CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Suami Tak Hadir Ke Mahkamah- Nynaa Harizal Minta Cerai, Nafi Diculik

18-11-2021 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18055| Komen: 165

Description: Nynaa Harizal menafikan dakwaan dia diculik oleh kedua ibu-bapanya sebaliknya dia berada dalam keadaan selamat dibawah jagaan keluarga sejak 2 November lalu.
Nynaa Harizal menafikan dakwaan dia diculik oleh kedua ibu-bapanya sebaliknya dia berada dalam keadaan selamat dibawah jagaan keluarga sejak 2 November lalu.

Nynaa Harizal atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, berkata demikian selepas menghadiri sebutan bagi permohonan cerai secara baik terhadapnya suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, di sini hari ini.


Foto: IG

Nynaa Harizal yang ditemui memberitahu, pihaknya bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung punca permohonan itu dibuat sebaliknya bertindak mengeluarkan satu kenyataan media.

Dalam kenyataan tersebut, dia memberitahu pihaknya telah memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.




“Satu salinan saman tersebut juga telah diserahkan kepada pihak suami pada keesokan harinya iaitu pada 11 November.

“Hari ini adalah sebutan bagi permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru. Suami saya tidak hadir sebaliknya hanya diwakili pihak peguam,” katanya.

Tambah Nyna Harizal yang juga merupakan seorang pengacara dan model itu lagi, permohonan itu dibuat sebagai harapan dan doa agar suaminya akan melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan dengan cara baik tanpa perlu meneruskan dengan proses perundangan lain.

“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi tidak menjejaskan prosiding, saya membuka ruang untuk perbincangan dengan suami dan perkara ini telah dinyatakan melalui perbualan telefon pada 12 November lalu.


“Oleh kerana isu ini bersifat peribadi dan sedang dalam proses mahkamah, saya membuat keputusan untuk tidak memberikan ulasan lanjut berkaitan punca dan penyebab yang membawa kepada keadaan ini.

“Cukuplah sekadar itu kenyataan saya dan saya mengharapkan doa dari kalian agar Allah S.W.T akan terus memberikan kekuatan kepada saya. Saya amat menghargai segala pandangan dan nasihat diberikan masyarakat termasuklah para Asatizah atas untuk saya menghadapi kehidupan ini,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 18-11-2021 01:38 PM
Rengsa betul tengok rambut adik lelaki dia.  Eh cuba lah kau sikat elok2 letak code 10 macam pak hang sebelah tu sampai berminyak kepala dahi.
Quote LadyCarefree 18-11-2021 01:40 PM
Samerosie replied at 18-11-2021 12:38 PM
Rengsa betul tengok rambut adik lelaki dia.  Eh cuba lah kau sikat elok2 letak code 10 macam pak han ...

Mcm qiemkepampropa la.

Quote LadyCarefree 18-11-2021 01:41 PM
iols speku sbb pensel ikea lagi mampos.
Quote dudaberhias 18-11-2021 01:44 PM
soo alkisahnya sheolss yang culik diri sendiri la kiranya?
dah tu kenapa dia yang cecepat nak kahwin dengan laki tu?

takpelah bercerai je lah lebih bagus... tak nampak bahagia pun kalau dah sampai culik menculik diri sendiri... chepit lobjos pun jangan risau masih boleh laku macam puteri aishah asalkan ada juga rupa...
kalau rhoperr fara mendosa... rasanya bini bernombor pun orang fikir dua tiga kali nak ambik...

yang selera pun datok sangkak peruz tu jerrr katanya body fara tu mantop... siap ajak shopping...
Quote BarbiePink 18-11-2021 01:47 PM
kesian sheols
jadi janda berhias ler nanti
iols speku problem dekat shuben sheols


