CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aliff Syukri Dibebaskan Dengan Jaminan Susulan Dakwaan Dera Anak Angkat

6-3-2020 05:22 PM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 12496| Komen: 56|Original author: Oleh: Ct Cheery

Semalam, kecoh di media sosial mengenai usahawan terkenal didakwa mendera anak angkatnya di mana laporan telah dibuat oleh pembantu rumah usahawan itu sendiri. 


Berikutan dakwaan mendera anak angkat perempuan berusia dua tahun, polis menahan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bagi membantu siasatan.



Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan penahanan itu berkata, Aliff bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.


"Tangkapan dibuat ke atas Datuk Seri Aliff semalam.


"Siasatan dijalankan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dipetik BH online.


Datuk Fadzil dalam kenyataannya mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis Pada Sabtu lalu daripada seorang wanita warga Indonesia iaitu pembantu rumah Aliff. 


Dalam laporan itu, pengadu memaklumkan majikannya telah mencubit dan memukul anak angkat perempuannya yang berusia dua tahun dengan kasut.



Loading FB Post...


Kini, gambar dan video kesan dera anak angkat kepada usahawan itu telah tersebar luas. 



Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Difahamkan, pengadu kini sedang mendapatkan perlindungan daripada pihak kedutaan Indonesia kerana bimbang dia dijadikan 'kambing hitam' oleh suspek. 


Semalam, Aliff dijadualkan mengadakan satu sidang media jam 3 petang bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu di pejabatnya. Bagaimanapun, sidang media tersebut dibatalkan dengan alasan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa. - CARI

1

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • PomenObersea

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 6-3-2020 05:27 PM
Dia takde buat live ke time kena tangkap tu. Patutnya buat la bidio, pastu suruh pemenat2 dia tengok kat youtube untuk cerita lebih lanjut
Quote otai_g 6-3-2020 05:33 PM
btl ke dia dera? Kalo btl mmg nk kena pembalasan ni. Datin mana? X kan diam je anak angkat kena dera?
Quote siq 6-3-2020 05:34 PM
patut buat live kat youtube masa dicekup, mesti dapat juta2 views

apapun, moga dilindungi anaknya & pembantu rumahnya itu

n harapnya takkan terlepas begitu saja la mamat ni, walaupun dah terang jelas nyata dia ni OKU (mental)
Quote sukacactus 6-3-2020 05:38 PM
Tinshit blum balik buat umrah lg ke
Kan kerajaan arab saudi nak kasi clear sana dlm masa 3 hari
Quote momomikomiki 6-3-2020 05:42 PM
otai_g replied at 6-3-2020 05:33 PM
btl ke dia dera? Kalo btl mmg nk kena pembalasan ni. Datin mana? X kan diam je anak angkat kena dera ...

datin kat mekah kan...standard dia ni bila bini xde dia buat hal
Quote whadda 6-3-2020 05:49 PM
cantik meena ni bile besar.. bulu mata lentik.. kesian nasib kau meena kene duduk ngan bapak angkat yang pendek akal
Quote Yong_sofea 6-3-2020 06:05 PM
{:run bila nk siar live huhu
Quote ctcheery 6-3-2020 06:08 PM
sukacactus replied at 6-3-2020 05:38 PM
Tinshit blum balik buat umrah lg ke
Kan kerajaan arab saudi nak kasi clear sana dlm masa 3 hari

Flight datin delay..dengarnya sabtu nih balik
Quote Rajawali 6-3-2020 06:17 PM
cilaka anak haram punya sotong ..mai sini aku terajang muka hapak ko
Quote xtahumenahu 6-3-2020 06:57 PM
Ameena dok ngan sape skang?
Quote KirazMevsimi 6-3-2020 07:28 PM
sedih. moga ALLAH lindungi ameena dan pembantu rumah. amin
Quote Carcosa 6-3-2020 07:41 PM
Knp meols rasa dia sengaja buat ni sbb nak views?
Entahlah, susah nak bersangka baik dgn dia ni. Sbb dia mmg batak views. Me'ols cannot scrap the idea yg dia yg suruh helper dia report.
Quote kelapaparut 6-3-2020 07:49 PM
geram aku datuk pondan ni, dera2 org mcm bapuk, ade lg ke org beli produk die?!..
Quote dino 6-3-2020 08:06 PM
Carcosa replied at 6-3-2020 07:41 PM
Knp meols rasa dia sengaja buat ni sbb nak views?
Entahlah, susah nak bersangka baik dgn dia  ...

mmg pun..
Quote Jagendas 6-3-2020 08:29 PM
dia ni sotong ke ketam
Quote Suchi 6-3-2020 08:36 PM
sukacactus replied at 6-3-2020 05:38 PM
Tinshit blum balik buat umrah lg ke
Kan kerajaan arab saudi nak kasi clear sana dlm masa 3 hari

Berapa byk kali dia nih asik nk g umroh jer,rasa mcm baru je lg umroh masa ngandung aritu.
Quote sukacactus 6-3-2020 08:37 PM
Suchi replied at 6-3-2020 08:36 PM
Berapa byk kali dia nih asik nk g umroh jer,rasa mcm baru je lg umroh masa ngandung aritu.

Haah ye
Duit byk xtau nak buat apa le tu
Nak balik ari pun mampu rasanya
Quote Atata 6-3-2020 08:39 PM
Serius ke dera? Ke dia pukul2 cubit2 mcm omak apak orang dulu2 tu buat? Anak ppuan dia haritupun dia pukul kan. Maybe sejenis kampong style dalam mendidik
Quote giyomi 6-3-2020 08:50 PM
Edited by giyomi at 6-3-2020 08:52 PM

jgn lar terlepas klu betul belut letrik ni dera anak tak berdosa tu. budak lagi tu, mmg lar nakal sikit, kita yg kena sabar

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053636 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top