Atlet Belanda, Sifan Hassan berterima kasih kepada minuman kafein setelah memenangi pingat emas Sukan Olimpik pertamanya dalam jarak 5,000 meter semalam. Usaha Hassan berhasil setelah bertanding dalam acara 1500m, 5,000m dan 10,000m di Olimpik Tokyo 2020.
Atlet kelahiran Ethiopia ini berjaya membawa pulang pingat emas dalam pusingan terakhir dengan catatan 14 minit 36.79 saat. Dia juga mengakui memerlukan sedikit bantuan untuk membawanya ke garisan penamat. “Tanpa kopi, saya tidak akan pernah menjadi juara Olimpik,” katanya dengan nada gurauan. Kopi juga membantunya untuk terus segar kerana dia berlari dalam enam perlumbaan jarak tengah-jarak jauh dalam tempoh lapan hari. Acara olahraga tersebut melihat Hassan bangkit di acara 1500m selepas jatuh sebelum menamatkan sesi kelayakan di tempat pertama.
“Saya tidak boleh mempercayainya. Sungguh mengerikan ketika saya terjatuh. Selepas saya jatuh dan terpaksa bangkit, saya berasa seperti menggunakan banyak tenaga. Saya tidak percaya perasaan di kaki saya. Semua tenaga seolah-olah meninggalkan saya. “Saya sangat penat. Tanpa kopi, saya tidak akan menjadi juara Olimpik. Saya memerlukan semua kafein,” katanya. Pingat emas akhirnya menjadi milik Hassan dan juara dunia dua kali dari Kenya, Hellen Obiri, meraih perak (14:38.36), serta wakil Ethiopia, Gudaf Tsegay, meraih gangsa. Sumber: Stadium Astro/Era.je
|
MissyMolly: Kurus sgt{:run
Belibis: Nada gurauan yang membawa kepada syirik.
supernaturalee replied at 5-8-2021 01:27 AM
Kopi che nah ke kopi che ta
Iols suka kopi yg dlm kapsul tu
neo_5050 replied at 5-8-2021 01:42 AM
mungkin tak nanti ada ummah claim dengan bantuan kopi luwak?
ADVERTISEMENT