CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikut India, Indonesia Rotan 'Penuh Kasih' Jika Ingkar Arahan Lockdown

24-4-2020 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3254| Komen: 12

Pihak berkuasa di Indonesia tidak lagi memberi teguran kepada individu yang ingkar arahan Penjarakan Sosial Berskala Besar (PSBB) di negara itu.

Difahamkan, mereka mengikut jejak langkah India yang melaksanakan hukuman rotan terhadap pesalah yang ingkar arahan berkenaan berkuatkuasa pada Jumaat (24 April 2020).


Jurucakap polis Banjarmasin di Kalimantan, Ichwan Nor Khaliq bagaimanapun menegaskan bahawa pesalah tidak akan dipukul dengan kuat.


Kredit foto: Publik News

"Kami sediakan rotan untuk 'pukulan kasih sayang', tidak memukul orang sampai KO," ujarnya yamg dipetik Kompas dari Antara.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan termasuklah keluar rumah tanpa memakai topeng mulut dan hidung serta keluar rumah pada waktu malam.

Menurutnya, hukuman itu dilaksanakan selepas melihat India membenarkan individu ingkar arahan penjarakan sosial dipukul sebagai pengajaran.


Katanya, berdasarkan pengalaman pesalah tidak akan gentar jika hanya diberi amaran lisan.

"Sia-sia kami berjaga di jalan hingga tidak tidur kalau masyarakat tidak disiplin," ujarnya.  - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 24-4-2020 11:52 AM
Yg ni malaysia boleh contohi kot
Quote pokaibanktokyo 24-4-2020 12:19 PM
Biasalah. Negara negara cap ayam
Quote cHimo 24-4-2020 12:46 PM
Sesuai la hukuman ikut perangai masyarakat kan sana degil nak mampus....
Quote minah_selekeh 24-4-2020 01:47 PM
Pukul je dengan penuh perasaan.. Sampai diorang tak berani nak bukak pintu rumah dah..
Quote Eric.n9 24-4-2020 02:17 PM
Klu polis yg pukul rasanya indon ni melawan balik.
Tp klu askar yg pukul, diaorg jarang nak lawan balik.
Quote Sham143 24-4-2020 07:50 PM
Sokong 100% guna rotan.. Setakat amaran mulut tk jalan..
Quote insulin 24-4-2020 08:14 PM

"Sia-sia kami berjaga di jalan hingga tidak tidur kalau masyarakat tidak disiplin," ujarnya.

Benar pak. Saya sokong tindakan pak polisi.
Quote Tinot7 24-4-2020 08:27 PM
Sebat je   
Quote crazybeach 24-4-2020 10:09 PM
dah tak kurung kat rumah hantu dah ke
Quote hiswife 24-4-2020 10:32 PM
Nasib baik contohi India. Kalau contohi Philippines habes laa
Quote lurve82 24-4-2020 10:37 PM
kita pun perlu rotan puak2 dkt selayang sana dok musnahkan kawad berduri dan puak2 yang baling botol air dkt frontliners...
Quote Cassieopeia 26-4-2020 12:46 PM
tp larat ke polis nk rotan ramai2 tu, ba diorg berduyin2 blk kg sambut pose tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.043377 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top