Hampir pelbagai sektor telah mula beroperasi termasuk pusat membeli-belah dengan syarat kesemuanya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Perkongsian di media sosial menunjukkan orang ramai telah mula membanjiri pusat membeli-belah Kenanga Whole Sale City agak mengejutkan. Loading FB Post...
Menurut Siti Syakhila yang berkongsikan gambar ini, orang ramai yang beratur terdiri daripada pekerja-pekerja yang mula bekerja hari ini. Pekerja pun dah ramai sebegini, belum campur lagi bilangan pengunjung kelak. Agak merisaukan melihatkan keadaan ini kerana tiada penjarakan sosial diamalkan di situ. Semoga tiada kluster baru wujud nanti. - CARI |
sarah82 replied at 4-5-2020 03:02 PM
Aku tengok org beratur ramai kat kedai pajak gadai.. Lagi sedih..
234126 replied at 4-5-2020 03:14 PM
Tadi pergi beli grocery alone. Ada polis marah aunty kaunter depan iol tak pakai mask. Menjawap pula ...
umbut replied at 4-5-2020 03:16 PM
Aku pun rengsa ngan org keluar x pki mask.. pakai je lah..
TeropongGirl replied at 4-5-2020 03:07 PM
Kesiannya.. semoga dipermudahkan urusan diorg
prettyuglybabe replied at 4-5-2020 03:41 PM
yang amik gambar nak mengata, dia pun sama je apa buat beramai-ramai gitu?
ADVERTISEMENT