Semalam, kecoh di media sosial mengenai usahawan terkenal didakwa mendera anak angkatnya di mana laporan telah dibuat oleh pembantu rumah usahawan itu sendiri.
Berikutan dakwaan mendera anak angkat perempuan berusia dua tahun, polis menahan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bagi membantu siasatan.
Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan penahanan itu berkata, Aliff bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.
"Tangkapan dibuat ke atas Datuk Seri Aliff semalam.
"Siasatan dijalankan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dipetik BH online.
Datuk Fadzil dalam kenyataannya mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis Pada Sabtu lalu daripada seorang wanita warga Indonesia iaitu pembantu rumah Aliff.
Dalam laporan itu, pengadu memaklumkan majikannya telah mencubit dan memukul anak angkat perempuannya yang berusia dua tahun dengan kasut.
Kini, gambar dan video kesan dera anak angkat kepada usahawan itu telah tersebar luas.
Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
Difahamkan, pengadu kini sedang mendapatkan perlindungan daripada pihak kedutaan Indonesia kerana bimbang dia dijadikan 'kambing hitam' oleh suspek.
Semalam, Aliff dijadualkan mengadakan satu sidang media jam 3 petang bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu di pejabatnya. Bagaimanapun, sidang media tersebut dibatalkan dengan alasan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa. - CARI |