CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sepupu Lelong Set IV Ada DNA Michael Jackson

27-9-2020 02:28 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4854| Komen: 16|Original author: Oleh: LilRose

Description: Set infusi intravena yang masih ada kesan darah Michael Jackson dijual sepupunya, Marsha Stewart.
Set infusi intravena yang masih ada kesan darah Michael Jackson (MJ) dijual sepupunya, Marsha Stewart.

Memetik The Sun, beg itu dipercayai digunakan untuk memberi ubat anaestetik propofol kepada MJ sebelum menghembuskan nafas terakhir.



Kredit foto: YouTube

Pakar memorabilia Las Vegas berharap beg cecair intravena digunakan Doctor Conrad Murray pada Jun 2009 itu dapat dibida sekurang-kurangnya pada harga ASD2,500 (RM10,429).

Difahamkan, ia dijual Marsha sebagai sebahagian daripada lelongan harta pusaka bapa bintang terbabit, Joe Jackson.


Conrad Murray 

Kredit foto: AP: Associated Press

Wanita itu mengaku mengambil beg berkenaan dari bilik tidur Raja Pop terbabit beberapa hari selepas kematiannya.

Katanya, ketika diambil, beg infusi itu mengandungi 'cecair berwarna putih susu' sebelum ia kemudian 'melarut'.

Marsha mendakwa, beg infusi intravena itu adalah "yang terakhir digunakan sebelum bintang berkenaan menghembuskan nafas terakhir" walaupun laporan media menyatakan pihak berkuasa mengeluarkan semua peralatan perubatan dari tempat kejadian ketika MJ meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

Dakwanya, dia mengambil set infusi intravena itu kerana ia mengandungi sebahagian daripada diri MJ iaitu sampel DNA.


MJ dan bapanya, Joe
Kredit foto: 

Joe dan Marsha menyembunyikan peralatan itu di rumah bapa MJ sehingga lelaki itu meninggal dunia pada Jun 2018 dan ia kini dilelong Memorabilia.Expert. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HYSB 27-9-2020 02:39 PM
Eee yang membelinye pun nak buat ape? Nak buat collection pun menyeramkan macam memanggil hantu MJ duduk rumah dia
Quote kuzaime 27-9-2020 02:48 PM
Hmm kot ada sesapa yg taksub sgt ngan MJ bolehlah beli
Quote buapakperut 27-9-2020 03:11 PM
yeye oh je mj yg pakai
Quote TomyamPuteh 27-9-2020 03:11 PM
Nape sepupu dia x putih mcm MJ{:run
Quote NekNgah 27-9-2020 03:41 PM
Asal boleh buat duitkan?
Quote Supersirap 27-9-2020 04:57 PM
Untunglah ada dna MJ
Quote Perawankota 27-9-2020 08:57 PM
Ermm.. Dah x der duit ke tu
Quote miss_beku 28-9-2020 08:13 AM
Yg membeli tu sebab nk clon kan MJ ke ape siap DNA bagai
Quote buragazz 28-9-2020 08:40 AM
Opkos le nanti DNA tu boleh klon kan new MJ pastu claim kata ada kene mengena dengan MJ nak rebut harta dik non.. Makhluk2 sana kan hadap benda2 ni..
Quote husna_amal 28-9-2020 10:19 AM
Senang buat duit nampaknya.
Quote tompie 28-9-2020 10:41 AM
Bukan criminal offence ke amik evidence dari Crime scene?
Quote coolie83 28-9-2020 10:55 AM
guys, it's a smooth criminal
Quote tipah89 28-9-2020 11:00 AM
selagi buleh buat duit kekdahnya.. bulu jembut kalau tertinggal pun abis kena lelong kot.
Quote DayangKirana 28-9-2020 12:49 PM
kesahnye...
but the thing is, senang ke nak buat klon eventho u ade DNA pon?
macam le masing2 ade machine klon kat rumah..ala2 DIY gitu..
Quote Zaien 28-9-2020 02:39 PM
siapa nak beli tu???
Quote Artemesiaa 28-9-2020 05:06 PM
Pasti sebab duit dan dia tahu boleh dapat duit banyak kalau dia jual benda tu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.407183 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top