CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

70 Monyet Terlepas Dari Zoo Angkara Remaja 'Nakal'

25-9-2020 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6786| Komen: 20

Remaja di Jepun ditahan pada Rabu lalu selepas disyaki melakukan vandaslisme hingga mengakibatkan puluhan monyet terlepas dari Zoo Takagoyama Shizen.

Sankei Shimbun melaporkan, kejadian di bandar Futtsu pada Jun lalu menyebabkan 70 monyet 'macaque' Jepun terlepas selepas pelajar berusia 16 tahun terbabit didakwa memotong dawai berjaring di kurungan haiwan berkenaan.



Gambar hiasan

Kejadian disedari kakitangan zoo pada pagi 10 Jun selepas mendapati sebuah lubang berdiameter 30 sentimeter di kurungan dipercayai dipotong dengan alat tajam.

Selepas menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis percaya suspek menggunakan kereta rakannya ke zoo berkenaan menyebabkan rakannya turut disiasat bagi membantu siasatan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 25-9-2020 03:53 PM
Comel monyet ni.

Quote Boomibulat 25-9-2020 03:59 PM
Bukan ke monyet ni mmg asal Jepun..knp nak kurung..mcm monyek kat Msia ni bsepah2 tepi highway..dlm zoo pun xde rasanya sbb bole tgk live siap pegang2..
Quote prettyuglybabe 25-9-2020 04:08 PM
patut lepaskan monyet tu then kurung budak perangai monyet tu..
anyway, bukan kan jepun ummah bertamadun..
takkan ada juga manusia jahat beruk kat sana
Quote TomyamPuteh 25-9-2020 05:53 PM
Wow. Sucinya org2 nippon. Blh dicontohi sgt2 ni
Quote bintangct 25-9-2020 06:07 PM
prettyuglybabe replied at 25-9-2020 04:08 PM
patut lepaskan monyet tu then kurung budak perangai monyet tu..
anyway, bukan kan jepun ummah berta ...

iols rasa tamadun bdk2 jepun dh makin teruk sgt ni..
td baru jupe client iols org jepun.. fmly dia suppose dtg msia tp tak jadi..dia kata anak sulong dia lelaki skg makin tak dengar ckp mak.. baru 14 tahun Jd si bapa ni terpaksa balik keje kat jepun sb mak dh tak boleh handle
Quote highcastle 25-9-2020 06:11 PM
Macam tak percaya berlaku di Jepun........
Quote Belibis 25-9-2020 06:15 PM
Mungkin saintis jepun kurung untuk melihat berevolusi menjadi manusia.
Quote JokesCop 25-9-2020 06:16 PM
bintangct replied at 25-9-2020 06:07 PM
iols rasa tamadun bdk2 jepun dh makin teruk sgt ni..
td baru jupe client iols org jepun.. fmly di ...

Pengajaran dia, anak xboleh kawal, bapak balik tgkkan, bukan hantar sekolah tahfiz laju2.
Quote MissVixen 25-9-2020 06:18 PM
Budak ni aktivis haiwan liar kot. Bebaskan monyet yang duduk dalam kurungan 24 jam.
Quote jas7512 25-9-2020 07:16 PM
Generasi z jepun ni mmg kurang ckit jati diri x mcm datuk moyang mrk..dlm satu drama jepun...ada satu dialog yg sindir pasal gen muda jepun yg lebih suka hiburan dan krg rasa patriotik pd negara...
Quote NekNgah 25-9-2020 08:22 PM
JokesCop replied at 25-9-2020 06:16 PM
Pengajaran dia, anak xboleh kawal, bapak balik tgkkan, bukan hantar sekolah tahfiz laju2.

Macam my American boss, at least seminggu sekali wifenya call. Dengarlah dia menjerit marahkan anak bujang thru phone.
Quote NekNgah 25-9-2020 08:22 PM
JokesCop replied at 25-9-2020 06:16 PM
Pengajaran dia, anak xboleh kawal, bapak balik tgkkan, bukan hantar sekolah tahfiz laju2.

Macam my American boss, at least seminggu sekali wifenya call. Dengarlah dia menjerit marahkan anak bujang thru phone.
Quote helicornia 28-9-2020 08:16 AM
jas7512: Generasi z jepun ni mmg kurang ckit jati diri x mcm datuk moyang mrk..dlm satu drama jepun...ada satu dialog yg sindir pasal gen muda jepun yg lebih s ...

mana2 negara pun sama je. korea pun ada masalah dgn generasi muda.katanya kurang minat nak keje susah2, penciptaan bagai
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2020 08:20 AM
Shin Chan: monyet buntut merah!
Quote husna_amal 28-9-2020 09:45 AM
Monyet yang suka mandi di kolam air panas ni.
Quote sukacactus 28-9-2020 11:26 AM
Berbelas tahun dl pernah ke futtsu ni
Small town aje, xtau pun ada zoo bagai
Quote Artemesiaa 28-9-2020 11:33 AM
Boomibulat replied at 25-9-2020 03:59 PM
Bukan ke monyet ni mmg asal Jepun..knp nak kurung..mcm monyek kat Msia ni bsepah2 tepi highway..dlm  ...

Monyet ni bukan ada diseluruh Jepun hanya ada dikawasan tertentu je sebab tu mungkin ada yang ditempatkan di Zoo untuk memudahkan orang untuk melihat.
Quote Artemesiaa 28-9-2020 11:35 AM
MissVixen replied at 25-9-2020 06:18 PM
Budak ni aktivis haiwan liar kot. Bebaskan monyet yang duduk dalam kurungan 24 jam.

Betul tu rasanya mereka ni dari geng aktivis haiwan tak suka lihat haiwan liar dikurung dalam kurungan
Quote coco 28-9-2020 02:30 PM
JokesCop replied at 25-9-2020 06:16 PM
Pengajaran dia, anak xboleh kawal, bapak balik tgkkan, bukan hantar sekolah tahfiz laju2.

ni pun satu lagi masalah di Msia.    ada anak2 yg mmg ada potensi menjadi seorang tahfiz,  anak soleh dan solehah.  tpi ada parents yg tak leh control anak, di hantar anak nya ke tahfiz,  terus kesetanan menular dalam tahfiz tu,  hancur.  kalau iman tak kuat,  budak yg ada potensi pun boleh terpesong ikut jadi jahat....

kawan i ols dari negeri nun di timur,  anak2 buah dia 5-6 orang kearah kehancuran di hantar ke tahfiz,  and dia orang ni gi bawa budaya hidu gam, pil kuda ke tahfiz,  dari satu tahfiz ke satu tahfiz,  last2 hantar AADK,  lepas 2 tahun keluar jadi tokan pil kuda....

yg teraniaya adalah anak2 yg tak kenal apa tu pil kuda apa tu hidu gam.... terus sekarang kenal dan terjebak.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060664 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top