CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Senyap-senyap Masuk GV8, Upiak Dah Lama Tak Bercakap Dengan Keluarga?

22-11-2021 11:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5354| Komen: 33

Description: Penyanyi Indonesia, Upiak Isil, 35, mendedahkan dia tidak memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai penyertaan di dalam pertandingan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang sudah membuka tirai, mala ...
Penyanyi Indonesia, Upiak Isil, 35, mendedahkan dia tidak memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai penyertaan di dalam pertandingan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang sudah membuka tirai, malam semalam.


Upiak yang pernah popular dengan lagu Tak Tun Tuang berkata, dia lebih selesa membuat hal sendiri dan fokus memikirkan apa yang diinginkannya dalam kehidupan.


Kredit foto: Harian Metro

"Saya sebenarnya dah dua bulan tidak bercakap dengan keluarga. Ini kerana saya seorang yang suka berfikir dan tiada apa-apa masalah pun dengan mereka kerana lebih selesa berdiam.

"Kalau saya nak tenang, memang kena asingkan diri dan suka macam itu serta boleh menyiapkan lagu. Apapun, saya tahu keluarga pasti selalu doakan yang terbaik," katanya kepada Harian Metro. 

Meskipun gemar bersendiri, Upiak berkata, dia masih saja sering menghubungi adiknya dan selalu mengirimkan duit belanja buat ibunya untuk kegunaan keperluan.

Mengulas juga komen negatif netizen terhadapnya, Upiak tanpa berselindung meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan segelintir warganet yang amat keterlaluan di media sosial.

"Kenapa ada mereka yang sanggup komen orang sebegitu, umpama ingin menjadi tuhan dalam hidup saya? Rezeki dan kesempatan itu bukan mereka yang aturkan," katanya. 

Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda berkata, banyak pihak pernah mengingatkan dia agar  apabila terjun ke bidang seni mesti kena kuat mental.


Kredit foto: IG Upiak

"Kalau tak kuat (mental) tak payah baca. Tapi, saya di Malaysia ketika ini belajar buat tidak peduli saja. Apapun kita buat, tetap ada salah dimata mereka (netizen) yang tidak suka. 

"Saya juga tidak membaca komen di Instagram kerana memang pedih. Apalagi, saya jenis orang yang terlalu berfikir. Dengan komen-komen negatif begitu akan buat saya tidak yakin diri. 

"InsyaAllah saya akan buktikan kemampuan di dalam pertandingan GV8 ini. Namun, saya bukanlah hebat sangat," katanya ditemui pada konsert minggu pertama GV8 itu.

Selain Upiak, peserta GV8 ialah Aweera, Azan (Scan), Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki Palikat, Nico, Saiful Apek dan Yassin Senario termasuk Alif Aziz mewakili Singapura.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikpuanviolet 23-11-2021 01:17 AM
Eh bukan si upiak ni dah berhijab ke?
Quote asfaz 23-11-2021 01:43 AM
Suara upiak lagi sedap dari misai keli macaroon
Quote ashilalat 23-11-2021 01:47 AM
cikpuanviolet replied at 23-11-2021 01:17 AM
Eh bukan si upiak ni dah berhijab ke?

Kau keliru dengan cecupak kot..cecupak yg dah berhijab
Quote dudaberhias 23-11-2021 01:47 AM
Tapi bagitau la kot2 suara upiak boleh jadi merduu... Tapi betul la upiak lagi sedap dari cef gendut kopek besar rosmah tu

Sumpahan mertua kanjeng koncondo roro kidul..
Quote debab_78 23-11-2021 07:46 AM
pnh dgr upiak nyanyi lagu balada.. sedap sbnrnya suara dia..
Quote babelina 23-11-2021 09:34 AM
pada aku dia berbakat sebenarnya.. cuma dia kna ada kebijaksanaan cikit la.. baru dia taw marketkn diri dia..
Quote Normabaru 23-11-2021 09:36 AM
Sorry tp kaka geli dgn dia ni..
Quote chazey 23-11-2021 09:36 AM
Mcm nampak bijak pula jawapan2 sheol.
Quote She-Ra 23-11-2021 09:38 AM
suka tgk dia.. comelllllll
Quote hotmak 23-11-2021 09:41 AM
orang kutuk apa ke dia
Quote Acikgomen 23-11-2021 09:42 AM
Normabaru replied at 23-11-2021 09:36 AM
Sorry tp kaka geli dgn dia ni..

Haah kannnn
Muka heshe very the stok2 trisna friska dtg msia nak ngendeng laki orang
Sori hati acik kaler itam hari ahad senin selasa rabu kamis sabtu, jemahat je insop
Quote Zaien 23-11-2021 09:43 AM
go upiakk.. better la dri chef tu hhahaahahah
Quote Pak.dolla 23-11-2021 10:26 AM
Normabaru replied at 23-11-2021 01:36 AM
Sorry tp kaka geli dgn dia ni..

Hahaha tibah teringat si lembaga tu lah..si lembaga tu dulu ms interview dia ni dgn pandangan yg menjijikan..kurang ajo itu lem..
Quote Normabaru 23-11-2021 10:39 AM
Pak.dolla replied at 23-11-2021 12:26 PM
Hahaha tibah teringat si lembaga tu lah..si lembaga tu dulu ms interview dia ni dgn pandangan yg m ...

kaka geli sebab upiak ni kepam n pengotor.. Yang si lembaga tu hina upiak sbb miskin n buruk. Lain konteks. Heheh
Quote Normabaru 23-11-2021 10:39 AM
Acikgomen replied at 23-11-2021 11:42 AM
Haah kannnn
Muka heshe very the stok2 trisna friska dtg msia nak ngendeng laki orang
Sori hat ...

Hahahhaa... Nah.. Kaka transfer blk 5k utk acik
Quote Orangelily 23-11-2021 04:01 PM
Normabaru replied at 23-11-2021 02:39 AM
kaka geli sebab upiak ni kepam n pengotor.. Yang si lembaga tu hina upiak sbb miskin n buruk. Lain ...

masa bila kaka nmpak dia pengotor?
Quote tuttt 23-11-2021 04:07 PM
Edited by tuttt at 23-11-2021 04:09 PM
cikpuanviolet replied at 23-11-2021 01:17 AM
Eh bukan si upiak ni dah berhijab ke?


Tula rasa pernah baca jugak news beliau udah berhijab

https://mediapermata.com.bn/upiak-isil-kini-tampil-berhijrah/
Quote Normabaru 24-11-2021 06:40 AM
Orangelily replied at 23-11-2021 06:01 PM
masa bila kaka nmpak dia pengotor?

ko br kua gua ke dik?
Quote stingercreamier 24-11-2021 07:25 AM
chazey replied at 23-11-2021 09:36 AM
Mcm nampak bijak pula jawapan2 sheol.


Apa yg bijaknya kalo dah nampak kepam dan pengotor bak kata Normabarua?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.065742 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top