru 22-11-2021 11:35 PM
pelaburan?

Ko dh kenapa nek ogy..

Pembelian jelaaa...

Kesian tgk ending hidup dia ni..

Ada harapan minta pprt tak lg 5tahun?
Quote Normabaru 22-11-2021 11:38 PM
hantamal: Kesian betul rugi tenaga orang ...


Kan ada dulu porumer kata.. Siapa je nk beli tiket utk si KB ni.. Dia bukan level ctdk..

Ctdk time covid pon pemenat sapot produk lagu dia sume.. Sbb yang minat dia sume level dh t20, m40 dan sekarang sume stabil2 blaka..

Yang kb ni bbnu.. Level bbnu nk korek tabung semata2 tgk kb?haha.lambert lagi. Baik depa p minum stabak makan mekdi kohkoh
Quote Acikgomen 23-11-2021 12:08 AM
dudaberhias replied at 22-11-2021 11:24 PM
Kalau duit tu di pegang air asia, nampaknya lambert lagi lah nak dapat duit tu dik ataupun tak dap ...

50k ke saman tu
Mak aaaiiii mampos kena gadai gelang pulut dakap segala
Quote woven11 23-11-2021 12:29 AM
Lain kali x yah buat konsert utk bbnu. Confirm2 x laku. Nak announce batal pun amik masa 2 tahun.. jd faham2 sendiri je lah kalau tak dapat balik refund..   iols sejes kb buat konsert kat smule je la dik… Jimat kos
Quote helicornia 23-11-2021 07:26 AM
Tk serik2 ogy ni buat theater la konsert la.ujung2 rugi berhutang plak dgn org.dh tua2 tk payah lagi la buat benda bikin sakit kepala
Quote 3chanceno 23-11-2021 07:34 AM
Lagik & lagik crita tak berapa sedap di dengar..terpikir berapa ketul je yang beli tiket tu. Refund macam lama lagik nak nampak bayang

Hutang dulu dah habis bayar ke?
Quote makton 23-11-2021 07:38 AM
Acikgomen replied at 22-11-2021 11:20 PM
Dah tu mana nak dikoreknye duit nak bayo refund tuh

hasil jualan sambal sheols la kot
Quote makton 23-11-2021 07:40 AM
nek ogy ni pun sudah2 la dgn dunia hiburan ni. anggap la rezeki ko bukan kat bidang ni lagi. pi la usaha keras jual sambal ke pes kau tu demi kelansungan hidup kau
Quote Fly_over 23-11-2021 08:06 AM
haritu masa isu nak bayar gaji buat teater tu. org kaitkanndgn konsert kb. kb ckp dia caya dgn kak og. siannn
Quote laksmanabentan 23-11-2021 08:59 AM
Normabaru replied at 22-11-2021 11:35 PM
pelaburan?

Ko dh kenapa nek ogy..

ada harapan dapat rumah pprt tak?
tapi kak ogy da ada rumah kannn... rumah warisan tuh taman melawati tu kan..
Quote pencintaABC 23-11-2021 09:06 AM
Acikgomen replied at 22-11-2021 11:20 PM
Dah tu mana nak dikoreknye duit nak bayo refund tuh

Jual sambal la sis
Quote KamikuP 23-11-2021 09:17 AM
Sian pulak kat ogy dan Kb ni. Moga baik2 sahaja ya
Quote babelina 23-11-2021 09:31 AM
bbnu nk wat pape kna grab cpt2..meaning cpt2 buat masa tgh laku.. aku mmg puji team yg jg nabila razali..pandai jer dorg hala kn nk cari duit.. buat itu buat ini.. masing2 dpt untung..
ogy nie.. aku minat gilerrrrrrrr ngn dia.. tp x sangka dia jd camnie.. sedih.. malu.. moga dipermudahkn bg dia hadapi mcm2 hal dlm hidup dia..
Quote babelina 23-11-2021 09:31 AM
bbnu nk wat pape kna grab cpt2..meaning cpt2 buat masa tgh laku.. aku mmg puji team yg jg nabila razali..pandai jer dorg hala kn nk cari duit.. buat itu buat ini.. masing2 dpt untung..
ogy nie.. aku minat gilerrrrrrrr ngn dia.. tp x sangka dia jd camnie.. sedih.. malu.. moga dipermudahkn bg dia hadapi mcm2 hal dlm hidup dia..
Quote Normabaru 23-11-2021 09:34 AM
laksmanabentan replied at 23-11-2021 10:59 AM
ada harapan dapat rumah pprt tak?
tapi kak ogy da ada rumah kannn... rumah warisan tuh taman melaw ...

Nnt dia jual nk byr utang.. Hujung2 kua berita dah  homeless (bukan mendoakan tp rata2 mmg beginila)

Sedangkn yang xhomeless pon seniman kasi rumah pprt sebiji sorg 'atas khidmat dan jasa dlm bidang seni'.. Xkn ank seniwati xdpt yedok ko ghaser?

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.237744 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top