CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Jatuh Dalam Parit Masa Lari Dari Penyamun

20-7-2020 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3711| Komen: 22

Description: Lelaki warga asing maut selepas terjatuh ke dalam parit sedalam tiga meter ketika melarikan diri dari penyamun.
Lelaki warga asing maut selepas terjatuh ke dalam parit sedalam tiga meter ketika melarikan diri dari penyamun.

BH Online melaporkan, kejadian berlaku di kawasan berhampiran depoh Keretapi Tanah Melayu (KTM), Bukit Tengah di Bukit Mertajam, semalam.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat dalam parit berkenaan jam 12 tengah hari.


Gambar hiasan

Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika Mohammad Bappi, 39, dalam perjalanan ke sebuah bank.

Difahamkan, mangsa ditemani rakannya berusia 32 tahun untuk memasukkan wang ke dalam akaun keluarganya di kampung.

"Namun ketika tiba di lokasi kejadian, mereka berdua didatangi seorang penunggang motosikal tidak dikenali yang mahu melakukan kegiatan samun sebelum memukul rakan mangsa dengan objek keras hingga pengsan.


"Mangsa kemudian dipercayai menyelamatkan diri dengan melompat pagar stesen kereta api berkenaan tetapi disebabkan gagal mengawal dirinya dia terjatuh ke dalam parit sedalam tiga meter hingga cedera parah dan meninggal dunia," katanya.

Rakannya yang sedar dari pengsan bergegas pulang ke asrama mereka di Taman Nagasari untuk memaklumkan mengenai kejadian sebelum menghubungi polis.

"Pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas mayat mangsa menemui kesan kecederaan disebabkan objek tumpul dan kesan melecur pada lengan sebelah kanan," tambah Mohammad Bappi.

Polis kini giat memburu suspek dan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 20-7-2020 03:28 PM
Bsr saham perompak ni..nantilah balasan kt sana esok
Quote bangcak 20-7-2020 03:30 PM
sejak perompak penyamun perasuah suma dibebaskan dari pertuduhan.
rakyat pon hidup dlm ketakutan.
Quote Artemesiaa 20-7-2020 03:31 PM
Takziah buat keluarga mangsa
Quote Xim 20-7-2020 03:36 PM
12tgh hari ke tgh mlm ni?
Quote EvieWanKenobi 20-7-2020 04:03 PM
kesiannya..
Quote FOTHER-MUCKER 20-7-2020 04:12 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-7-2020 12:13 AM
Xim replied at 19-7-2020 11:36 PM
12tgh hari ke tgh mlm ni?

Dalam News tu dah bagi tau 12tgh!

Ada ke bank buka 12tengah malam untuk dia hantar duit ke kampung?

Apasal rrrr manusia yang berakhir dengan im im ni sesatu sangat!
Quote Xim 20-7-2020 04:17 PM
FOTHER-MUCKER replied at 20-7-2020 04:12 PM
Dalam News tu dah bagi tau 12tgh!

Ada ke bank buka 12tengah malam untuk dia hantar duit ke kam ...

Mane le tau kot2 baru balik 4ptg pastu lepak smpai tgh mlm....lgpn xde tls situ tghari....baru ni ha ade nmpk tghari....maklumlah atok dah tua nak....mata x brp nk nmpk agaknye.....
Quote Rogue98 20-7-2020 05:01 PM
Mujur Tommy Thomas dah xde... So harap xde lah kes yg kena buang ke apa lah kan. Polis tolong tangkap ye.
Quote MontanaHannah 20-7-2020 06:08 PM
                       Astaghfirullah !!!!!!!
Quote matchstick 20-7-2020 08:18 PM
Kesian kt arwah dan kesian jgk kt family arwah di kampung..hilang tmpt bergantung. Cilaka lah penyamun tersebut
Quote sukacactus 20-7-2020 08:29 PM
Kesiannya lah hai!
Hati2 ye semua
Perompak penyamun mmg berleluasa skrg
Quote merrissa 20-7-2020 09:15 PM
Geramnya penyamun ni. Kesian dia, susah payah cari duit halal nak bagi family makan. Now hilang dah mata pencarian mereka. Semoga family tu terus murah rezeki wpon hilang tempat bergantung ...

Harap penyamun tu dihantui sesalan sampai mati. Cari duit halal takmahu. Menyusahkan org je
Quote jazaa100 20-7-2020 09:20 PM
Xim replied at 20-7-2020 03:36 PM
12tgh hari ke tgh mlm ni?

Tgahari lah yang....

Tgah mlm  bank tutup
Quote jazaa100 20-7-2020 09:22 PM
Cilaker le perompak tu....

Sedih dgr tetiba mak kat sana dpt berita ank dah tak de.....
Quote Xim 20-7-2020 09:27 PM
jazaa100 replied at 20-7-2020 09:20 PM
Tgahari lah yang....

Tgah mlm  bank tutup

ingtkn malaysian blh transfer pakai cdm je....hehehe....
Quote jazaa100 20-7-2020 09:39 PM
Xim replied at 20-7-2020 09:27 PM
ingtkn malaysian blh transfer pakai cdm je....hehehe....

Sepatutnya dorang klu nk gi bank, pergi ramai ramai....klu 2org, mcm ni lah jadinya.....
Quote Xim 20-7-2020 10:54 PM
jazaa100 replied at 20-7-2020 09:39 PM
Sepatutnya dorang klu nk gi bank, pergi ramai ramai....klu 2org, mcm ni lah jadinya.....

Even kalau jalan2 ke mane pn better brkumpulan....
Quote NekNgah 21-7-2020 10:29 AM
Kesian walaupun dia warganegara asing tapi dia mencari rezeki untuk keluarga.  Mesti keluarga tertunggu-tunggu.  Sedih.
Quote xtahumenahu 21-7-2020 10:32 AM
NekNgah replied at 21-7-2020 10:29 AM
Kesian walaupun dia warganegara asing tapi dia mencari rezeki untuk keluarga.  Mesti keluarga tertun ...

Btol3x...tersentuh plak..sbb pernah tgk kat western union..geng2 ni anta duit berkepuk2 ke kg..diorg kat sini hidup seadanyaaa

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055070 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top