CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam Tak Mengaku Tumbuk, Cekik Dan Pijak Isteri Sampai Cedera

7-1-2020 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9630| Komen: 72

Description: Seorang imam mengaku tidak bersalah menumbuk, mencekik dan memijak isterinya sehingga cedera pada Mei tahun lalu, lapor Astro AWANI.
Seorang imam mengaku tidak bersalah menumbuk, mencekik dan memijak isterinya sehingga cedera pada Mei tahun lalu, lapor Astro AWANI.

Muhammad Zaki Kamal, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.



Foto: HMetro

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Zaki didakwa sengaja mencederakan mangsa, 29, dengan menumbuk bahagian kiri muka, mencekik leher dan memijak badan wanita itu di dalam bilik tidur sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka, kira-kira 7.45 malam, 9 Mei tahun lalu. 

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tetuduh yang tidak diwakili peguam merayu cadangan jaminan RM6,000 terhadapnya dikurangkan dengan alasan dia hanya penjawat awam di Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM), manakala isterinya tidak bekerja selain perlu menanggung dua anak kecil.


Majistret kemudian membenarkan jaminan RM1,500 dengan syarat tambahan iaitu hanya isterinya sebagai penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - CARI
1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • shilohbaby


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 7-1-2020 04:23 PM
Ko ingat ko ahli gusti
Quote kikuri 7-1-2020 04:32 PM
imam pun takde kesabaran ke..? sedap2 je belasah bini
Quote Victorioussss 7-1-2020 04:33 PM
Mgkin pengaruh wrestling makin menular

Tapi dok kasi tendangan sweet chin music kat dagu wife, amatlah tidak wajar
Quote Modngengade 7-1-2020 04:36 PM
oleh kerana sis @famri7 masih belum ada duit nk beli top up.....akak post komen heshe on behalf


"Nama Muhammad kot, tentulah jate isle.....Inilah kesucian agama syurgawi"
Quote ashilalat 7-1-2020 04:41 PM
Kacak mende mcm ni? Phuiiiiiikkkk
Quote potsshine 7-1-2020 04:44 PM
ashilalat replied at 7-1-2020 04:41 PM
Kacak mende mcm ni? Phuiiiiiikkkk

hahahhaha..baru nk tulis...terima kasih ye u...berkata benar....
Quote sukacactus 7-1-2020 04:46 PM
Xkisah la keje apa pun tp xpayah la tunjuk kuat kat bini...bueekkk sgt!
Quote meow_tompok 7-1-2020 04:55 PM
helloo TT... kecewa tahap petala langit ke-7 okay!  Ingat hensem giler mcm Captain America ke
Quote meow_tompok 7-1-2020 04:56 PM
tak tahu nak marah imam ke nak marah TT sekarang ni
Quote Rajawali 7-1-2020 04:57 PM
Victorioussss replied at 7-1-2020 04:33 PM
Mgkin pengaruh wrestling makin menular

Tapi dok kasi tendangan sweet chin music kat dagu wife, am ...

berdasarkan berita di atas kemungkinan adanya unsur chokeslam from hell ,superman punch dan curb stomp
Quote Knowlee 7-1-2020 05:01 PM
I nak baca thread ni sbb momod punya title la... Wadahel...
Quote EJALTI 7-1-2020 05:03 PM
TT penipu...
Quote annehuda 7-1-2020 05:05 PM
Tertuduh kemudian merayu agar jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia hanya bertugas sebagai penjawat awam manakala isterinya tidak bekerja selain perlu menanggung dua anak.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM1,500 serta syarat tambahan hanya isterinya sebagai penjamin selain menetapkan 4 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.


masa menerajang bini tu takde plak terfikir ko tu penjawat awam. alasan...
Quote Atata 7-1-2020 05:08 PM
Isteri dia yg dia tumbuk pijak tu kena jadi penjamin?
Quote gigahertz 7-1-2020 05:09 PM
kikuri replied at 7-1-2020 08:32 AM
imam pun takde kesabaran ke..? sedap2 je belasah bini

Gaduh pasal payment kot
Quote prettyuglybabe 7-1-2020 05:24 PM
bodoh la si bini kalau pi jamin lakinya..
ke takut kena cerai?
Quote fliphair8 7-1-2020 05:27 PM
i hetchu TT....baru ingat nak cuci mata...sekali tengok...nelayan dohhhh
Quote Artemesiaa 7-1-2020 05:31 PM
Perangai macam tu elok usah dijamin
Quote epal21 7-1-2020 05:34 PM
Tajuk click bait. Memang pekerjaan hakiki dia imam ke?

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.409128 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top