CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Spot Internet Paling Stabil' - Bakal Frontliner Kita Temu Duga Bawah Pokok

12-6-2020 10:37 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4529| Komen: 18|Original author: Oleh: LilRose

Description: Norma baru akibat pandemik Covid-19 menyebabkan banyak aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian.
Norma baru akibat pandemik Covid-19 menyebabkan banyak aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian.

Baik urusan pekerjaan, pembelajaran, temu duga untuk kerja, mahupun temu duga untuk melanjutkan pengajian, hampir semuanya dilakukan online.


Pelbagai insiden sering kali berlaku ekoran masalah isyarat telefon dan kelajuan Internet yang dihadapi terutama ketika sesi temu duga.


Kredit foto: Twitter

Seperti yang berlaku kepada gadis ini kerana terpaksa menjalani sesi temu duga secara online di bawah pokok bagi mendapatkan isyarat Internet yang stabil.

Tulisnya di Twitter, pensyarah Dr Rozanizam Zakaria memaklumkan, kejadian berlaku ketika sesi temuduga bagi kemasukan program perubatan di sebuah universiti.

Beliau bagaimanapun memahami keadaan dialami calon temu duga dari sebuah kampung di Besut, Terengganu, pagi Rabu itu.


Kredit foto: Twitter

"Sesi temu duga secara maya adalah yang pertama bagi saya dan mereka yang lain. Jadi, kalau ada yang line Internet tiba-tiba terputus tu memang kami faham.

"Kita hubungi semula dan sambung atau ulang sesi temu duga. Sememangnya ia merupakan sebahagian buat kita semua melalui pengalaman baharu," katanya kepada mStar.

Jelasnya, proses temu duga gadis itu berjalan lancar walaupun ditemani 'muzik latar' kicauan burung dan angin lalu.

Malah katanya, calon berkenaan kelihatan berkeyakinan dan fokus sepanjang temu duga berjalan.


Kredit foto: Twitter

Ramai warganet berharap agar gadis itu terpilih kerana kesungguhan ditunjukkannya. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-6-2020 10:45 AM
Semoga dipermudahkan
Quote Boomibulat 12-6-2020 10:54 AM
Edited by Boomibulat at 12-6-2020 10:56 AM

Bawah pokok ok g..ada yg kena panjat pokok baru dpt line..


Quote matchstick 12-6-2020 11:59 AM
Boomibulat:    Edited by Boomibulat at 12-6-2020 10:56 AM  Bawah pokok ok g..ada yg kena panjat pokok baru dpt line..


Kalau interview nk jadi bomba dari atas pokok mungkin ada kelebihan kt situ
Quote arm_band 12-6-2020 01:07 PM
semoga ada rezeki utk calon yang kene interview bawah pokok tu
Quote husna_amal 12-6-2020 04:57 PM
Kita dah nak menuju ke era 5G tapi coverage internet kita masih lagi lemah. Harap2 kelemahan liputan internet kat Malaysia ni ditingkatkan bagi memudahkan orang ramai gunakannya lepas ini.
Quote Artemesiaa 12-6-2020 05:06 PM
Walau pun banyak dugaan moga mereka yang berusaha mendapat apa yang dihajati
Quote gigahertz 12-6-2020 06:31 PM
Notebook HP tu macam 15-ac652TX pakai i5 tak pun 15-af005ax pakai AMD {:yameteh
Quote Cumikucingku 13-6-2020 01:27 PM
Adumak tetiba aku teringat interbiu yg last.... setelah hampir 20kali cuba (keje gomen)

Bertolak pukul 6 pagi.....

Pukul 9mlm baru balik....

Interbiu dlm english .... aku nak sebut pemain2 dlm english aku sebut "player2"... mampos kena gelak....

Alhamdulillah dah 11 tahun keje.... berbaloi tdo surau...

Anak2 muda zaman sekarang jgn putus asa kalau xlulus interbiu... cuba dan cuba lagi...

Jgn guna kabel ye... sbb guna kabel la org yg betul2 layak xdpt hak nya....
Quote terpaling 13-6-2020 09:17 PM
alahaiii sian lakk.. moga ada la rezeki buat adik2 ni semua..
Quote Tinot7 13-6-2020 10:59 PM
semoga dipermudahkan urusan
Quote Youareyou788 16-6-2020 11:34 PM
Best of luck
Quote Khadeeja07 19-6-2020 08:04 PM
good luck dik...rugi siapa tak ambik kamu!
kesungguhan kamu mahal harganya..
Quote Kipaskiok 1-7-2020 07:11 AM
Semoga dipermudahkan..
Quote supernaturalee 7-7-2020 05:19 AM
gigahertz replied at 12-6-2020 06:31 PM
Notebook HP tu macam 15-ac652TX pakai i5 tak pun 15-af005ax pakai AMD {:yameteh

Very the sheldon ko nih

Quote supernaturalee 7-7-2020 05:23 AM
Cumikucingku replied at 13-6-2020 01:27 PM
Adumak tetiba aku teringat interbiu yg last.... setelah hampir 20kali cuba (keje gomen)

Bertolak  ...

Di ofis lm dulu mmg pnh my boss interview candidate smpi mlm
Tp sygnya dh dpt sekejap je kje

Quote supernaturalee 7-7-2020 05:25 AM
Xtau plk medic course kena interview dulu ye
Result meletup tp jwb sepatah2 je
Agk2 kena reject x

Quote ninjago 9-7-2020 02:27 PM
kalau interview thru video cam kurang nervous sikit je
Quote miss_strangers 10-7-2020 07:56 AM
Interview spp Paling best. Hantar rakaman video jah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.079562 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top