Wah, artis mana sombong sangat tak sokong jenama tempatan ni? Dengar cerita daripada Gempak, ada seorang pelakon wanita dengan angkuh menolakp pelawaan pereka fesyen Rico Rinaldi untuk menjadi wajah rasminya sempena kempen Hari Raya Aidilfitri 2021.
"Setiap tahun saya akan mencari wajah untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri dan saya ada berkenan dengan seorang pelakon ini. "Memang sekarang banyak pereka antarabangsa mengambil dia untuk reviu barangan tetapi tidak pula melantiknya sebagai duta atau wajah rasmi. "Sembang punya sembang dia acah-acah tak kenal siapa muse saya sebelum ini dan dia tolak pelawaan saya dengan menegaskan hanya menerima tawaran daripada jenama antarabangsa sahaja," katanya kepada Gempak. Rico yang pernah berkerjasama dengan Neelofa, Daiyan Trisha, Ameera Khan, Syafiq Kyle dan Mira Filzah akui terkilan dengan sikap sombong ditunjukkan aktres itu, apatah lagi merendah-rendahkan jenama tempatan.
"Mungkin dia nak jaga branding dan nama, jadi hanya pilih jenama antarabangsa saja walaupun sebelum ini ada berkerjasama dengan pereka tempatan. "Benda boleh bincang dan tolak secara baik. Artis sehebat Lofa (Neelofa) pun masih sokong jenama tempatan dan tak kekwat," ujarnya. Terdahulu, dalam kemas kini Instagram Rico yang sudah dipadam, pelakon itu menyatakan 'Sorry I tak buat job untuk local designer, I selalu buat oversea'. - CARI |
shernazz replied at 4-8-2020 03:29 PM
Tak mu gkin liyana jasmay
ADVERTISEMENT