CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kongsi Gambar Bogel, Mahu 'Loan' Cepat Lulus

7-1-2020 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8985| Komen: 48

Description: Seorang wanita sanggup berkongsi gambar bogel kononnya bagi mendapat kelulusan pinjaman wang akhirnya membawa pada kepada diri sendiri.Jurutera wanita ini kini menjadi mangsa peras ugut sehingga menye ...
Seorang wanita sanggup berkongsi gambar bogel kononnya bagi mendapat kelulusan pinjaman wang akhirnya membawa pada kepada diri sendiri. 

Jurutera wanita ini kini menjadi mangsa peras ugut sehingga menyebabkan kerugian RM17,985.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian bermula awal Disember lalu apabila mangsa berusia 29 tahun terlihat iklan pinjaman wang di Facebook. 

“Mangsa kemudian memberi butiran peribadinya. Pada 25 Disember lalu, mangsa menerima mesej Whatsapp daripada seorang lelaki yang menawarkan pinjaman kepadanya.

Foto: Bebasnews

“Wanita itu kemudian menyerahkan salinan kad pengenalan, penyata gaji, penyata akaun bank, bil utiliti dan gambar bogel kepada suspek bagi tujuan mendapat pinjaman,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof.

Selepas 30 minit, mangsa memberitahu pinjaman yang dipohon sebanyak RM5,000 sudah diluluskan. 

“Namun mangsa diminta membuat bayaran guaman dan diugut gambar bogel itu akan disebarkan jika tiada bayaran dibuat.

“Bermula pada 25 hingga 29 Disember lalu, mangsa membuat pindahan wang ke dalam tiga akaun berbeza sebanyak RM17,985 melalui 13 transaksi,” katanya. 

Suspek katanya tidak mahu berhenti meminta bayaran sebanyak RM15,000 namun mangsa enggan memberinya. 

“Mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,”  katanya lagi. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KekDurian 7-1-2020 11:23 AM
Engineer pun bingai
Quote baghal_bortuqal 7-1-2020 11:25 AM
astagaa sis... kenapa kau bodoh sgt....
Quote prettyuglybabe 7-1-2020 11:25 AM
insinyur pun pinjam along ke..
harap-harap zul cukup la gaji rm5000 nak bela bini indon dia tu
Quote gaara_X 7-1-2020 11:26 AM
mabuk ketum ke nie...murahnya maruah ko dik..
Quote Artemesiaa 7-1-2020 11:31 AM
Hanya kerana 5K maruah tergadai
Quote MissLana 7-1-2020 11:38 AM
drpd kau pinjam semata 5k tu tp dah bergolok gadai byr2 mcm diperas ugut dah jd 17k. Byk jgk duit kau sebenarnyaa. Sepet ke ni?
Quote Sazida 7-1-2020 11:45 AM
bebalnya minah ni
Quote fliphair8 7-1-2020 11:46 AM
camne orang bole amik pic bogel ye? tak gamak hakak walopun dr masa muda selim melim bergetah sexy short cleavage etc  sampai nau mid 40s...walopun hanya utk laki...laki tengok hakak bogel masa dalam bilik and toilet kami je le...no pic bagai2...
Quote Forfoxache 7-1-2020 11:46 AM
Ntah2 pakai acc bank bangla. Mau nak guna acc bank sendiri nak transfer duit ugut. 3 acc bank berlainan plak tu. Dah rugi 17K baru nak report polis. Kalau boleh recover 17K tu confirm esok kiamat. Memang jgn harap la dapat balik duit tu. Ntah2 dah serbu scammer, duit case pun lesap undetected.  
Quote ell768 7-1-2020 11:50 AM
nak pinjam 5k je tp habis duit berbelas ribu..kalau kata bodoh kang sentap...
Quote umbut 7-1-2020 11:55 AM
Ko dah kenapa...
Quote Chairman 7-1-2020 12:13 PM
bg gambar bogel semata2 nak dptkan pinjaman rm5k je??? bangang..bukannya bole dpt free2 pn rm5k tu..kan dh mendapat
Quote Kurex 7-1-2020 12:36 PM
kenapa kau ni pompuan.....
Quote zuuu 7-1-2020 01:06 PM
Wanita umur 29 tahun keja jurutera...patut boleh fikir kut...dia mintak salinan ic penyata gaji,penyata akaun tu oklah yg ko g bagi gambar bogel sekali to dh kenapa???desperate sanggat ke nk pakai duit???adoiii aq xleh hadam la berita ni,nk pinjam 5k at last ko kena kuar duit sendiri sampai 17 k...
Quote Nt-ViruS 7-1-2020 01:21 PM
metro dan cerita ngeseks berpisah tiada.
Quote palmolive 7-1-2020 01:24 PM
naper tak bagi jek gambo bogel org lain..
kang nanti twist plot
Quote NekNgah 7-1-2020 01:24 PM
Pendeknya akal...
Quote MsKathryn 7-1-2020 01:25 PM
Ingatkn nk buat loan smp berpuluh ratus ribu... takat 5k padahal duit dia dlm bank  lbh dr 5k..  napa la jd bodoh siap bg gambar bogel... malu dpt rugi pn dpt
Quote addved 7-1-2020 01:45 PM
Hmmm desperate sangat nak 5k tapi end up boleh cari 17k?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054850 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top