CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Jalan Sesak Dua Lelaki Gaduh Pegang Gergaji Dan Parang

18-11-2021 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1721| Komen: 7

Description: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir H Djuanda, Kota Tasikmalaya.
Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir H Djuanda, Kota Tasikmalaya.


Lapor Tribunnews, sekiranya pergaduhan yang menyebabkan kesesakan jalan itu tidak dihalang akan menyebabkan serangan maut terhadap kedua-dua penyerang yang sudah bersiap sedia dengan senjata tajam. 


Kredit foto: TribunNews

Seorang individu dilihat memegang gergaji, manakala, seorang lagi lelaki memegang parang dengan darah sudah memancut keluar dari leher salah seorang daripadanya akibat pergelutan sebelum itu. 

Penduduk dan pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian hanya mampu menjerit ke arah suspek, namun langsung tidak dihiraukan. 

Tanpa rasa takut, Asep Jojo menghampiri lelaki yang memegang gergaji dan mengarahkannya melepaskan senjata tersebut. 

Sementara seorang anggota polis lain berusaha menenangkan penyerang lain. 

Asep berkata, ketika kejadian dia sedang melakukan pemeriksaan di kereta sebelum terdengar bunyi pergaduhan. 

“Jika saya tidak melepaskan tembakan, kedua-dua mereka sudah pasti akan menyerang antara satu sama lain. 

“Kalau hanya dileraikan seperti biasa, tidak akan berhasil serta membahayakan nyawa sesiapa sahaja,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 19-11-2021 04:24 AM
darah pahlawan btol...kalo dibiar ade yg mati nie
Quote stingerfossils 19-11-2021 05:29 AM
aku die die ingat.  dijohorelaand

kahkahkahkahkah
Quote Mopiko 19-11-2021 09:30 AM
musangbodoh: darah pahlawan btol...kalo dib ...


Kalau ngak penuh penuh ilmu didada tidak kami berparang parangan
Quote Supersirap 19-11-2021 09:35 AM
GTA mode ke ni?
Quote stingerfossils 19-11-2021 09:36 AM
Mopiko replied at 19-11-2021 09:30 AM
Kalau ngak penuh penuh ilmu didada tidak kami berparang parangan

Dialog pak salam erwin joko anwar kewww ini?

Kahkahkahkah
Quote Artemesiaa 19-11-2021 11:47 AM
Pergh macam dalam scene pilem
Quote Mopiko 19-11-2021 04:50 PM
stingerfossils replied at 19-11-2021 09:36 AM
Dialog pak salam erwin joko anwar kewww ini?

Kahkahkahkah



iya iya dong

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-5-2022 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.073569 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top