CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gagal Hadir, Peguam Anju Mohon Penghakiman Terus Terhadap Amyza

12-6-2020 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14563| Komen: 59

Peguam yang mewakili Zarina Anjoulie hari ini membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memutuskan penghakiman terhadap Amyza Aznan.

Ketika ditemui pemberita, peguam Nurul Hafidzah Hasan memaklumkan permohonan itu dibuat berikutan kegagalan Amyza memberi sebarang maklum balas untuk kes saman fitnah yang difailkan terhadapnya sejak April lalu.



Foto: IG Zarina, Amyza

“Tiada kehadiran langsung dimasukkan (oleh Amyza) tidak tahulah dia mahu masukkan atau tidak.

“Sebab masa sudah panjang, kita dah failkan tuntutan saman sejak April sekarang sudah nak masuk Julai,” katanya yang mendakwa tindakan Amyza itu telah menyebabkan proses tuntutan anak guamnya tertangguh.

Katanya seperti dipetik dari MalaysiaGazette, permohonan penghakiman itu dibuat secara dalam talian dan mahkamah menetapkan 25 Jun ini sebagai tarikh pendengaran dan keputusan permohonan.


Zarina sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Amyza berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akibat Covid-19 dan menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta. - CARI




Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 12-6-2020 03:48 PM
Amyza disaman Anju yang disaman Fara Mendoza
Quote Noraniza_Iblis 12-6-2020 03:50 PM
belum bicara pun dh tinggal rangka si Amyza..
kalau kalah saman...
tah tinggal serbuk2 tulang je la kot
Quote zulka 12-6-2020 03:57 PM
kenapa kurus sgt si amyza tu...kalau takde kulit mau lerai tulang
Quote Nenasketum 12-6-2020 04:03 PM
Senget benget dah muka Anju. Nak tunggu gak apa akan jadi seterusnya
Quote akuHavocczz 12-6-2020 04:10 PM
ko sabar lah jap anju.. Amyza tengah cari nak saman sape.. So dia boleh bayar saman kau untuk kau bayar saman fara.. So pemenang dia kat sini Fara lah kan
Quote cha-cha 12-6-2020 04:17 PM
Ku ingat amiza duduk berpeluk dgn yas hahhahaa terkejut aku
Quote kukukatablog 12-6-2020 04:20 PM
baper anju kna bayar pada mendoza?
Quote Budakmomok 12-6-2020 04:26 PM
Edited by Budakmomok at 12-6-2020 04:28 PM

Adakah nanti jd paper judgment sahaja? Melainkan zarina proceed next step. Yang penting lawyer masyuk. Caiyok!!
Quote jijilaaa 12-6-2020 04:30 PM
anju cari duit ke nak bayor saman fara...
Quote bottombikini 12-6-2020 05:03 PM
zulka replied at 12-6-2020 03:57 PM
kenapa kurus sgt si amyza tu...kalau takde kulit mau lerai tulang

makan hati lettew..
ingat senang ke nak jaga laki yg maha hot itu bang
kalau tidak, takkan la sheols sanggup nak pijak perut orang yg nak sailang lakinya





Quote gekkou 12-6-2020 05:11 PM
sapa lelaki kat tengah2 dalam gambar tu?
laki amyza kah?
boleh jual rantai emas yang dipakai itu
ke emas zhulian?
Quote tembamgirl09 12-6-2020 05:11 PM
macam mana Amyza nak bayar? kesian dia..
Quote Xim 12-6-2020 05:19 PM
Ingtkn diorg ber3 duduk smeja
Quote sukacactus 12-6-2020 05:20 PM
Noraniza_Iblis replied at 12-6-2020 03:50 PM
belum bicara pun dh tinggal rangka si Amyza..
kalau kalah saman...
tah tinggal serbuk2 tulang je l ...

Mmg dia tulang sj kan sedari dl
Sapa ntah dulu panggil dia si kepala besar hahaha
Quote takayama 12-6-2020 06:14 PM
Bkn amyza ada lawyer juga ke
jd lawyer si anju failkan application under O13 atau O14 ni atau cuma default judgment aje
Quote pencintaABC 12-6-2020 06:20 PM
RatuDunia94 replied at 12-6-2020 03:48 PM
Amyza disaman Anju yang disaman Fara Mendoza

Macam rantaian makanan pulak
Quote rayray28 12-6-2020 06:22 PM
gekkou replied at 12-6-2020 05:11 PM
sapa lelaki kat tengah2 dalam gambar tu?
laki amyza kah?
boleh jual rantai emas yang dipakai itu

Tu bf si anju kan
Quote airmineral 12-6-2020 06:30 PM
pulakkk
aritu beriya2 nak lawan
Quote matbad 12-6-2020 06:32 PM
bottombikini: makan hati lettew..ingat senang ke nak jaga laki yg maha hot itu bangkalau tidak, takkan la sheols sanggup nak pijak perut orang yg nak sailang lakiny ...

Aku ingt ceta ni..haha

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.045723 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top