CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Akui Misteri Dilaila Tiru Vanishing Act, Syafiq Yusof Tertekan Sampai Nak Bunuh Diri

24-4-2020 03:36 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16292| Komen: 127|Original author: Oleh: LilRose

Description: Kecoh sebelum ini apabila karya Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang mendapat sambutan hangat kantoi meniru filem antarabangsa Vanishing Act.
Kecoh sebelum ini apabila karya Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang mendapat sambutan hangat kantoi meniru filem antarabangsa Vanishing Act.



Lebih setahun mendiamkan diri dihentam pelbagai pihak, Syafiq akhirnya membuka mulut menjelaskan situasi sebenar.

Menurut BeautifulNara, Syafiq menerusi Facebook akhirnya mengakui Misteri Dilaila meniru jalan cerita filem tahun 1986 itu.


Kredit foto: Perak Today

Katanya, dia menemui formula dari buku 'Save the Cat' cara bagaimana untuk 'mencuri daripada penggiat seni lain' iaitu mengmabil inspirasi daripada karya orang dan menghasilkan karya baru yang unik dengan memberi nafas baru.



Kredit foto: BeautifulNara/FB

Jelasnya, idea itu tercetus selepas dia mencari pelbagai formula untuk membuktikan dirinya setanding dengan bapa, Datuk Dr Yusof Haslam dan abangnya, Syamsul Yusof.






Kredit foto: BeautifulNara/FB

Jelasnya, akibat mengalami tekanan ingin membuktikan dirinya setanding dengan bapa, Datuk Dr Yusof Haslam dan abangnya, Syamsul Yusof, Syafiq mencari pelbagai formula hinggalah dia menemuinya di dalam buku terbabit.

Namun, Syafiq akui langkahnya salah hingga dihentam keluarga dan sahabat handai.

"Saya guna teknik buku ni (Save the Cat) tapi mungkin saya masih belum mahir dalam teknik itu.

"Tapi bapa saya kata 'salah, Fiq'," ujarnya.


Kredit foto: BeautifulNara/FB

Sejak dimarahi bapanya, Syafiq akui dia begitu tertekan hingga berasa 'sudah mati dalam industri filem'.

Malah, dia juga pernah terdetik untuk membunuh diri kerana telah menghancurkan nama sendiri.


Kredit foto: BeautifulNara/FB

"Kalau orang dah tak suka dengan filem saya, terpaksalah saya cari pekerjaan lain kerana industri filem mungkin bukan untuk saya.

"Terlalu berat untuk pikul bayang ayah dan abang saya," jelasnya yang sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak.


Kredit foto: BeautifulNara/FB

Syafiq pun sudah akui kesalahannya, semoga dia bangkit dari kegelapan' dan kembali menghasilkan karya yang dapat membanggakan keluarga dan masyarakat. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 24-4-2020 03:48 PM
dah tengok kat channel BOO. Buruk betul lakonan abe zul...part yang dia macam mengamuk gitu...macam tak real.
Quote leftrani_kel 24-4-2020 03:51 PM
Cite pe ni..nape aku x tau pun..
Quote belilies 24-4-2020 03:59 PM
Nak tiru pun perlu ke ko nak eksplen pasal ko dapat idea dari buku?? Nampak sangat imbecile. Low taste sangat sama cam apak n abg kau. Yucks.
Quote Lailerthee 24-4-2020 04:03 PM
Apo? I ols tertinggal keretapi ke pasal kes apa ni hahaha
Quote Loh_83 24-4-2020 04:05 PM
Last year keluar cita ni .. yang ada 2 ending tu .
Quote shernazz 24-4-2020 04:06 PM
So
Cite ni pasal apa sebenornye
Iols xtengok kedua dua.movie..
Quote slyfynx 24-4-2020 04:07 PM
Orang lain buat inspiration, ko amik sebijik2
Scene pun byk yang sama.
Tu bezanya.
Quote Kurex 24-4-2020 04:08 PM
Oooooooooo
Quote buapakperut 24-4-2020 04:15 PM
dorang inspired dari movie lain tapi tema dan watak berbeza, plot dia ja cliche. yg dia ni tiru sangat, macam takde idea
Quote babycc 24-4-2020 04:19 PM
Tiru sebijik2 siap dgn dialog lg..
Quote mesmerize 24-4-2020 04:23 PM
ai tengok cite misteri delaila ni kat astro ria aritu.. best jugak la untuk sebuah pilem melayu.. citer tiru pilem kokusen rupanya patut la best
Quote LuvAurora 24-4-2020 04:29 PM
Lain kali klo nak buat cita best remake lah cerita tamil or telugu or hindi.. tengok mcm mana depa buat plot twist sampai kita tgk pun pening kepala.. barulah ramai orang berminat nak tgk
Quote kivio 24-4-2020 04:31 PM
Mak ai panjang meleret esplenesyen.
Tulis je situ, ye saya tiru.

Pjg2 tu sape nak baca.
Quote umbut 24-4-2020 04:38 PM
Tiru boleh.. ambik idea dan olah imaginasi ko.. p ramlee sudirman pun banyak ambil idea luar pastu ikut kreativiti sendiri... tapi citer ko banyak sama
Quote EvieWanKenobi 24-4-2020 04:55 PM
ya.. ceritanya ok.. rupanya..
Quote izat123 24-4-2020 04:59 PM
Tiru boleh tapi olah lah. Ni scene by scene pun sama sebabtu orang marah. Tapi janganlah stress sangat. Mana facebook dia aku nak bagi kata kata semangat sikit
Quote nefnefnef 24-4-2020 05:10 PM
Its ok. Dah setahun pun. Pasni bikin filem yang lebih baik ya
Quote imanda 24-4-2020 05:15 PM
tiru boleh tapi ni mcm ko tekap lukisan, sama sebijik. haruslah org kecam. semoga ko hidup lama lagi utk bljr byk lg psl kehidupan, dik sapik usop.
Quote imanda 24-4-2020 05:15 PM
tiru boleh tapi ni mcm ko tekap lukisan, sama sebijik. haruslah org kecam. semoga ko hidup lama lagi utk bljr byk lg psl kehidupan, dik sapik usop.

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059044 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top