Siapa sangka selebriti terkenal dan menjadi idola ramai Korea ini dahulunya seorang atlet. Siapakah selebriti yang dimaksudkan? 1. So Ji Sub
Terkenal dengan ketinggian dan bentuk badan begitu mantap, Ji Sub dahulunya seorang atlet profesional dalam sukan renang. Bahkan, sebelum namanya mula melonjak naik menerusi drama ‘Master Sun’, Ji Sub pernah memenangi pingat gangsa dalam Kejuaraan Kebangsaan. 2. Sung Hoon Sama seperti So Ji Sub, Sung Hoong juga dulunya adalah atlet dalam sukan renang dan dia juga merupakan ahli pasukan kebangsaan Korea Selatan. Difahamkan, dia berkemahiran dalam renang kuak kupu kupu, namun impiannya untuk terus menjadi seorang atlet harus dilupakan dek kerana kecederaan dialaminya satu ketika dahulu. 3. Song Joong Ki Jangan terkejut kalau hero kesukaan ramai ini berbakat dalam permainan luncur ais atau skating. Joong Ki pernah menyertai Kejuaraan Sukan Nasional Korea Selatan, namun kecederaan pada lututnya membuat dia terpaksa melupakan aktivitinya itu sebelum memulakan kariernya dengan membintangi filem ‘Get Karl!’ pada 2007. 4. Song Hye Kyo Sama seperti bekas suaminya, Joong Ki dan Hye Kyo pernah menjadi atlet luncur ais. Namun, Hye Kyo lebih suka memberi tumpuan dalam dunia hiburan. 5. Uee Uee sebelum ini pernah menjadi atlet dalam sukan renang dan pernah menyertai Kejohanan Renang Kebangsaan. Malah, dia pernah menunjukkan kemahiran berenangnya dalam drama ‘Hogu’s Love’ (2015). Siapa pula artis Malaysia yang berbakat besar atau aktif bersukan seperti selebriti Korea yang disebut? Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT