CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Suntik Syabu Di Dubur Lebih Cepat" - Pelawak Ditahan Ketika Ralit Tonton Porno

4-9-2021 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4028| Komen: 10

Description: Pelawak atau standup comedian Indonesia, Coki Pardede mengejutkan industri hiburan terutama kelompok Majeleis Lucu Indonesia (MLI) yang juga merupakan pihak rumah produksinya apabila ditangkap atas ke ...
Pelawak atau standup comedian Indonesia, Coki Pardede mengejutkan industri hiburan terutama kelompok Majeleis Lucu Indonesia (MLI) yang juga merupakan pihak rumah produksinya apabila ditangkap atas kesalahan dadah pada 1 September lalu.


Apa yang mengejutkan adalah pengakuan dibuat pelawak berusia 33 tahun tersebut kepada pihak polis.


Kredit foto: IG Coki

Menurut laporan CNNIndonesia, Coki atau nama asalnya Reza Pardede yang positif mengambil syabu itu mengaku memasukkan 'najis' ke dalam tubuhnya melalui suntikan di dubur!

"Dia (Coki) mengaku mengambil syabu. Cara diambil, disuntik pada bahagian dubur. Katanya lebih cepat," ujar wakil pihak polis dari bahagian Kasat Narkoba Polres Metro Tangerang Kota, AKBP, Pratomo Widodo.

Pramoto juga memberitahu media tempatan, Coki masih berada dalam pengaruh dadah sewaktu ditangkap. Malah saat ditangkap di kediamannya di daerah Pagedangan, Kota Tangerang, pelawak tersebut sedang asyik menonton filem porno.


"Pada waktu itu, dia juga sedang menonton filem porno, tetapi itu adalah hak privasi si pelaku kerana kami ke sana untuk mencari bukti tentang dirinya menghisap dadah," kata Pramoto lagi.

Menerusi rakaman video yang tersebar, Coki juga dikatakan sangat terkejut sewaktu serbuan dilakukan sehingga meminta waktu daripada pihak polis untuk minum air bagi menenangkan dirinya.

"Iya Bang sabar Bang, mohon maaf. Ya aku kaget Bang, aku minum dulu lah Bang," ujar Coki.

Sementara itu, pihak MLI juga memberi kenyataan mengenai Coki. Menurut MLI, nama Coki sebagai salah seorang peserta standup comedy  yang dijadual berlangsung pada bulan ini sehingga November depan digugurkan.

Coki diketahui akan ikut serta dalam acara yang diberi judul Maaf Saya Tersinggung.


Kredit foto: IG Coki

"Kami pastikan acara itu tidak melibatkan Coki," ujar Gian Luigi, selaku General Manager MLI.

Meski akan diteruskan, konsep program yang mahu dijalankan sesuai jadual itu diubah.

Nama Coki menjadi salah satu pelawak yang dikenali di Republik tersebut selepas dia menyertai pertandingan Stand Up Comedy Indonesia musim keempat pada 2014.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigojes 4-9-2021 06:14 PM
Najis masuk di tempat najis keluar.. gitu konsepnya
Quote Adrif 4-9-2021 06:45 PM
perlu ke mention tengah tengok porno waktu serbuan?

secara etikanya?
Quote kitmal9545 4-9-2021 08:19 PM
Habislah kau...tamat karier mu....
Quote Belibis 4-9-2021 09:06 PM
Baru tau,syabu pun boleh pakai injek..ingatkan heroin dengan morpin jer.
Quote edayildiz 4-9-2021 09:19 PM
dia cucuk kt situ cmno eh..jijiknya
Quote Carcosa 4-9-2021 10:00 PM
Ya hamponnnnn. Tak sakit ke????
Quote Thunderclouds 4-9-2021 11:24 PM
kakigojes replied at 4-9-2021 06:14 PM
Najis masuk di tempat najis keluar.. gitu konsepnya


Quote Thunderclouds 4-9-2021 11:30 PM
Ni syabu dlm bentuk bullet mcm obt sembelit @ ubt demam masuk montot utk baby tu kan?kan?kan?? ka...in liquid form then pki syringe yg nk bg bby mkn obt tu then hg picit masok?? I doubt cucuk pki jarum injection. Gila.
Quote kakigojes 5-9-2021 12:21 AM
Thunderclouds replied at 4-9-2021 11:30 PM
Ni syabu dlm bentuk bullet mcm obt sembelit @ ubt demam masuk montot utk baby tu kan?kan?kan?? k ...

Maybe syringe.. Tapi tak terbayang mcm mana dia masukkan… ntah2 syringe tu yang kasi pleasure.. choi
Quote whimsicalmusic 6-9-2021 08:22 PM
Adrif replied at 4-9-2021 06:45 PM
perlu ke mention tengah tengok porno waktu serbuan?

secara etikanya?

Pastu blh smbung “ tetapi itu adalah hak privasi si pelaku kerana kami ke sana untuk mencari bukti tentang dirinya menghisap dadah” hahahahah ptt xyah la mention

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.053705 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top