CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tolong Jaga Emak Dan Abah Ya" - Pesanan Terakhir Seorang Jururawat

23-4-2020 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11118| Komen: 116

Description: "Tolong jaga emak dan abah ya."Itulah yang dipesan oleh seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 malam tadi.Memetik laporan Harian Metr ...
"Tolong jaga emak dan abah ya."

Itulah yang dipesan oleh seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 malam tadi.


Memetik laporan Harian Metro, Nadila Rahmat, 32 jururawat di wad ortopedik HPSF meninggal dunia selepas hampir 17 hari dirawat di ICU Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Menurut adiknya, Nabiha Rahmat, 26 pesanan terakhir itu disampaikan menerusi telefon selepas dimasukkan ke ICU 7 April lalu.

"Ibu menyerahkan semula telefon kepada saya sebelum kakak berpesan supaya sentiasa jaga emak dan ayah. Kakak memaklumkan dia akan ditidurkan di ICU bagi memasukkan ubat.

"Ketika itu sudah terdetik rasa sayu namun tidak sampai hati untuk memaklumkan kepada emak dan abah kerana tidak mahu mereka susah hati.

"Itulah kali terakhir kakak bercakap dengan ibu dan saya sebelum menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi, " katanya.


Menurutnya lagi, kakaknya sudah mula tidak sihat sejak awal April lalu namun mereka tidak mengesyaki apa-apa.

Foto: Berita Harian
"Kakak hanya maklumkan kepada keluarga dia perlu menjalani kuarantin kerana menjadi suspek jangkitan Covid-19 sebelum ke pusat kuarantin di Pagoh pagi pagi 5 April lalu. Itulah kali terakhir kami sekeluarga bertemu kakak.

"Dia meminta emak membantu mencari beg pakaian namun menegah ibu datang berhampirannya ketika mahu menolongnya mengemas pakaian.

"Ketika itu emak sudah berasa tidak sedap hati namun seperti kakak, emak hanya memendam saja perasaan sedihnya itu sehinggalah kakak perlu dimasukkan ke ICU 7 April lalu," katanya lagi.

Ibu dan bapanya sering melakukan solat hajat dan bacaan Yassin bagi mendoakan kakak sembuh.

"Namun malam tadi, apa ditakuti berlaku, apabila doktor menghubungi keluarga pada 10.30 malam menyatakan keadaan kakak semakin tidak stabil.

"Panggilan kedua dari hospital memaklumkan kakak semakin kritikal dan meminta keluarga bersedia apa jua kemungkinan, manakala panggilan ketiga memaklumkan kakak sudah meninggal dunia.

"Keluarga kami reda dengan pemergian kakak namun kami kehilangan seorang kakak yang suka berbakti kepada keluarga dan masyarakat dan tidak lagi dapat menyaksikan keletah kakak menyediakan hidangan berbuka puasa seperti selalu, " luahnya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BomBoLoniS 23-4-2020 05:21 PM
Nadila Rahmat (kiri), 32, jururawat di wad ortopedik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSPF) Muar, meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) , Kluang, bersama ibunya, Rodiah Mohd Don, 57, bergambar di hadapan rumah mereka di Muar. - Foto ihsan keluarga
Quote Atata 23-4-2020 05:24 PM
Aduhai...muda lagi.. maknya pun masih muda
Quote liyamariska 23-4-2020 05:28 PM
Innalillahiwainnarajiun....
Quote nazhidd 23-4-2020 05:30 PM
innalillahi wainna ilaihi rajiun . hmm baya iols
Quote sarah82 23-4-2020 05:32 PM
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. Semoga Allah tempat rohnya arwah dikalangan org2 yg beriman dan keluarga arwah diberikan kekuatan mengadapi kehilangan ni.
Quote takayama 23-4-2020 05:33 PM
innalillahiwainnailaihirrajioun moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh
org Serom 1 rupanya
Quote nazzse 23-4-2020 05:39 PM
Edited by nazzse at 23-4-2020 09:43 AM

Innalillah, muda lagi, ada hypertension, tekanan kerja, penat maybe. DG nampak mengeluh panjang bila umumkan pasal dia tadi, satu kerugian utk kkm bila kehilangan anggota.
Quote Covid19 23-4-2020 05:41 PM
Nurse ni dpt covid sbb pergi mana2 event ke... bukan dapat direct dari pesakit kan.
Quote Aai2 23-4-2020 05:42 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun.. takziah utk keluarganya... semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
Quote rukia2 23-4-2020 05:44 PM
Semoga tenang kt sana ya nadila..mudah2an keluarga arwah pun tabah
Quote zamnie 23-4-2020 05:50 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun.. moga rohnya dicucuri rahmat Allah.. Insha Allah sedeynye
Quote little_sis 23-4-2020 05:55 PM
dia dpt jangkitan dr mana.. sedihnyaaaa bila aku baca yg dia siap2 nk pegi kuarantin, mak dia nk tlg kemas tu.. last jumpa x boleh pelukk...
Quote scorpionkiki 23-4-2020 05:59 PM
Org yg tak kena pd keluarga tersayang blhla kata tak nak mco....duit lebih ptg. Hal nyawa bukan blh cari lain dah...duit blh cari
Quote lattehazelnut 23-4-2020 06:01 PM
Innalillahiwainnarajiun
Quote highcastle 23-4-2020 06:02 PM
Covid19 replied at 23-4-2020 05:41 PM
Nurse ni dpt covid sbb pergi mana2 event ke... bukan dapat direct dari pesakit kan.

Pengarah KKM Dato Noor Hisham dan beritahu setakat ini anggota KKM yg dijangkiti Covid-19 tiada kena mengena dengan pesakit Covid-19 yg sedang dirawat........
Quote highcastle 23-4-2020 06:03 PM
Moga rohnya dicucuri rahmat.......
Quote sukacactus 23-4-2020 06:03 PM
Salam takziah!
Sedih baca kisah dia
Quote EvieWanKenobi 23-4-2020 06:07 PM
Innalillah.. takziah buat keluarganya..
sedihnya bila arwah diberi peluang untuk
buat panggilan telefon yang terakhir..
Quote prettyuglybabe 23-4-2020 06:09 PM
takziah buat keluarga arwah..
sedihnya tak dapat jumpa peluk and cium buat kali terakhir

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.089650 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top