CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Cemerlang UPSR Tolak Tawaran Ke TKC, Bimbang Susahkan Ibu Bapa..

7-1-2020 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 40294| Komen: 223

Description: “Saya tolak tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) kerana bimbang dengan kemampuan kewangan ibu dan ayah yang hidup serba kekurangan."Itulah yang dikatakan pelajar, Noor Areesya Redza Redzua ...
“Saya tolak tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) kerana bimbang dengan kemampuan kewangan ibu dan ayah yang hidup serba kekurangan."

Itulah yang dikatakan pelajar, Noor Areesya Redza Redzuan, 13.

Memetik laporan Harian Metro, pelajar cemerlang UPSR dengan 6A ini mendapat tawaran untuk memasuki TKC tahun ini. 

Bagaimanapun, dia menolak kerana bimbang terhadap kewangan ibu bapanya dan tidak mahu menyusahkan mereka. 

Foto: Harian Metro
"Saya ambil keputusan menolak tawaran TKC itu kerana tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa," katanya yang kini bersekolah di Senawang, Negeri Sembilan. 


Difahamkan, bapanya, Redzuan Mansor, 57 kini bergantung kepada sumber pendapatan menjual nasi lemak dan kuih muih di tepi jalan.

Manakala, isterinya bekerja sebagai pencuci di sebuah institusi kewangan di Senawang. 

"Memang saya mengharap dia dapat belajar di SBP kerana keputusan UPSR 2019 yang dia perolehi amat baik.

"Saya pun tidak sangka dia sendiri menolak tawaran itu. Saya sedar dengan sikapnya yang tidak mahu membebankan keluarga," kata bapanya. 

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Mohd Hanis Alimin tampil menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. - CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal21 7-1-2020 10:09 AM
Kesiannya adik ni. Dia risau mak pak takde duit utk bayar yuran n uniform tu semua kot. Boleh minta biasiswa & zakat negeri kan? Nanti kalau dah daftar cikgu guide lah kot utk permohonan.
Quote Modngengade 7-1-2020 10:25 AM
kat SBP ada jer Program Khas utk pelajar dari keluarga yg tk mampu....yuran makan pun rasanyer percuma utk golongan spt ini....lenkali sebelum tolak tawaran berbincanglah dgn guru kaunseling...kecualilah jika guru kaunseling sekolah adik ni jenis kayu
Quote fliphair8 7-1-2020 10:35 AM
semoga semua dipermudahkan untuk adek ni...
Quote mayong 7-1-2020 10:39 AM
anak buah aku sekolah kt TKC memacam bantuan dapat.
siap setiap tahun hari raya dapat shopping baju raya.
So far x membebankan sangat kat sana, sebab dia ada bantuan projek khas untuk golomgan yang x bergaji tinggi.

Quote lasagnaklcc 7-1-2020 10:39 AM
Bkn sekolah pon ada bagi bantuan utk murid susah ke...

Masuk la dik TKC tu. Org berebut2 nak masuk.
Quote cikpah27 7-1-2020 10:41 AM
Bantuan memang ada.. Tapi still kena keluar duit jugak beli barang, duit belanja etc.. Takpa lah dik, kalau memang pandai rajin belajar, mana2 sekolah pun sama saja..
Quote ohnoLia 7-1-2020 10:50 AM
lasagnaklcc replied at 7-1-2020 10:39 AM
Bkn sekolah pon ada bagi bantuan utk murid susah ke...

Masuk la dik TKC tu. Org berebut2 nak mas ...

Betul tu... ini bukan masuk.sbp biasa.. ini tkc ni...
Rugi nya kalau x pergi....  



Quote c===8 7-1-2020 10:51 AM
semuga dipermudah urusan adik ini dan berjaya masuk semula ke TKC



teringat awek gua budak tkc zaman dulu2
Quote gaara_X 7-1-2020 10:55 AM
sepatutnya guru sekolah menjadi mentor untuk nasihat adik nie....kejayaan dia untuk mengubah masa depan keluarga juga....
Quote mawar_mustika 7-1-2020 10:55 AM
cikgu sekolah die xbuat something ke utk die?
biasanya bdk2 pandai ni cikgu akan alert & guide diorg..sygnye bkn senang nk masuk tkc tu...i dulu penah berangan teringin sgt nk msk tkc tp sbb xpandai sgt duk smk sudah
Quote karlmax8 7-1-2020 11:01 AM
Yang ketua Amanah pon sedap cakap sekolah SBP ni bantuan kerajaan, tak beban.

