CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara 7 Hari Kerana Bagi Rakan Lelaki Makan Kek Batik

24-4-2020 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7604| Komen: 58

Gadis berusia 22 tahun dipenjara tujuh hari kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila keluar rumah untuk memberi kek batik kepada rakan lelakinya.

Menurut ProjekMM, Mahkamah Majistret Shah Alam juga mengarahkan penuntut sebuah universiti swasta itu membayar denda RM800 dan perlu menjalani hukuman berkenaan pada hari dia ditangkap iaitu pada 18 April lepas. 


Sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dipenjarakan dua bulan.


Gambar hiasan

Manakala, lelaki yang juga penuntut sebuah universiti awam berusia 22 tahun itu didenda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Menurut fakta kes, kedua-dua tertuduh ditemui dalam sebuah kereta yang tidak dimatikan enjinnya di tepi jalan.

Ketika disoal, wanita itu memberi alasan ingin memberi rakan lelakinya makan kek batik yang dibuatnya, manakala lelaki itu sedang makan kek berkenaan ketika tangkapan dibuat.



Gambar hiasan
Kredit foto: Aliff.co

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan tempat jangkitan di Jalan SP1/8, Subang Perdana jam 9 malam pada 18 April lepas.

Difahamkan, wanita itu dijemput lelaki berkenaan sebelum bergerak ke tempat kejadian kira-kira 800 meter dari rumahnya, manakala lelaki terbabit bergerak dari rumahnya iaitu empat kilometer dari tempat kejadian.

Terdahulu, peguam Shalehhuddin Salam yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman ke atas mereka dikurangkan memandangkan ia kesalahan pertama wanita terbabit dan lelaki berkenaan tiada niat untuk melanggar PKP selain memohon mahkamah mempertimbangkan bahawa hukuman penjara akan menjejaskan pembelajaran tertuduh. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yuki812 24-4-2020 02:16 PM
alamak..baru terfikir nak bagi...
cancel lah...
suh beli sendiri...
Quote lilacomot 24-4-2020 02:20 PM
Nasib rakyat marhein..xsampai 10km laju je depa tgkap..yg vvip bepuluh km kunjung mengunjung rileks je x kene pape tindakan
Quote lattehazelnut 24-4-2020 02:21 PM
Ahahaha kesiannye.. da la bukan gf bf tapi demi kawan kena denda.. friendzone yang mahal..
Boleh je pass kan.. kenapa nak kne duduk dlm kete deting2..
Quote bambimo 24-4-2020 02:22 PM
Allahuakhbar dik.. Berada d tempat yg salah pd masa yg salah
Quote aliazulaikha 24-4-2020 02:22 PM
Kesian Kau dik. Kot ye pun pakai la grab hantar
Quote Eric.n9 24-4-2020 02:23 PM
Ni kek batik paling mahal kat malaysia
rm1800 utk dua org oiii.
Quote belilies 24-4-2020 02:24 PM
Risteena garit la ni aja bbnu kirim makanan kat kekasih. Such a bad influence that skank n biji sis kemut.
Quote Politik_Virus 24-4-2020 02:27 PM
Memang Aku anti UMNO PAS sampai kiamat
Quote Covid19 24-4-2020 02:44 PM
Guna runner la dek oiii
Quote zuuu 24-4-2020 03:04 PM
Xde niat nk langgar pkp???ko x faham bahasa ke apa tiap2 hari berita kt tv,radio sume gtau pasal stay at home,keluar hanya bila perlu n amalkan social distancing...lagi ko boleh kuar naik keta ngan kawan lelaki semata2 nk bagi kek batik???
Quote nuryakmal 24-4-2020 03:34 PM
Mahalnya kek batik
Quote telracs 24-4-2020 03:47 PM
Boleh je bagi waktu siang kan...
Kawan lelaki tu boleh je kot datang depan rumah just ambil kek kalau betul mengidam sangat nak makan....tapi dia g ambil kawan pempuan dia pulak nak duduk makan bersama....walaaahhhh.
Saja cari nahas....
Quote KIM.K 24-4-2020 03:58 PM
Apa bf ko tu takboleh makan kek batik jam 9pagi ke
Berapa kali dah berjumpa sebelum kantoi ni
Quote Supersirap 24-4-2020 04:30 PM
Macam macam hal yang berlaku
Quote Politik_Virus 24-4-2020 04:32 PM
zuuu replied at 24-4-2020 03:04 PM
Xde niat nk langgar pkp???ko x faham bahasa ke apa tiap2 hari berita kt tv,radio sume gtau pasal sta ...

Entah2 uols zaman Sekolah dulu lagi teruk..letak bedak dalam surat...Seb baik PKP takda zaman  uols Sekolah dulu
Quote Politik_Virus 24-4-2020 04:35 PM
KIM.K replied at 24-4-2020 03:58 PM
Apa bf ko tu takboleh makan kek batik jam 9pagi ke
Berapa kali dah berjumpa sebelum kantoi ni

Biasa la sexcited nak tengok bf makan...esok dah nak puasa...mlm nak terawih.

Kena belajar2 la jadi Isteri solehah dr kecik..

Uols apa tahu...sampai sekarang x berlaki sbb x practice mcm adik ni khennn
Quote underground 24-4-2020 04:53 PM
Politik_Virus replied at 24-4-2020 02:27 PM
Memang Aku anti UMNO PAS sampai kiamat

takpe la spesies macam kau bukan majoriti pun.
Quote Tinot7 24-4-2020 05:04 PM
ni nak bg mkn kek batik ke apam???
kek batik mana ni yg best sgt.. cer citer
Quote nefnefnef 24-4-2020 05:23 PM
Berdua dalam kereta... Check
Keluar selepas 8 malam... Check

Semoga adik-adik belajar dari kesilapan

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.109557 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top