CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Malangnya, PH Tumbang Sebelum Umum Tangguh Bayaran Balik PTPTN" - Lim Guan Eng

6-3-2020 10:02 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 10585| Komen: 124|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Lim Guan Eng

Kredit foto: Carian Google

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin berpeluang menerima kelonggaran daripada membayar balik sehingga gaji mereka melebihi RM4,000 sebulan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dibubarkan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, bekas Menteri Kewangan yang hanya sempat berkhidmat selama 21 bulan, Lim Guan Eng mendakwa, kerajaan PH telah bersetuju untuk melaksanakan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dia berkata, formula yang diperoleh daripada PTPTN telah diluluskan Kementerian Kewangan memerlukan kerajaan menanggung pinjaman tambahan atasa pinjaman sedia ada.


"Malangnya, kerajaan PH tumbang sebelum pengumuman rasmi berhubung perkara ini dibuat. 

"Saya berharap, janji untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman hanya selepas mereka mendapat gaji lebih dari RM4,000 sebulan tetap akan ditunaikan meskipun kerajaan perlu menanggung pinjaman tambahan," jelasnya.


Gambar hiasan
Kredit foto: Facebook PTPTN

Setiausaha Agung DAP itu turut mengungkit segala janji yang telah dilaksanakan sepanjang 21 bulan PH berkuasa.

Antaranya adalah pengurangan kadar tol Lebuh Raya Utara-Selatan, menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menurunkan kadar inflasi dan mengurangkan harga siling minyak daripada RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliter.


Gambar hiasan
Kredit foto: Facebook

Pelaksanaan janji lain yang diungkit Guan Eng adalah menyediakan skim perlindungan kesihatan MySalam, meningkatkan ketelusan kewangan awam, pengurusan fiskal yang lebih baik, mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakkan pembayaran digital.

Walau apa pun yang diungkit Guan Eng, majoriti rakyat hidup dalam keadaan tertekan akibat situasi kelembapan ekonomi yang melanda negara ketika PH memerintah. - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 5-3-2020 02:03 PM
Kalau nak menipu tu, agak2 la...
Quote dino 5-3-2020 02:04 PM
sembang haha
Quote Campanula 5-3-2020 02:05 PM
time kat atas kemain ko berlagak yek..tiber kat bawah..macam macam cakap..menyampah aku dengan iblis ni
Quote Madel 5-3-2020 02:06 PM
Sembanggggg.
Quote rospinki 5-3-2020 02:07 PM
dah jadi bekas menteri kewangan dah ke ?
sapa finmin sekarang?
Quote zeed 5-3-2020 02:08 PM
Mcm2 la diratib skrg.. Padahal sst tu cepat je implement.. Tak nyabo2..
Quote reenz013 5-3-2020 02:24 PM
kencingggg
Quote mizruncing 5-3-2020 02:24 PM
hHAHAHAHHAHAHAH yg ni meols terhibur
Quote aHoi83 5-3-2020 02:29 PM
Hahahahahah lepas ni mesti ade bekas menteri ckp nk bg div TH 10% tak sempat, nk bg BASAH 5k tk sempat, RM1 = SGD 1 tak sempat dan lain
Quote relaxjek 5-3-2020 02:30 PM
Aloo apek.. Nak beri bantuan rm juta2 kepada sekolah private cina tak perlu tunggu lama2 pon bole je cepat umum.. Haiyaa..
Quote Atata 5-3-2020 02:34 PM
Hahahahahahahahaha baeeeekkk punya sembang babi hutan pun terbang melayang
Quote leetaemin 5-3-2020 02:35 PM
Nak mengencing lagi.....
Quote leetaemin 5-3-2020 02:36 PM
aHoi83 replied at 5-3-2020 02:29 PM
Hahahahahah lepas ni mesti ade bekas menteri ckp nk bg div TH 10% tak sempat, nk bg BASAH 5k tk semp ...

Kan kan.....
Quote MFR_IN 5-3-2020 02:37 PM
nampak ada benda terbang la..ingat hapuskan..
Quote enchantedlurve 5-3-2020 02:38 PM
kesian, dh tumbang nk lagi up tu..

kalau sape2 caye lagi xtau lah..
Quote sayawifenikmie 5-3-2020 02:38 PM

OMG ---- agak agak lahhh --- bagi lah bukti dokumen mana yg telah disediakan utk tujuan itu ...  nak belijiwa budak2 penghutang PTPTNlahni ---

budak2 PTPTNni agak gaak lah -- bayar ajerlah sikit2 -- anak saya yg masih menganggur pundok bayaq hutang MARA -- bukanbanyak mana pun --- rm100 sebulan utk hutang sejumlah dalam rm150k ---  
Quote RumiMenari 5-3-2020 02:56 PM
Ok la ok la.....
Nah cekelat..
Quote palmolive 5-3-2020 03:02 PM
keluar berita cmni nak kasi org kagum ker?
ntah apa dlm kepala otak dia..
Quote riena3321 5-3-2020 03:04 PM
sembang ahakss

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.106392 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top