Seorang lelaki di Sumatera mengaku tergoda melihat tubuh anak saudaranya sedang mandi hingga sanggup cuba memperkosanya. TribunNews melaporkan, mangsa, 13, tinggal bersama Ujang, 32, sejak ibunya meninggal dunia.
Menurut laporan, Ujang berniat melakukan perbuatan keji itu selepas melihat mangsa mandi sebelum pergi kerja di sebuah kedai makan. Ketika menjemput mangsa, suspek memberi alasan bahawa nenek remaja itu menyuruh mereka singgah ke pondok di ladang getah tempat neneknya bekerja. Setibanya di lokasi, suspek menarik mangsa ke dalam pondok berkenaan sebelum mengacukan sebilah pisau ke leher remaja itu dan mengarahkannya membuka pakaian. Mangsa nekad melarikan diri selepas menolak suspek, namun berjaya dikejar bapa saudaranya itu yang kemudian sekali lagi mengacukan pisau ke lehernya. Difahamkan, berlaku pergelutan antara mereka hingga mangsa mengalami luka di tangan kirinya.
Niat suspek untuk memperkosa mangsa terus hilang apabila melihat anak saudaranya itu terluka sebelum membalut lukanya dengan tudung dan menghantar remaja terbabit pulang ke tempat kerjanya. Bagaimanapun, mangsa tidak berdiam diri dan terus melaporkan kejadian kepada polis sebelum suspek yang bersembunyi di kebun sawit ditahan, semalam. Suspek mengaku baru pertama kali berniat untuk memperkosa mangsa yang masih di bawah umur itu selepas jarang mendapat layanan daripada isteri. Atas kesalahannya itu, suspek berdepan hukuman penjara tujuh tahun. - CARI
|
kucim replied at 5-8-2020 08:42 AM
Nasib bdk ni cerdik trs buat laporan..sekurang2 dia tau itu jenayah seks..lau bdk2 dlm mesia ni xnk ...
ADVERTISEMENT