CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Jamal Abdillah Pengsan Masa IG Live, Doktor Bimbang Ada Jangkitan Dalam Darah

5-8-2020 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29380| Komen: 127

Description: Anak penyanyi Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani dilaporkan ditahan di sebuah wad di pusat perubatan di Shah Alam selepas pengsan ketika membuat Instagram Live pada Isnin lalu.
Anak penyanyi Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani dilaporkan ditahan di sebuah wad di pusat perubatan di Shah Alam selepas pengsan ketika membuat Instagram Live pada Isnin lalu.


Kredit foto: IG Zaki


Memetik mStar, ibunya, Fatimatuzahra Samat, 39, yang terkejut dengan kejadian memaklumkan bahawa anaknya berusia 14 tahun itu menghidap asma dan mengadu sesak nafas serta batuk sejak beberapa hari lalu.

"Saya pun masa tu sedang bersiap untuk hantar dia ke klinik dan tak perasan yang dia buat IG live. Bila saya cari dia tengok-tengok dia dah jatuh dah.

"Saya sempat save IG live tu untuk tengok balik apa yang terjadi," katanya kepada mStar.

Tambahnya, Zaki tidak melakukan sebarang aktiviti lasak sebelum kejadian dan ia kali pertama remaja itu pengsan sejak menghidap asma ketika berusia lapan bulan.





Fatimatuzahra mendakwa ia mungkin berlaku kerana anaknya terlalu penat dan Zaki kini sudah stabil serta bertenaga untuk bangun dan bercakap.

Doktor yang merawat Zaki bimbang ada jangkitan dalam darahnya dan mereka kini menunggu keputusan ujian darah. 

"Doktor pun ada sebut semalam yang bacaan darah Zaki sedikit tinggi sebab tu dia terus dimasukkan ke wad," jelasnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 5-8-2020 12:19 PM
macam2 penyakit sekarang ni..
Quote kucingitam 5-8-2020 12:23 PM
semoga cepat sembuh
Quote husna_amal 5-8-2020 12:35 PM
Kuat pula bunyi masa jatuh pengsan tu. Harap2 tak teruk lah.
Quote sokmogitu 5-8-2020 12:38 PM
eloklah dia tak stay dgn ayah dia buat masa skrg... hujung minggu je katanya dtg rumah ayah dia tengokkan azura. Jamal sayang betul kt dia ni...pernah tengok Zaki ni dgn ayah dia masa dia kecik...tak lepas tgn jamal pegang
Quote rosannazmia 5-8-2020 12:41 PM
muga cpt sembuh ye nak.. Xyah lah g sekolah Kalu ade asma cam gini dah..
Quote bakingsoda 5-8-2020 12:46 PM
walaupon dah prepare aku tetap terkejut bila dia jatuh, semoga takde pape zaki dan gws
Quote kechikchomel 5-8-2020 12:46 PM
berapa orang anak jamal ni?
anak2 dia sume dari lain2 bini kan?
Quote Madel 5-8-2020 12:56 PM
Ini bukan komen mencerca iya
Cuma nak kata anak2 Dato Jamal dari bekas3 bini tak ada yg ikut dna ketampanan beliau
Yg sulung badan kuss semangat
Yg second ni muka jawa, mcm iras muka laki Saerah dgn rambut krinting2 nya.
Dgn anak bini baru rasa nya baru menurun dna Dato jamal sikit..
Gws yach dik zaki
Quote RatuDunia94 5-8-2020 12:59 PM
Mcm staged jahhhhhhhh demi sesuap viral..
Quote Kurex 5-8-2020 01:05 PM
Semoga cepat sembuh dan jadi lelaki yg hensem
Quote MisXoXo 5-8-2020 01:10 PM
Madel replied at 5-8-2020 12:56 PM
Ini bukan komen mencerca iya
Cuma nak kata anak2 Dato Jamal dari bekas3 bini tak ada yg ikut dna ke ...

hehehehe..komen ni buat sakit perut gelak..mmg teliti tau
Quote bluebutter 5-8-2020 01:37 PM
Madel: Ini bukan komen mencerca iyaCuma nak kata anak2 Dato Jamal dari bekas3 bini tak ada yg ikut dna ketampanan beliauYg sulung badan kuss semangatYg secon ...

Haha. Jahatnya.
Quote Cassieopeia 5-8-2020 01:52 PM
alahai.. gws dik
Quote doubleA 5-8-2020 01:53 PM
kechikchomel replied at 5-8-2020 12:46 PM
berapa orang anak jamal ni?
anak2 dia sume dari lain2 bini kan?

Sekarang 3, semua lain mak. Cuma yg bakal lahir ke 4 ni jah sama emak dengan azura baby ke 3
Quote Benasz 5-8-2020 02:06 PM
Edited by Benasz at 5-8-2020 02:09 PM
Madel replied at 5-8-2020 12:56 PM
Ini bukan komen mencerca iya
Cuma nak kata anak2 Dato Jamal dari bekas3 bini tak ada yg ikut dna ke ...


Jahatnya kau! Kau tgk tau ig zaki ni? Zaki ni saja buat rambut kerinting tu! Sbb dia dapat sponsor, untuk sementara je.zaki ni punya gile handsome!! Ade ke kau kutuk dia muka jawa! Go n check ig dia dulu bro before nak komen. Aku baru scroll ig dia tadi!!  Tak baik dowh kata budak tu!!
Quote mizruncing 5-8-2020 02:07 PM
alahai kesiannyaaa. mcm teruk jgk tu
Quote beta_carotene 5-8-2020 02:23 PM
Benasz replied at 5-8-2020 01:06 PM
Jahatnya kau! Kau tgk tau ig zaki ni? Zaki ni saja buat rambut kerinting tu! Sbb dia dapat spons ...

semata2 register nk bekap zaki ke sis?
Quote Benasz 5-8-2020 02:25 PM
Edited by Benasz at 5-8-2020 02:26 PM
beta_carotene replied at 5-8-2020 02:23 PM
semata2 register nk bekap zaki ke sis?


Backup benda betul apa salah. Dah la kutuk sbb tak ikut DNA. Apa la jawa lah. Tak matang punya komen. Serupa kutuk ciptaan Allah.
Quote eLiaD 5-8-2020 02:26 PM
ni yg ade lagu fast mcm mael n asad nk muntah tu kn auto budx tiktok

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.062708 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top