Aku dulu SBP, kalau bapak aku tak siapkan rm1,000 masa tu, memang tak dapat masuk.
Baju sekolah lengan panjang, seluar, kasut kulit, name tag, siap ada blazer, yuran asrama, dobi , duit makan, cadar, sarung bantal putih, baldi, baju sukan sekolah, alat geometri, papan lukisan, kasut kawad, baju ko-kurikulum. Ni cerita 20 tahun lepas, sekarang maybe harga dah double.

Bagi aku, bagus adik ni sedar diri, memang membebankan SBP ni, cakap senanglah, ada bantuan sekolah, bantuan ni. Time nak keluar duit semua lari.
Quote hasmania 7-1-2020 11:04 AM
tak apa dik..... masuk sekolah biasapun tak apa ...
masa SPM nanti cuba dapat yg terbaik munkin ..
ah dik ramai je yg dapat result bagus masa UPSR tapi tak mahu sambung sekolah bagus
masa SPM yg penting tu dik ....
Quote creep_bite 7-1-2020 11:06 AM
Alumni TKC blh bantu ni...
Quote Thanatus 7-1-2020 11:20 AM
karlmax8 replied at 7-1-2020 11:01 AM
Yang ketua Amanah pon sedap cakap sekolah SBP ni bantuan kerajaan, tak beban.

Aku dulu SBP, ...

Betul, hakikatnya belanja untuk SBP ni byk compared to sekolah biasa. Ada kawan aku dulu sampai nanges2 nak berhenti SBP sbb perbelanjaan sekolah yg tinggi berbanding sekolah biasa... dia dari keluarga yang miskin jugaklah, dapat bantuan pon tak mencukupi sebenarnya. Adik beradik lain sekolah biasa... so mak bapak dia tahu lah perbandingan sekolah biasa vs SBP macamana.
orang yg cakap dapat peluang masuk SBP jgn persiakan nii tak berada dlm situasi mak bapak/pelajar daripada golongan yang tak mampu nii mungkin kurang paham beban yg terpaksa diaorg tanggung.

Tak apa dik... belajar kat mana pon sama jer. Semoga berjaya



Quote baghal_bortuqal 7-1-2020 11:31 AM
mulianya peribadi kau nak.

kipidap.


god speed always.
Quote rospinki 7-1-2020 11:32 AM
entahla nak..moga dipermudahkan
banyak ongkos overhead
nak masuk balik lepas cuti pun ongkos lagi barang2 hilang
dengan tekanan sesama pelajar
tpai aku sendiri tak kisah mana2 dia nak sekolah..semua dia pandai2 sendiri yang apply
Quote rospinki 7-1-2020 11:40 AM
rasanya lepas berita ni viral
pihak TKC bagi dia sepsel verification code to enter

Quote AnaisAnais 7-1-2020 11:42 AM
dia tolak masa dia interview kan?  kenapa org yang interview dia tu tak explain kat dia dan bg bantuan kan dia. haishhhhh
Quote Genkidesuka 7-1-2020 11:43 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Dah masuk mmg dpt bantuan.  Ni cerita sebelum masuk.  Nak pergi pun kena ada duit, nak beli barang semua.  Byk tu bagi org yg betul2 tak mampu.  Kalau saudara-mara sanggup sponsor lain cerita.  Tu belum cerita nak masuk U lagi.

Takpalah, nak.  Kalau benih baik, letak mana2 pun akan tumbuh dgn baik.  Yg penting, niat ibubapa n niat anak tu sendiri mesti betul.  Kenapa ke sekolah?  Bkn sbb kerja, bkn sbb trend, bkn sbb apapun melainkan ke sekolah utk menimba ilmu kerana Allah swt.

Lihat semua komen(223)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051376 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top