CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusuf Bahrin Rajin Ikut Kuliah Agama, Mula Elak Sentuh Wanita Masa Berlakon

22-11-2021 04:25 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5255| Komen: 42|Original author: Oleh: Saiful

Description: Yusuf Bahrin mula menunjukkan minat ke arah keagamaan dan nampaknya pelakon ini selalu berkongsi perkara positif di media sosial.
Yusuf Bahrin mula menunjukkan minat ke arah keagamaan dan nampaknya pelakon ini selalu berkongsi perkara positif di media sosial.

Baru-baru ini dia sempat meluangkan masa hujung minggu dengan mengikuti kuliah Dhuha di Putrajaya.


Foto: IG

"Ini pertama kali saya sertai kuliah Dhuha anjuran Perbadanan Putrajaya, penceramah jemputan adalah ustaz Wadi Annuar.

"Dah lama nak pergi tapi tak ada kesempatan. Saya buat ini kerana Allah sebab buatkan saya sedar kehidupan ni sebenarnya mengingatkan mati dan dan akhirat yang kekal.

"Sebelum ni saya leka dengan dunia sehingga lupa fasal akhirat. Sedangkan kita perlukan bekalan dan persediaan untuk ke sana." katanya kepada mStar.



Bergelar suami kepada Zizi Kirana membuatkan dia lebih sedar tentang peranan seorang pemimpin.

Katanya dia cuba memperbaiki diri dan membimbing Zizi ke arah jalan yang diredai Allah.

"Apabila dah jadi suami, diri sendiri kena betul kerana tak mahu pengikut jadi songsang. Suami adalah cerminan isteri dan isteri akan sedar, dia pun akan ikut.

​​"Saya bukan nak berdakwah sampai jadi macam ustaz, sekadar mendekatkan diri dengan agama."




Yusuf juga akan membataskan pergaulan dalam lakonan.

Dia akan megelak daripada melalukan adegan keterlaluan atau berpegangan tangan dengan pelakon wanita.

"Saya ada satu drama ni dah habis penggambaran sebelum PKP hari tu. Masa tu saya belum kahwin dan masih tak tahu (batas pergaulan).



"Saya hanya fikir fasal kerja... jadi benda tu haram, ada scene sentuhan. Tapi sekarang saya dah faham sikit-sikit, saya kena jaga perkara itu.

"Untuk masa akan datang kalau ada babak sentuhan saya akan beritahu pengarah, lagipun saya dah kahwin kena hormat isteri... kalau dialog je tak mengapa."

Syukur, semakin banyak artis yang berhijrah. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Masukkeluar 22-11-2021 04:35 PM
Boleh dh stop jd pelakon dan dlm bidang lagha. ajak sekali saharul ridzwan tu. rengsa aku tgk korg yg masuk tabligh ni tapi masih lagi dk belakon adegan ats katil dgn heroin.
Quote Normabaru 22-11-2021 05:38 PM
choiii.. patut ko elak terus masuk bidang lakonan


Apooo punya style laa
Quote dealova04 22-11-2021 06:16 PM
xpaham ku kenapa skrg baru nak paham?
apa sedari dulu x tau ke haram bersentuh dgn perempuan bkn muhrim...iskhiskhiskh
Quote trexxxxxi 22-11-2021 06:24 PM
Awat heols sikit2 berkupiah
Quote wirazam 22-11-2021 07:33 PM
Normabaru replied at 22-11-2021 05:38 PM
choiii.. patut ko elak terus masuk bidang lakonan

Dia ni Ada diploma or degree ke...boleh apply keje yg bersesuaian..
Quote Adrif 22-11-2021 07:40 PM
bukan ritu kata usop ni ada bisnes baju melayu ke

ke jadi model untuk baju melayu tu, tak ingat. entah
Quote tuntasha 22-11-2021 07:44 PM
Dah boleh buat club acah masok kan sekali pengantin baru qieqie sekali.
Quote dudaberhias 22-11-2021 07:47 PM
yihhhhh asalkan masuk kuliah agama je gigih la nak cerita pasal bersentuhan... habistu selama ni wanita mana yang nak kau sentuh2 dia sangat selain jiji yang tak nak datang set shooting tu???

benda basic kot... ade ke porumer2 dalam ni yang sesuka hati sentuh lelaki???
tengok yang urban pakai dada terdedah pun takdenya suka suki nak sentuh jantan kalau bukan boyfriend sendiri atau laki sendiri... yihhh sangat persis budak baru masuk sekolah agama darjah 1...
Quote ezacbee 22-11-2021 07:56 PM
Benda basic ni pun retis xtau.
Boleh la berlakon kat tv alhijrah.
Quote kechikchomel 22-11-2021 08:04 PM
Iolss malas nak komen pasal dia tak nak berlakon pegang² ke apa. Just nak komen... beza betul tinggi dia dengan zizi. Zizi dah pakai heels pun ketara lagi beza tu
Quote chazey 22-11-2021 08:05 PM
Ko tengok la berapa lama saja bertahan. Tengok ja.
Quote missyL 22-11-2021 09:18 PM
Dieorg ni nk ganti kapel terpaling ke lol
Quote Rogue98 22-11-2021 09:28 PM
Hensemnyeeee.....tu jer aku nak comment...
Quote PrinceAlladin 22-11-2021 10:55 PM
Industry kita ni kecil kalau dh ko rasa iman dh tinggi tinggalkan terus lah tak payah berlakon lagi.kita naik industry org2 yg berbakat bukan sembang psl aurat saja siang malam.
Quote winky1 22-11-2021 11:02 PM
Viu offer kang jgn terima...
Quote Suchi 22-11-2021 11:05 PM
Ustaz wadi ni ok ke? Maksud iols dia mmg pure ustaz ke? Tgk byk gak org share sana sini ceramah dia.
Quote Normabaru 22-11-2021 11:11 PM
kechikchomel replied at 22-11-2021 10:04 PM
Iolss malas nak komen pasal dia tak nak berlakon pegang² ke apa. Just nak komen... beza betul tingg ...

sebb tu zizi terus ikat dia...hrp2 xmcm putik jaguhg alip ajis dah la yeee
Quote anony-mous 22-11-2021 11:20 PM
Dasat heols menunggang. Kalau rasa alim sgt, xperlu kot stay dlm bidang penuh maksiat ni
Quote anony-mous 22-11-2021 11:21 PM
dudaberhias replied at 22-11-2021 07:47 PM
yihhhhh asalkan masuk kuliah agama je gigih la nak cerita pasal bersentuhan... habistu selama ni wan ...

Itu pon baru pertama kali ke kuliah subuh ingatkan xpernah tggal selama ni sbb stetment kemain gud2

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.290096 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top