"Ayat saya pun bukanlah ayat kecaman atau cacian, atau teguran, tapi
hanyalah kata-kata penuh lemah lembut lagi berinformatif siap smiley
lagi.. (Tak boleh screenshot comment sebab beliau dah hide." Rentetan kekesalan aktres Nina Iskandar yang rimas dengan teguran netizen mengenai caranya membesarkan anak, Pakar Nutrisi Syaza tampil memberikan penjelasan lanjut di Facebook. Menurut Syaza, mungkin dia orang yang dimaksudkan kerana telah meninggalkan komen di Instagram Nina mengenai pemberian makanan pertama kepada bayi.
Tetapi, ianya sekadar berkongsi kerana tidak mahu ibu-ibu lain terikut-ikut dengan cara yang salah. Bagaimanapun, komennya telah diselindungkan menyebabkan dia tidak boleh tangkap layar untuk dikongsikan kepada orang ramai. Bagi Syaza, teguran perlu dilakukan kerana dia tidak mahu ibu-ibu lain terikut dengan tindakan aktres itu yang memberi makanan yang mempunyai rasa sebagai makanan pertama kepada bayinya. Ini kerana makanan 'berasa' ini hanya akan membuatkan bayi menjadi cerewet terhadap makanan. Sementelah lagi Malaysia kini sedang mengalami masalah kanak-kanak bantut berpunca dari 'picky eater'. Ianya menjadi kontroversi apabila Nina memuat naik videonya memperkenalkan puri kurma sebagai makanan pertama kepada anaknya. Pelbagai pandangan diterima membuatkan Nina akhirnya menutup ruangan komen serta meluahkan rasa kesal terhadap sikap 'busy body' netizen. |
cruz2 replied at 19-7-2020 11:59 AM
Sis nutritionist, pi tegur sasha sexycurve tu jugak
Orix replied at 19-7-2020 11:54 AM
Dia ni kan yg kutuk rakyat Malaysia jakun dgan cekelat kat Langkawi walhal sheols kata dekat kampung ...
cruz2 replied at 19-7-2020 11:59 AM
Sis nutritionist, pi tegur sasha sexycurve tu jugak
KIM.K replied at 19-7-2020 12:05 PM
Buat apa. Minah tu agak bijak and educated aku tengok banding mak nina ni. Apoo degil org tegur pu ...
ADVERTISEMENT