Bukan setakat meninggalkan rumah dalam keadaan bersepah penuh sampah dan najis. Malah, penyewa 'dari neraka' ini turut meninggalkan bangkai ular di dalam rumah berkenaan di Lanarkshire, Scotland.
Pemilik rumah, John Stark mendakwa kecewa selepas mendapat tahu apa yang telah dilakukan bekas penyewanya pada Sabtu lalu. Menurut The Sun, penyewa terbabit bersama isteri dan tiga anaknya menyewa di situ sejak lima tahun lalu. Mereka bagaimanapun, dikatakan tidak membayar sewa sejak 12 bulan lalu berjumlah 8,000 pound (RM43,163).
John, 55, yang jijik dengan situasi rumahnya itu berkata, selain menemui beberapa bangkai ular, dia percaya keluarga itu menternak tikus yang dijadikan makanan untuk reptilia terbabit. "Ia mimpi paling mengerikan! Saya bekerja sebagai tukang paip dan sudah melihat perlbagai benda menjijikkan. Tapi, saya tak tahan dengan situasi rumah ini yang lebih menjijikkan. "Mereka pasti akan melakukan perkara sama di rumah lain. Saya kasihankan anak mereka yang terpaksa tinggal di dalam rumah menjijikkan," katanya. Kata John, dia sudah membuat laporan polis mengenai situasi itu yang kini dalam siasatan. Jurucakap polis mengesahkan sudah melihat situasi di dalam rumah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kerana ia masih dalam siasatan. - CARI
|
ADVERTISEMENT