Berita penceraian membabitkan bangsa Melayu kerap dilaporkan oleh media seolah-olah orang kita berkahwin hanya untuk bercerai, ditambah dengan kes menipu rakan sendiri, berhutang dan pelbagai lagi isu memburukkan lagi keadaan. Timbul persoalan, adakah hanya Melayu yang bermasalah? Bagaimana dengan bangsa lain? "Patut lah bangsa Cina berjaya sebab mereka tidak menjatuhkan sesama sendiri," misalnya kata mereka. Pengguna Facebook, Su Han Wen Shu menafikan perkara itu. Menurut Wen lagi, lima dari enam situasi ini adalah sama dengan perangai segelintir bangsa Melayu iaitu menceraikan isteri yang setia kerana mahu berkahwin dengan wanita lain, mengharapkan duit isteri, menipu dalam bisnes, maki hamun dan saling berdengki. Manakala, kes bergaduh di kelab malam berebut perempuan juga sudah mula dijumpai dalam kalangan Melayu urban. Jadi, mengapa Melayu sahaja yang dimomokkan isu sebegini? Ini kerana bangsa Cina menyimpan keaiban mereka, bukannya dijaja ke portal media seperti mana bercambahnya portal-portal gosip setiap hari. Ianya kerana orang Melayu sendiri yang menyukai membaca keburukan bangsa sendiri lalu menyebarkannya dengan menyelitkan kata-kata nasihat, kononnya dijadikan tauladan. Berbeza dengan akhbar cina sendiri yang tidak menyiarkan pun berita skandal begini dan berlagak seperti tiada apa-apa keburukan di mata mereka. Perkongsian Wen mendapat ribuan 'like' dan 'share' serta disokong oleh warganet lain. |
umbut replied at 4-8-2020 01:16 PM
Cina x leh kahwin byk. Diorang byk pasang skandal or mistress... sebab tu dulu ada ura3 nak ambik ma ...
barfi replied at 4-8-2020 01:57 PM
Cina takde kes kawin dua, dorang simpan pompuan ramai la..
ADVERTISEMENT