Quote BarbiePink 18-11-2021 02:03 PM
kalau ikut leluhur shuben sheols
abg dier ex anak kak ton

pun drama mcm ni ler
iols msih ingat delulu
anak kak ton minta cerai
sebab laki sheols buat penganiayaan
kat tubuh badan

tak bagi nafkah

tapi abg laki nyna neh pusing cerita

konon anak kakton mencurang
siap failkan nusyuz lagik

taknak lepaskan hingga satu tahap
boleh cerai dan tarik balik nusyuz tuh
tp anak deyols dijaga oleh laki
siap buat perjanjian lgi

anak kak ton digugurkan dari mendapat tuntutan edah,
nafkah tertunggak,mutaah dan harta pencarian
anak kak ton mmg nekad bercerai leh
bawa/jumpa anak pun ssekali kena ada bodygad
mcm syail punya laki

even mcmana salah pun binik chouls
wajar keh heols nafikan hak dier
gudluck nynna chouls kena ready

pisikal dan mental yach
misti shuben chouls akan belajar dari abgnya



Quote mclaren 18-11-2021 02:04 PM
Muda nya mak dia. Memang umur muda atau awet muda?
Quote Kancilkering 18-11-2021 02:07 PM
dia kena. tebus talak lah kan?
Quote missyL 18-11-2021 02:12 PM
Wahhh. Baru je  nikah kan..
Semoga dipermudahkan urusan lah nyna.
Elok cerai awal jgk dr dok tanggung duka
Quote missyL 18-11-2021 02:15 PM
dudaberhias replied at 18-11-2021 01:44 PM
soo alkisahnya sheolss yang culik diri sendiri la kiranya?
dah tu kenapa dia yang cecepat nak kahwin ...

Yer kaka duda.
Yg ni mmg dah sah2 janda so ok la hehe.

Yg anak dara cm kaka duda ckp la hahaha
Quote Suchi 18-11-2021 02:18 PM
Ermmm…
Sayangnya tp mmg mcm sesuatu sbb suami siap sediakan bodigad kan.
Pastu jarang mak pak wat lari anak melainkan utk selamatkan dia.
Quote Suchi 18-11-2021 02:21 PM
Edited by Suchi at 18-11-2021 02:26 PM
BarbiePink replied at 18-11-2021 02:03 PM
kalau ikut leluhur shuben sheols
abg dier ex anak kak ton



Anak kak ton yg mana uols kan ada ada dua je yg iols kenal takkan hat lelaki botak tu
Kakak dia tu ke? Atau ada ank lain lagi?

Ok setelah google dah jumpa
Lain  ye dah muka ex lakinya tu
Sbb gambar kwen cam kurus ja

Quote lotionmilo 18-11-2021 02:23 PM
Adakah cinta terhalang oleh parents laki tu?
Quote BarbiePink 18-11-2021 02:25 PM
Suchi replied at 18-11-2021 02:21 PM
Anak kak ton yg mana uols kan ada ada dua je yg iols kenal takkan hat lelaki botak tu
Kakak dia tu ...

ler yg cantik tuh ler
bekas host malaysia hari esok

Quote iznanaziz 18-11-2021 02:28 PM
Samerosie replied at 18-11-2021 01:38 PM
Rengsa betul tengok rambut adik lelaki dia.  Eh cuba lah kau sikat elok2 letak code 10 macam pak han ...


aku tak perasan
aku gi tengok lagi sekali
mak oiii, tinggi betul

Quote Suchi 18-11-2021 02:29 PM
BarbiePink replied at 18-11-2021 02:25 PM
ler yg cantik tuh ler
bekas host malaysia hari esok

Yaa iols dh jumpa sapa ex laki dia  tu.
Kawen lain dh ke mamat tu?

Duk godek ahli lembaga pengarah company bapak dorang tu sekali ada juga ex bos stesen tv swasta tu ye.
Quote iznanaziz 18-11-2021 02:31 PM
missyL replied at 18-11-2021 02:12 PM
Wahhh. Baru je  nikah kan..
Semoga dipermudahkan urusan lah nyna.
Elok cerai awal jgk dr dok tanggun ...

sapa dia ni?
tak kenal pun
Quote Fly_over 18-11-2021 02:38 PM
BarbiePink replied at 18-11-2021 02:03 PM
kalau ikut leluhur shuben sheols
abg dier ex anak kak ton


wohooo… sedihnya anak kakton tu…
Quote BarbiePink 18-11-2021 02:40 PM
Suchi replied at 18-11-2021 02:29 PM
Yaa iols dh jumpa sapa ex laki dia  tu.
Kawen lain dh ke mamat tu?

yes mcm tuh ler ceritanya

iols dengar dh kawin pun heols
bnyk pulus senang ler cari penganti




Lihat semua komen(165)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.080263 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top