"Suasana masa tu sangat sunyi dan tenang. Saya lihat banyak bintang bertaburan di langit. Rasanya, itulah malam lailatulqadar." Pelakon, Bella Dally menceritakan kenangan masa kecilnya yang pernah bertemu malam yang lebih baik dari seribu bulan itu. Maklumlah, tidak semua yang bertuah mampu bertemu dengan malam lailatulqadar kerana pelbagai alasan. Jadi, ianya adalah nostalgia Ramadan yang sangat indah untuk dikenang hingga sekarang. "Masa itu kami baru lepas bersahur, suasana sangat sunyi dan tenang. Saya keluar rumah lalu nampak di langit yang penuh bintangnya bercahaya. Sangat indah rasanya. Malah, perasaan ketika itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Saya fikir, itulah malam lailatulqadar." Seperti yang diceritakan kepada Majalah Nona, isteri kepada Arif Izzudin ini berharap agar dapat bertemu lagi malam seindah lailatulqadar. "Dan saya berharap sangat agar dapat bertemu lagi malam seperti itu lagi." Alhamdulillah. Cerita yang baik wajar dikongsi bersama agar lebih ramai terinsipirasi untuk mendapat keberkatan 10 Ramadan terakhir ini. - CARI |
tembamgirl09 replied at 20-5-2020 10:36 AM
masihkah ada harapan utkku Lailatulqadr? rasa down pulak lepas baca citer nih
ADVERTISEMENT